Dunia akhir zaman semakin menakutkan. Ketika, para isteri cuba mempertahankan hak dan harapan bahagia dalam rumah tangga yang dibina. Ada isteri yang semakin berani menduakan suami, curang dengan lelaki lain.
Perkahwinan yang dibina bersama suami selama 7 tahun tak lagi dipandang indah oleh isteri ini. Tiga orang cahaya mata lahir dari perkahwinan mereka juga tak lagi menzahirkan bahagia di hati.
Inilah yang berlaku dalam rumah tangga pasangan muda berusia 32 dan 23 tahun, yang mana isteri ini telah ditangkap khalwat dengan lelaki lain oleh suaminya sendiri.
Sudahnya dalam Mahkamah Rendah Syariah, Kota Bharu, ibu anak tiga ini diceraikan dengan talak satu. Lafaz tersebut, dilafazkan di hadapan Hakim Zahari Mohd Yusoff mengikut Seksyen 47 Permohonan Perceraian Enakman Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2002.
Tidak cukup dengan itu, sebaik saja keluar dari mahkamah suasana kecoh terjadi antara pasangan tersebut. Sehingga terpaksa ditenangkan oleh pihak polis dan ahli keluarga.
Kata bapa yang mahu dikenal sebagai Atiq, 32, pada 25 Oktober lalu di sebuah hotel dekat utara tanah air dia telah menangkap isterinya yang sedang berkhalwat dengan lelaki lain.
Luluh hati suami ini apabila isterinya sanggup menduakan dirinya. Walhal mereka sudah ada tiga orang anak usia antara setahun hingga enam tahun.
Ketika di hotel tempat isterinya ditangkap, suami ini bersama rakan, pejabat agama dan polis ke hotel tersebut. Rakannya memaklumkan yang kereta miliknya ada di hadapan hotel berkenaan.
Sebaik saja masuk ke sebuah bilik, dia lihat isterinya bersama lelaki lain.
Dia bersama rakan, pejabat agama dan polis ke hotel itu selepas diberitahu oleh rakan kereta miliknya diletakkan di hadapan hotel berkenaan.
Jelasnya, sebaik sahaja masuk ke sebuah bilik, dia melihat isterinya bersama dengan lelaki lain.
Memikirkan anak-anak, lelaki yang bekerja di Ipoh, Perak ini cuba bertahan dengan perkahwinannya.
Namun, perbuatan kecurangan isteri membuatkan dia membawa pulang anak ke Kota Bharu dan melafazkan cerai. Tidak sanggup dia melihat kecurangan itu terus-terusan berlaku.
Luahnya di luar Mahkamah Syariah di Tunjang, Kota Bharu.
Seharusnya sebagai isteri, seandainya berlaku apa-apa konflik dalam rumahtangga, janganlah jalan ‘curang’ jadi pilihan. Masih banyak cara lain yang boleh dipilih untuk pulihkan keretakan yang jadi.
Kerana, jika berita kecurangan sebegini terjadi, akhirnya isteri juga yang akan kehilangan haknya sebagai ibu pada anak-anaknya. Alangkah sayangnya.
Sumber/Foto : Berita Harian, Astro Awani