Suka Keluarga Besar, Wanita Muda Usia 23 Tahun Ada 20 Anak!

Share

Tak dinafikan kehadiran anak-anak merupakan penyeri, menambahkan lagi rezeki dan kebahagiaan dalam rumahtangga tak kiralah berapa pun jumlahnya. Ada pasangan suami isteri yang sanggup mencuba pelbagai kaedah dan cara demi untuk mendapatkan anak. Jika berkemampuan, memang tiada salahnya untuk memiliki anak ramai dan keluarga besar, malah lebih meriah!

Kaedah Ibu Tumpang

Seorang ibu muda berumur 23 tahun di Georgia memiliki 20 anak melalui kaedah ibu tumpang dan tidak menolak untuk menambah bilangan zuriat pada masa hadapan, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Kristina Ozturk yang mengahwini jutawan, Galip Ozturk, 57, membelanjakan wang £138,000 (RM806,657) setahun untuk prosedur mendapatkan bayi-bayi tersebut.

Mereka juga memperuntukkan £67,700 (RM395,797) setahun untuk menjaga kesemua bayi tersebut termasuk kos mengupah 16 pengasuh.

“Kami membelanjakan sekitar £3,500 hingga £4,200 (RM20,462 hingga RM24,552) seminggu untuk keperluan bayi-bayi ini.

“Saya tidak berhasrat untuk melakukan lagi kaedah ibu tumpang, sebaliknya ingin hamil secara semula jadi.

“Bagaimanapun, rancangan tersebut bukan dalam masa terdekat kerana saya ingin membina hubungan yang mesra dengan kesemua bayi ini dahulu,” ujarnya kepada akhbar The Sun.

Obses Anak Ramai

Tambah Christina, dia sangat obses dengan idea kehidupan dikelilingi anak-anak yang ramai sejak berkahwin dengan suaminya.

Sehingga kini, pasangan itu tidak pernah meletakkan sebarang had jumlah anak yang mahu dimiliki namun 100 cahaya mata adalah sasaran utama.

Mereka berdua juga sanggup membelanjakan £800,000 (RM4.4 juta) bagi menggunakan khidmat ibu tumpang untuk merealisasikan misi 100 anak mereka. Kos bagi menggunakan khidmat seorang ibu tumpang di Batumi ialah sekitar £8,000 (RM39,206) bagi setiap kelahiran.

Sementara itu, Christina berkata, mereka tidak terlibat secara langsung dengan ibu tumpang bagi mengelakkan sebarang masalah terutama ketika sesi penyerahan bayi.

Dia hanya bertindak sebagai penasihat dalam memberi cadangan berkaitan diet pemakanan dan pelan nutrisi sepanjang kehamilan ibu tumpang anak-anaknya.

Anak Sulung Usia 6 Tahun

Kristina dan Galip sebelum ini mempunyai seorang anak berusia enam tahun. Kesemua bayi yang diperoleh melalui kaedah ibu tumpang itu kini berusia dalam lingkungan empat bulan hingga 14 bulan.

“Saya melahirkan sendiri anak sulung, Vika, enam tahun lalu manakala anak-anak lain dilahirkan oleh ibu tumpang,” katanya kepada portal Newsflash.

Kristina yang berasal dari Rusia, berkenalan dengan Galip yang merupakan pengasas syarikat Metro Holding dari Turki ketika bercuti di Georgia.

Baca Lagi Di Sini:
Wanita Mali Dijangka Hamil 7 Bayi, Rupanya Selamat Bersalin Kembar 9!

Kalau Tak Mampu Beranak Ramai, Pandailah Rancang Jangan Sampai Anak Terabai

Mingguan Wanita : Memang meriah bila dikelilingi anak-anak yang ramai, keluarga besar. Jika berkemampuan tiada salahnya. Namun dalam Islam, miliki anak dengan cara ibu tumpang tidak benarkan dan hukumnya haram iya.

Sumber: Kosmo, Mirror.co.uk

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab