Tak dinafikan kehadiran anak-anak merupakan penyeri, menambahkan lagi rezeki dan kebahagiaan dalam rumahtangga tak kiralah berapa pun jumlahnya. Ada pasangan suami isteri yang sanggup mencuba pelbagai kaedah dan cara demi untuk mendapatkan anak. Jika berkemampuan, memang tiada salahnya untuk memiliki anak ramai dan keluarga besar, malah lebih meriah!
Sepasang suami isteri jutawan, Galip Ozturk, 56, dan Christina, 23, menyimpan impian besar untuk memiliki sekurang-kurangnya 100 anak dalam keluarga mereka.
Menurut Christina, mereka sudah memiliki 11 anak dan akan menggunakan khidmat ibu tumpang bagi menambah koleksi cahaya mata, lapor akhbar The Sun, baru-baru ini.
“Ketika ini, saya mempunyai 10 anak dengan yang bongsu bernama Olivia, dilahirkan hujung bulan lalu.
“Saya melahirkan sendiri anak sulung, Vika, enam tahun lalu manakala anak-anak lain dilahirkan oleh ibu tumpang,” katanya kepada portal Newsflash.
Tambah Christina, dia sangat obses dengan idea kehidupan dikelilingi anak-anak yang ramai sejak berkahwin dengan suaminya.
Sehingga kini, pasangan itu tidak pernah meletakkan sebarang had jumlah anak yang mahu dimiliki namun 100 cahaya mata adalah sasaran utama.
Mereka berdua juga sanggup membelanjakan £800,000 (RM4.4 juta) bagi menggunakan khidmat ibu tumpang untuk merealisasikan misi 100 anak mereka. Kos bagi menggunakan khidmat seorang ibu tumpang di Batumi ialah sekitar £8,000 (RM39,206) bagi setiap kelahiran.
Sementara itu, Christina berkata, mereka tidak terlibat secara langsung dengan ibu tumpang bagi mengelakkan sebarang masalah terutama ketika sesi penyerahan bayi.
Dia hanya bertindak sebagai penasihat dalam memberi cadangan berkaitan diet pemakanan dan pelan nutrisi sepanjang kehamilan ibu tumpang anak-anaknya.
Baca Lagi Di Sini:
Kalau Tak Mampu Beranak Ramai, Pandailah Rancang Jangan Sampai Anak Terabai
Ada Anak Ramai, Beri Kasih Sayang Sama Rata Jangan Pilih Kasih!
MW: Memang meriah bila dikelilingi anak-anak yang ramai, keluarga besar. Jika berkemampuan tiada salahnya. Namun dalam Islam, miliki anak dengan cara ibu tumpang tidak benarkan dan hukumnya haram iya.
Sumber: Kosmo, Mirror Co UK