Bukan calang-calang semangat dan keberanian yang diperlukan apabila melibatkan diri dalam sukan ekstrem udara. Apatah lagi faktor usia bukanlah satu halangan untuk menyahut cabaran melakukan aktiviti ini.
Seorang nenek berusia 93 tahun dari Britain melengkapkan aksi berjalan di atas sayap pesawat yang sedang terbang buat kali kelima, sekali gus membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai cabaran, lapor akhbar Metro UK kelmarin.
Aksi tersebut memerlukan keberanian tinggi untuk memanjat sayap pesawat, diikat dengan abah-abah dan berdiri ketika pesawat melakukan penerbangan aerobatik di udara.
Mengumpul Dana Untuk Badan Amal
Namun, aktiviti itu bukan perkara yang baharu buat Betty Bromage kerana dia telah melakukannya sebanyak empat kali sebelum ini bagi mengumpul dana untuk badan amal, Sue Ryder.
Ads
Diilhamkan oleh sebuah iklan bar coklat di televisyen, warga emas berkenaan mengambil bahagian dalam sukan ekstrem itu pada usia 87 tahun walaupun mengalami radang sendi pada lehernya.
“Anda tidak akan tahu apa yang mampu dilakukan sehinggalah anda mencuba.
“Saya berusia lewat 80-an ketika kali pertama mencuba aktiviti seumpama ini. Sebelum itu, aktiviti paling berbahaya yang pernah saya lakukan adalah menunggang kuda,” katanya.
Ads
Setakat ini, Bromage telah menyelesaikan lima cabaran berjalan di atas sayap pesawat, melintasi garisan zip terpantas dunia di Snowdonia dan melakukan aktiviti turun cenuram setinggi 49 meter di Menara Eagle, Cheltenham.
Mingguan Wanita: Fuh memang luarbiasa semangat dan keberanian nenek ini. Ternyata faktor usia bukanlah penghalang.Tahniah, berani mencabar kemampuan diri dengan menyertai sukan ekstrem udara.
Mutakhir ini, negara berhadapan dengan tren peningkatan mendadak kes Covid – 19. Sesiapa saja boleh dijangkiti, oleh demikian kerajaan menyeru rakyat duduk di rumah dan jagalah diri.
Salah seorang selebriti Ashraf Muslim merupakan yang terawal pernah disahkan positif COVID-19, sekembali menjalani penggambaran drama bersiri, Demi di Inverness, Scotland, tahun lalu.
Kongsi Kesan Sampingan Daripada Jangkitan Covid-19
Baru-baru ini Ashraf Muslim telah memuat naik hantaran video di akaun Instagram (IG) miliknya dan berkongsi kesan sampingan yang dihadapi daripada jangkitan Covid-19 pada bahunya.
Kesakitan dialami itu datang dengan tiba-tiba sewaktu menjalani kuarantin. Malah menurut doktor pakar, masalah bahu yang dialaminya itu dikenali sebagai Acromioclavicular Joint Injury Shoulder and Elbow. Namun Ashraf pasrah dengan keadaan yang berlaku.
“Ini semuanya kesan covid. Tapi AM redha jerlah..
“Hari ni kena buat treatment bahu ni sebab ada masalah acromioclavicular joint injury shoulder and elbow. Sebelum ni kena scapula, lepas baik scapula kena plak ac joint shoulder,
“Sakit Tiba-Tiba Datang Waktu Kuarantin Kena Covid”
“Dr Rahmani kata ada pernah kena injured ataupun hentkkan tak sebelum ni sehingga sakit waktu tu. AM jawablah takde sbb sakitnya dtg tiba-tiba jer masa kena covid waktu kuarantin. Dia kata ada dua sebab benda ni terjadi , pertama hentakan yg kuat atau pun disebabkan virus.. kesannya otot kawasan tu mengecut.
“Tapi AC joint tu sbg secondary effects saja.. Masalah utama ialah post viral infection muscle wasting (otot kecut selepas jangkitan virus) menyebabkan sendi jadi lapse.
Reda Apa Yang Berlaku
“So memang jelas kena covid sbb virus ni masuk dalam darah dan benda ni buat kerjalah. Yang AM perasan , memang AM sorang yang sportsmen banyak sangat sukan involve rugby, hoki, basketball dan injured tu biasalah. tapi bila dah tua ni, mungkin ada bahagian kat tubuh badan kita pernah injured so virus ni senang buat kerja kat area tu.. hermm.
“Takpelah kita redha dengan apa yang Allah berikan ini ebab Allah nak kita ingat pada DIA selalu
“Terima kasih Dr @drrahmani_rj kerana sentiasa bantu saya bila injured. Korang ada masalah badan, otot atau tulang2 dan lerlu fisio boleh jumpa Dr Rahmani,” tulis Ashraf Muslim.
Pengikut Di Instagram Doakan Ashraf Kembali Pulih
Mingguan Wanita : Semoga Ashraf pulih seperti sedia kala. Kepada semua lindung diri, lindungilah keluarga anda.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Apabila bertugas dalam bidang kesihatan dan rawatan perubatan, jangan sesekali sambil lewa. Setiap nyawa cukup berharga dan kesan kecuaian boleh mengakibatkan derita sepanjang hayat.
Alhamdullilah akhirnya nasib adik Adeena terbela apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dibayar pampasan RM5.6 juta atas kecuaian perubatan sebuah hospital kerajaan hingga mengakibatkan mangsa lumpuh.
Lumpuh Akibat Komplikasi Pembedahan
Nur Adeena Mohd Syahmir yang dilahirkan pada 12 Mei 2020 melalui pembedahan Caesarean mengalami kecederaan saraf tunjang berikutan komplikasi pembedahan yang menyebabkannya lumpuh dari leher ke bawah.
Kanak-kanak itu selaku plaintif melalui bapanya menfailkan saman kecuaian perubatan terhadap 19 defendan terdiri daripada kerajaan Malaysia dan 18 pegawai perubatan yang bertugas di sebuah hospital kerajaan.
Akibat kecuaian itu, ketika ini, plaintif bergantung kepada ventilator dan juga dipasang trakeostomi (tebukan pada leher).
Berdasarkan dokumen diperoleh media, defendan pertama (kerajaan Malaysia) mengakui liabiliti pada 26 Julai 2022 menyebabkan plaintif menarik balik semua tuntutan terhadap defendan kedua hingga ke-19.
Perbicaraan diteruskan untuk penilaian ganti rugi dan berlangsung selama dua hari di mana plaintif memanggil dua saksi iaitu ibu plaintif dan saksi pakar Dr Kavitha manakala defendan pertama memanggil saksi pakar S Mohaneswari.
Pegawai Perubatan Tiada Pengalaman Melakukan Pembedahan
Siasatan mendapati pegawai perubatan yang bertugas tidak mempunyai pengalaman melakukan pembedahan dan ia dilakukan tanpa pengawasan pakar perbidanan dan sakit puan.
Dalam keputusannya pada Isnin, Hakim Datuk Akhtar Tahir berkata, tiada jumlah wang yang dapat mengurangkan kesakitan dan penderitaan kanak-kanak itu.
“Mahkamah berpandangan bahawa jumlah ganti rugi yang diberikan perlu sebagai pampasan untuk perbelanjaan tambahan yang akan ditanggung oleh penjaga dalam menjaga plaintif yang kurang upaya,” tambahnya.
Jangka Hayat Hanya 23 Tahun
Katanya, mahkamah mempertimbangkan keterangan daripada doktor pakar bahawa kanak-kanak itu berkemungkinan hidup sehingga usia 23 tahun berdasarkan keadaannya.
Mahkamah memutuskan kanak-kanak itu berhak mendapat pampasan yang mencukupi sepanjang hayatnya.
Dalam penghakiman itu juga, mahkamah juga berpendapat plaintif berumur dua tahun perlu diberi pampasan yang mencukupi untuk menampung baki jangkaan hayatnya 21 tahun lagi.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, nasib adik Adeena terbela.Semoga menjadi pengajaran buat mereka yang terlibat dalam bidang perubatan, supaya jangan ambil mudah urusan nyawa.
Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang bangsa dan agama. Keharmonian diantara kaum juga masih dipelihara demi kestabilan dan perpaduan negara.
Terharu melihat perkongsian video ringkas dari Tiktok divyasree0605ini.Video tersebut menunjukkan keharmonian dan perpaduan kaum tanpa mengira agama dan bangsa.
Berbeza Bangsa, Ikhlas Suap Makanan
Seorang wanita berbangsa India kelihatan cukup ikhlas dalam membantu dan menyuap makanan dan memberi minuman kepada pesakit wanita Melayu yang tidak dapat melihat akibat kegagalan buah pinggang di atas katil di sebuah hospital.
Menurut perkongsian anaknya, ibunya bukan sahaja menjaga anak sendiri malah memang turut membantu para pesakit yang lain di wad tersebut, terutamanya menyuapkan makanan dan minuman.
Sememangnya sikap yang terpuji, membantu tanpa membezakan warna kulit, agama dan bangsa. Semoga menjadi inspirasi dan contoh buat kita juga supaya tinggal harmoni di Malaysia ini.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...