Suliza Salam sudah dua tahun bercerai, “Saya tetap menyayangi kedua-dua mereka….”- Ismail Izzani. Penyanyi Ismail Izzani, 24, mengakui ibu bapanya, Suliza Salam dan Datuk Zainal Nazeri Zainuddin sudah lebih dua tahun berpisah.
Suliza Salam Sudah Dua Tahun Bercerai, “Saya Tetap Menyayangi Kedua-dua Mereka….”- Ismail Izzani
Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Izzani Zainal Nazeri berkata, dia menyayangi ibu bapanya, justeru sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka meskipun tidak lagi tinggal sebumbung.
“Bagi saya, ia agak berat sebab saya sendiri berjanji untuk berkongsi perkara ini. Tapi, saya sayangkan ibu bapa. Sudah tentu, saya sayangkan mama.
“Pada penghujungnya, keputusan di tangan mereka. Bagi saya, selagi mama gembira dan selamat, saya sokong dan mungkin boleh buat lebih banyak benda yang dia nak buat.
Hubungan lebih rapat dengan ibu, Suliza Salam, 59, tidak membuatkan pelakon, komposer dan penyanyi, Ismail Izzani, 24, hanya ‘memilih sebelah pihak’ untuk diberikan perhatian kasih sayang selepas ibu bapanya bercerai beberapa tahun lalu.
Ismail berkata, dia tetap menerima baik keputusan perpisahan yang berlaku itu kerana percaya semuanya terjadi bersebab di atas ketentuan takdir yang sudah tertulis.
“Perceraian ibu bapa saya adalah suatu perkara yang berat juga, sebab kalau boleh saya pun sudah berjanji pada diri sendiri untuk tidak berkongsi mengenainya di luar.
“Tapi, saya tetap menyayangi kedua-dua mereka. Terutama, sudah tentu saya sangat sayangkan ibu saya dan apapun semua keputusan ada di tangan mereka (ibu bapa).
Ads
Ibunya yang juga penyanyi veteran 1980-an, Suliza Salam berkahwin dengan ahli perniagaan terkenal, Datuk Zainal Nazeri Zainuddin yang juga penerbit filem pada 11 Januari 1991. Bagaimanapun, pasangan itu tidak pernah berkongsi mengenai perceraian mereka.
Ismail berkata, dia cuba mengelak daripada terlalu emosional memandangkan dirinya satu-satunya anak lelaki, jadi perlu memberi sokongan pada ibu dan kakaknya.
“Saya tak boleh emosional sebab saya kena sokong mama dan kakak. Saya juga satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.
“Selepas perpisahan terjadi, saya bertanggungjawab untuk memastikan mama dan kakak berada dalam keadaan baik.
“Saya sekarang pun duduk dekat dengan rumah mama, tak jauh hanya enam minit sahaja jaraknya. Saya terpaksa duduk sendiri sebab saya kena ada studio di rumah, jadi kasihan mama kalau duduk dengan saya.
“Takut bising mama tak boleh tidur,” katanya yang ditemui pada majlis bersama peminat di Undefeated, The Exchange.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ads
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Comelnya Puteri Elfira, Nur Aria Mikayla. Selepas tujuh hari melahirkan anak kedua, pelakon Elfira Loy berkongsi wajah puteri kesayangnya.
Elfira yang selamat melahirkan cahaya mata kedua, seorang bayi perempuan pada 20 Mei lalu sekitar pukul 6.27 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akhirnya berkongsi wajah anak dan memperkenalkan nama puterinya.
Comelnya Puteri Elfira, Nur Aria Mikayla
Elfira yang mendirikan rumah tangga bersama Muhamad Faris. pada 1 Januari 2019 turut dikurniakan anak lelaki, Rayyan yang kini berusia dua tahun.
“BismillahiMashaAllah ,
On May 20th , we were blessed with the arrival of our baby princess .
Assalamualikum ya Nur Aria Mikayla Muhamad Faris.
Doa adalah penguat setiap harapan.
Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan , kasih sayang yang tidak henti , tidak putus rezeki didunia & diakhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti,” kongsinya.
Suami Seorang Adiwira
Sebelum itu pada 20 Mei lalu, menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun rasmi Instagramnya, Elfira memaklumkan telah selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Paling indah, kelahiran kedua itu disambut sendiri oleh suaminya.
“Saya ada banyak gambar menarik. Tapi saya sukakan yang ini. Subhanallah, ayah (suami) seperti seorang adiwira.
“Menangis mommy tengok ayah sambut awak sendiri ketika mommy mahu melahirkan awak. Alhamdulillah. Ini satu pengalaman menakjubkan,” coretnya.
18 Tahun Cuba Dapat Lesen Memandu, Akhirnya Lulus Percubaan Kali Ke-960! Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya, setiap usaha adalah tangga kejayaan. Paling penting tidak berputus asa dan mudah menyerah kalah.
Percubaan Kali Ke-960
Seorang wanita di Korea Selatan ini sewajarnya menjadi inspirasi ramai. Warga emas ini akhirnya lulus ujian memandu pada percubaan kali ke-960 selepas membayar lebih £11,000 (RM59,644) untuk mendapatkan lesennya, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Cha Sa-soon, 69, mula menduduki ujian bertulis pada April 2005 dan selepas gagal buat kali pertama, dia terus mengambilnya semula pada setiap hari dalam lima hari seminggu selama tiga tahun.
Selepas 780 percubaan, Sa-soon mengambil hanya dua kali ujian bertulis dalam seminggu sehingga dia akhirnya lulus dan perlu meneruskan ujian praktikal latihan memandu.
Sa-soon lulus ujian memandu selepas mencuba 10 kali. In bermakna dia telah melalui 960 peperiksaan secara keseluruhan sebelum akhirnya mendapat lesen.
Lesen Kenderaan Untuk Perniagaan Sayuran
Wanita itu enggan berputus asa kerana dia memerlukan lesen kenderaan untuk memudahkan perniagaan sayur-sayurannya.
Menurut laporan, Sa-soon membelanjakan hampir £11,000 (RM59,644) untuk mendapatkan lesen memandu.
Guru memandunya di Sekolah Memandu Jeonbuk berkata, dia berasa lega apabila Sa-soon akhirnya mendapat lesen.
“Apabila dia akhirnya mendapat lesen, kami semua keluar sambil bersorak dan memeluknya serta memberinya bunga.
“Rasanya seperti beban besar dialihkan dari belakang kami. Kami tidak berani untuk menyuruhnya berhenti kerana dia terus muncul,” katanya.
Muncul Dalam Iklan Hyundai
Disebabkan beberapa percubaannya mengambil ujian memandu, Sa-soon menjadi selebriti negara dan muncul dalam iklan syarikat pengeluar kereta, Hyundai.
Hyundai malah menghadiahkan Sa-soon sebuah kenderaan baharu berharga hampir £11,640 (RM63,117).
Mingguan Wanita:Tahniah buat nenek ini atas kejayaan mendapat lesen memandu. Paling penting tak pernah berputus asa dan berusaha sehingga berjaya walaupun memakan tempoh masa yang lama hampir 18 tahun dan cubaan sebanyak 960 kali!.
Kebanyakan tom yam yang ada di kedai, selalunya dimasak oleh tukang masak seberang, dari Thailand, dan rasanya berbeza dengan cara yang kita selalu masak.Bila cuba buat dekat rumah, rasa lain, tak sama macam dekat kedai .Ada cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan rasa tom yam yang pedas, masam dan pekat, seperti perkongsian dari Dina Amalia Nordin ini, yang mana pes yang digunakan memang dari Thailand.
Berikut antara perkongsian beliau;
Resepi Tom Yam
Post ni panjang sikit sbb ramai yg tanya cemana saya masak tomyam sedap (org yg ckp tau bkn saya kehkehkeh), ni kat sini saya reveal resepi rahsia and tunjuk bahan dan cara-cara masak. Ni cara saya lah ye. Lain org lain cara ye.Untuk tomyam, saya akan make sure dia pedas, masam dan pekat. Tekak saya memang suka yang masam. Okeh biasanya saya masak tomyam ayam sebab senang & takyah tunggu lama nak empuk macam daging.
Nak bagi tau awal, pes tomyam ni Thailand punya dan ia halal ye..kat belah selatan sini takde jual..kalau ada pun dorang pegi amek stok kat siam sana. Pes tomyam brand Madam Pum ni sedap and kat belah-belah utara sana and negeri yang dekat-dekat dengan sempadan sana memang senang dapat.
Bahan-Bahan Wajib:
Bawang besar belah 4
Cili api (ketuk)
Daun ketumbar @ corriander leaves
Daun limau purut
Serai – diketuk
Air asam jawa @ pes asam jawa
Cili boh @ cili kisar
Pes tomyam “madam pum” sbb brand ni ternyata sedap!
Ayam/daging/udang/sotong
Carrot
Cauliflower
Baby corn
Celery
Buah tomato belah 4
Cendawan
Cara Membuat:
• masukkan air, bawang besar belah 4, cili api – didihkan.
• masukkan cili boh @ cili kisar – tunggu didih.
• masukkan pes tomyam (pes ni kalo kedekut pun nnt tak rasa, mula la komplen knape eh tomyam kite tak sedap? Pukkk kanggg!).
• masukkan ayam – tunggu didih nak bg ayam empuk sikit.
• masukkan serai yg diketuk.
• masukkan daun limau purut.
• masukkan carrot.
• masukkan pes asam jawa adabi.
** time ni boleh rasa dulu masam dan masin dia semua **
Tips!
~ Saya masak tomyam tak pernah tumis. Sebab kat pes dah berminyak, kat ayam pon sama. So lebur jek semua
~ Saya masukkan cili boh @ cili kisar untuk dapatkan warna merah cantik, pedas.
~ Instead of perahan limau, saya guna asam jawa sebab lebih sedap, lebih masam dan lebih pekat. Saya hantu tomyam, so saya dah try and error banyak kali dah. So far ini yang terbaik!
~ Kalau ada daging, bole masukkan awal. Kalau udang/sotong, masukkan kemudian bersama sayur sebab udang/sotong cpt masak.
~ Sayuran keras seperti carrot perlu masukkan lebih awal berbanding sayuran lain.
~ Buah tomato masukkan yang last dan tak perlu lama sbb dia cepat lembik.
Ok kalau ada yg tak faham boleh tanya ye, resepi boleh share no problem!