Geramnya. Sudahlah tidak bayar sewa selama enam bulan, penyewa dari neraka ini juga tinggalkan rumah dengan lautan sampah dan timbunan najis.
Sekurangnya jika tidak mampu membayar sewa sekalipun, janganlah tinggalkan rumah dalam keadaan yang amat kotor. Perkara ini amat menyusahkan tuan rumah.
Penyewa Dari Neraka Tinggalkan Lautan Sampah, Najis
Seorang pemilik rumah di pekan kecil Staffordshire, England tergamam apabila mendapati rumahnya berubah 360 darjah selepas disewakan kepada penyewa dari ‘neraka’.
Ian Twigg berkata, keadaan rumahnya di Hebburn, South Tyneside ibarat tongkang pecah dan dia terpaksa menggunakan khidmat pencuci profesional bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.
Sudahlah Tidak Bayar Sewa Enam Bulan
Tambah Twigg, penyewa yang telah melarikan diri dan tidak membayar sewa tertunggak selama enam bulan itu bukan sahaja melonggokkan sampah di segenap ruang rumah.
Malah turut kencing di merata tempat termasuk di atas permaidani dan belakang kabinet televisyen.
Najis Dibuang Merata-rata
Bukan itu sahaja, lebih menjijikkan tisu tandas yang dipenuhi najis turut dibuang merata-rata.
Ads
“Mereka nampaknya menggunakan satu bilik tidur secara eksklusif sebagai tong sampah dan kencing serta berak sesuka hati di tempat yang bukan sepatutnya,” ujarnya yang kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab dan pengotor penyewa terbabit.
Bapa kepada tiga anak itu memberitahu, kerja-kerja pembersihan mengambil masa selama berjam-jam.
“Bayangkan, kami membawa keluar 60 beg sampah dari satu bilik tidur!
“Biar pun tiada kerosakan besar tapi saya tetap mengalami kerugian besar.
Ads
Mingguan Wanita : Harapnya penyewa ini mendapat pembalasan sewajarnya kerana tidak menghormati harta orang lain. Tuan rumah bukan sahaja sakit hati, malah terpaksa menanggung kerugian kerana perlu membersihkan rumah yang ditinggalkan sebegitu rupa.
Ketika diri sering dirundung musibah, amalan menjemput rezeki adalah yang paling baik sekali dilakukan. Bagaimana caranya? Cik Puan Anys Idayu Hj Zakaria berkongsi kisah bagaimana amalannya mempraktikkan membaca 1 minggu 1 juzuk al Quran membuatkan rezeki bisnes malah kehidupan sehariannya tidak pernah putus.
Istiqamahkan Kita Membaca Al-Quran Setiap Hari?
Tahun 2014 membuka ruang pada saya mengikuti kelas online personaliti menerusi grup WhatsApp. Coach bertanya ‘istiqamahkan kita membaca Al-Quran setiap hari?
“Dari situ saya tersentak. Saya tekad ubah diri baca Al-Quran setiap hari.” Ini rutin Anys.
1. Join kumpulan baca al-Quran, seminggu 1 juzuk.
2. Mula-mula memang nampak macam kena paksa. Tapi bila lakukan setiap hari, in sha Allah dia jadi makin seronok dan kita sendiri akan lebih ikhlas.
3. Rutin ngaji bermula hari Ahad hingga khamis.
4. Baca Al-Quran awal pagi selepas selesai solat tahajud, solat Subuh dan selepas Maghrib.
5. Setiap hari selesaikan bacaan surah Al-Kahfi. Didik juga pada anak sulung agar baca 10 ayat pertama surah Al-Kahfi. Latih secara harian, bila tertinggal sehari akan rasa diri tak lengkap.
6.’ Ma’ pesan nak bagi senang dan rezeki sentiasa ada baca surah Al Waqiah setiap malam. Ini surah wajib baca sebelum tidur.
7. Selepas solat sunat fajar, sebelum solat Subuh amalkan baca surah Al Balad.
8. Amalkan apa saja perkongsian amalan murah rezeki dari ayat-ayat Al-Quran dan beberapa selawat sentiasa dibaca dalam hati mahupun di bibir.
Rahsia Menjiwai Al-Quran Ini
Sungguh benar, ayat-ayat Allah ini penawar segalanya. Rezeki tak pernah putus walaupun ada ketika dirinya betul-betul terdesak tiada wang di tangan.
Kisah Tahun 2013
“Tahun 2013, tahun yang memberi kesedaran dan keinsafan kepada saya. Ketika itu saya baru membina bisnes, dalam masa yang sama berhadapan masalah dengan suami. Saya kembali mendekatkan diri padaNya. Ketenangan datang dengan sendiri.”
“Betullah orang kata, bila masalah bertimpa-timpa datang, jalan penyelesaian hanya sujud pada Allah dan amalan dari ayat-ayat Al-Quran dapat membantu menyelesaikan masalah.”
“Itulah yang saya alami. Perlahan-lahan saya mengamalkan semua ilmu yang saya baca dalam buku yang saya beli itu (Mudahnya Menjemput Rezeki).”
“Antaranya solat dhuha, solat tahajud, solat taubat, istikharah, sedekah dan bacaan Al-Quran setiap hari walaupun ketika ni belum istiqamah lagi.”
Sumber/Foto: Anys Idayu Zakaria via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kebiasaannya kanak-kanak kecil di bawah usia 5 tahun masih bermain basikal atau kereta mainan bersama kawan-kawan. Namun siapa sangka pada usia yang baru lima tahun, kelincahan dan kecekapan seorang budak lelaki di Kota Ambon, Kepulauan Maluku, Indonesia mengendalikan jentera berat eskavator (jentera pengorek tanah) mengagumkan orang ramai.
Theo Paays tidak menghabiskan masanya bermain dengan rakan sebaya, sebaliknya membantu membersihkan sungai yang dilitupi sisa kotoran akibat banjir.
Portal Liputan6.com melaporkan, video kehebatan anak kecil di Desa Hutumuri itu sempat dirakam penduduk setempat sebelum ia dikongsi seorang pengguna Facebook (FB), baru-baru ini.
Bersihkan Sisa Banjir
Theo menggunakan jentera berat itu untuk mengalihkan sisa yang tersekat di dalam sungai berhampiran rumahnya selepas banjir surut, pada Ahad lalu.Selain itu, Theo juga membantu mengangkat batu besar untuk menyekat air banjir daripada mengotori sumber bekalan air bersih penduduk.
Aksi kanak-kanak itu turut mendapat reaksi positif daripada warganet yang turut kagum dengan kemahirannya mengendalikan jentera berat.
“Berkat bantuannya, penduduk kini dapat menikmati air bersih,” kata seorang pengguna FB di ruangan komen video berkenaan.
Video berkenaan juga sudah mendapat 2,000 tanda suka daripada warganet.
Sepanjang pengendalian itu, Theo dibantu beberapa penduduk lain yang memberikan bantuan kepadanya untuk mengalihkan sisa dan batu besar di kawasan sungai.
Di dalam video itu juga, Theo sempat menjerit kegembiraan dan bersemangat mengendalikan jentera berat berkenaan.
MW: Hebatnya budak lelaki ini. Baru berusia 5 tahun tapi cukup cekap dalam mengendalikan jentera berat. Kemahiran yang digunakan untuk memberi bantuan pada orang lain dan penduduk kampung. Namun tetap perlu berhati-hati, memandangkan ia jentera berat dan agak merbahaya untuk kanak-kanak.
Percaya tak hanya dengan satu resepi saja iaitu wadai kipeng hubungan mentua menantu boleh jadi akrab. Inilah yang jadi pada Salleha Roslan dan ibu mertuanya.
Bila dia request nak buat video cara buat kuih tradisi masyarakat banjar ini, bersungguh-sungguh ibu mertuanya menyediakan bahan yang diinginkan.
“Mahu tak seronok, sebab resepi warisan ni kalau tak diwariskan, hilang pulak nanti. Ni la dia resipi warisan turun temurun orang Banjar. Dibuat dengan penuh kasih sayang.
“Sal bukan orang Banjar, tapi sejak kahwin, baru merasa makan kuih warisan ni. Sebab famili suami orang belah Banjar.
Mesti ada yang kerut dahi bila nak menyebut Wadai Kipeng tu kan. Apa ke bende la pula Wadai Kipeng ni.
Sebenarnya Wadai tu maknanya kuih dan Kipeng tu adalah benda yang di tekan.
Kalau ikutkan, cara nak sediakannya lebih kurang sama je dengan Puteri Mandi. Memang sama sangat. Cuma kuahnya tak sama.
Bahan-bahan Nak Buat Wadai Kipeng
(Boleh makan untuk 15-20 orang)
Sebiji Santan
Seketul Gula Melaka
Nangka di potong dadu (Tak nak pun tak apa)
500 gram Tepung Pulut
200 gram Gula Perang
Kapur sikit dan Garam secubit
Cara Buat Wadai Kipeng
1. Basuh gula keras (Melaka). Rebus gula keras dan gula perang berasingan. Tak boleh geng masa rebus. Biar hancur sebati.
Sambil tunggu gula sebati, boleh la buat bahan uli dulu.
2. Campur secubit garam dan sedikit kapur dalam semangkuk air suam. Kacau sampai larut.
3. Tuang sikit-sikit air campuran garam dan kapur tu dalam tepung pulut.
4. Sambil uli, sambil letak sikit air. Tak boleh letak sekali harung, sebab nak tepung betul-betul sebati
5. Lepas tu gentel kecik-kecik sampai habis tepung yang di uli tadi
Dah siap uli, next :
6. Masak santan pekat bersama gula merah, gula melaka dan garam secukup rasa
7. Rebus sampai mendidih, kemudian masukkan tepung yang di uli, masukkan nangka dan tunggu tepung timbul
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...