Sudahlah Tidak Bayar Sewa Enam Bulan, Penyewa Dari Neraka Tinggalkan Lautan Sampah, Najis

Share

Geramnya. Sudahlah tidak bayar sewa selama enam bulan, penyewa dari neraka ini juga tinggalkan rumah dengan lautan sampah dan timbunan najis.

Sekurangnya jika tidak mampu membayar sewa sekalipun, janganlah tinggalkan rumah dalam keadaan yang amat kotor. Perkara ini amat menyusahkan tuan rumah.

Penyewa Dari Neraka Tinggalkan Lautan Sampah, Najis

Seorang pemilik rumah di pekan kecil Staffordshire, England tergamam apabila mendapati rumahnya berubah 360 darjah selepas disewakan kepada penyewa dari ‘neraka’.

Ian Twigg berkata, keadaan rumahnya di Hebburn, South Tyneside ibarat tongkang pecah dan dia terpaksa menggunakan khidmat pencuci profesional bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.


Sudahlah Tidak Bayar Sewa Enam Bulan

Tambah Twigg, penyewa yang telah melarikan diri dan tidak membayar sewa tertunggak selama enam bulan itu bukan sahaja melonggokkan sampah di segenap ruang rumah.

Malah turut kencing di merata tempat termasuk di atas permaidani dan belakang kabinet televisyen.


Najis Dibuang Merata-rata

Bukan itu sahaja, lebih menjijikkan tisu tandas yang dipenuhi najis turut dibuang merata-rata.

“Mereka nampaknya menggunakan satu bilik tidur secara eksklusif sebagai tong sampah dan kencing serta berak sesuka hati di tempat yang bukan sepatutnya,” ujarnya yang kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab dan pengotor penyewa terbabit.

Baca Juga Di Sini :

Kasih Seorang Bapa, Sanggup Kumpul Sampah Selama 10 Tahun Demi Masa Depan Anak

Jumpa GEROBOK LAUK Tempat Pembuangan Sampah, Bawa Balik BAIK PULIH Mana Mampu

Derita Lebih 10 Tahun Berjirankan ‘Cikgu’ Hidup Dalam Longgokan Sampah

YouTuber ‘Prank’ Bagi ‘Daging Korban’ Rupanya Isi Sampah!

Derita Lebih 10 Tahun Berjirankan ‘Cikgu’ Hidup Dalam Longgokan Sampah

Mengambil Masa Lama

Bapa kepada tiga anak itu memberitahu, kerja-kerja pembersihan mengambil masa selama berjam-jam.

“Bayangkan, kami membawa keluar 60 beg sampah dari satu bilik tidur!

“Biar pun tiada kerosakan besar tapi saya tetap mengalami kerugian besar.


Mingguan Wanita : Harapnya penyewa ini mendapat pembalasan sewajarnya kerana tidak menghormati harta orang lain. Tuan rumah bukan sahaja sakit hati, malah terpaksa menanggung kerugian kerana perlu membersihkan rumah yang ditinggalkan sebegitu rupa.

Sumber : Sinar Harian/ Internet

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat