Selepas memadam semua video masakan di Youtube, Sugu Pavithra bakal menemui peminat mereka petang ini. Mungkin ramai peminatnya yang bersedih, apabila pasangan ini mengambil tindakan memadam semua video baru-baru ini.
Oleh itu, semua peminat Sugi Pavitra jangan lupa menyaksikan kemunculan semula pasangan yang dikatakan selewat-lewatnya petang nanti.
Peminat YouTuber sensasi ‘Sugu Pavithra’ boleh melihat semula kemunculan pasangan itu di saluran mereka selewat-lewatnya pada petang ini.
M Sugu, 29, berkata, dia menjangka video baharu akan dimuat naik di YouTube ‘Sugu Pavithra’ pada petang ini jika segala perbincangan dengan beberapa pihak selesai.
Sugu, suami kepada S Pavithra, 28, yang juga YouTuber masakan mengakui memadam semua 98 video di saluran berkenaan yang dimuat naik sejak Januari lalu atas beberapa faktor peribadi.
“Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (didakwa di mahkamah),” katanya ketika dihubungi di Bernama di Ipoh, hari ini.
Artikel Berkaitan:
Sebaknya, Tiada Lagi Video Masakan Di Saluran YouTube Sugu Pavithra
Rezeki YouTuber Sugu Pavithra Jumpa PM, Punyalah Tergamam Sampai Tersekat Kata-kata
Tarikan Biasa-Biasa Sugu Pavithra, Hidup Sederhana Kelihatan BAHAGIA
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Mereka Bakal Kembali
Selain itu, Pavithra ketika ditemui di mahkamah juga berkata, mereka enggan menerima sebarang pengiktirafan atau penganugerahan ikon. Sebaliknya mahu menumpu kepada penghasilan video masakan menerusi saluran Youtube seperti biasa.
Bercerita lanjut, Sugu yang juga bekas pekerja sebuah syarikat perladangan swasta di Sungai Siput turut mengakui hilang pendapatan. Daripada YouTube yang dianggap lumayan susulan tindakan memadam semua video.
“Tapi tidak mengapa, kerana saya ada tangan, kaki cukup boleh cari kerja. Sebelum (menjadi YouTuber) ini pun punca pendapatan dengan bekerja,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada pengikut setia yang kini berjumlah 787,000 orang.
Sebelum ini, media melaporkan polis menahan Sugu yang dalam keadaan mabuk membawa sabit mencari adik iparnya kerana masalah keluarga di luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
Kejadian itu berpunca akibat salah faham antara suspek dengan isterinya berkaitan satu majlis yang berlangsung sehari sebelum itu.
Bernama adalah media pertama melaporkan kisah pasangan berkenaan pada 8 Mei lalu, yang ketika itu mempunyai sejumlah 420,000 pelanggan.
MW: Semoga kisah pasangan sensasi ini memberi pengajaran buat kita semua. Sayang jika mereka mengambil tindakan untuk nenjalani kehidupan biasa sedangkan mereka mampu menjana pendapatan lumayan serta mengubah hidup dengan bakat yang ada.
Sumber: Bernama