Sudah Maafkan Suami, Pavithra Tolak Anugerah, Mahu Fokus YouTube Saja

Pasangan YouTuber suami isteri, Sugu Pavithra akhirnya menetapkan pendirian untuk menolak Anugerah Ikon Anak Bandar Raya Ipoh yang diterima sebelum ini. Kata putus ini dibuat selepas segala konflik yang melanda suami isteri ini.

Selepas ini kami tak mahu jadi orang dikenali ramai. Semua itu kami tak nak. Kami orang biasa saja, jadi biarkan kami hidup seperti biasa.” ujar S Pavithra, 28.

Apa yang suami lakukan sebelum ini, Pavithra sudah pun memaafkannya. Malah, dia tak mahu lagi memikirkan masalah yang berlaku. Fokusnya hanya untuk kehidupan bersama keluarga dan mahu fokus dengan program masakan di YouTube yang diusahakan bersama suaminya.

Apa yang terjadi semuanya berkaitan masalah keluarga dan saya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku.”

Baca sini : Suami YouTuber masakan terkenal direman tiga hari, dipercayai cederakan isteri.

Kami Orang Biasa.. Anugerah Memang Kami Tak Mahu

Baginya, bukan mereka saja YouTuber yang ada di Malaysia. Malah ramai lagi yang berbakat dalam pelbagai bidang dan telah lakukan macam-macam daya usaha mereka. Atas dasar itu semualah, dia merasakan, dia belum layak untuk menerima anugerah lagi.

IKLAN

Kami baru jadi YouTubers. Dan kami tidaklah hebat sangat. Kami memang tak layak untuk jadi ikon Perak dan apa-apa lagi.”

Ada lagi yang ramai di luar sana. Jangan pilih kami sebab ramai rakyat yang salah faham. Dan benda ini membuatkan orang ramai sakit hati.”

Kami jaga YouTube, nak fokus YouTube saja, kami orang biasa jadi pangkat (anugerah) memang kami tidak mahu.”

Barangkali inilah keputusan terbaik untuk mereka berdua. Dipercayai penyebab kepada konflik rumah tangga ini berlarutan dan jadi semakin besar, disebabkan Pavithra tidak menyebut nama suaminya dalam majlis anugerah yang diterimanya sebelum ini.

Pavithra Tak Ambil Hati..

Pavithra yang kelihatan sedih memohon agar orang ramai masih terus menyokong program masakan kendalian mereka. Malah, dia tak ambil hati pun dengan apa jua lemparan komen yang diberikan netizen.

Saya harap tiada yang salah faham. Malah, saya sendiri pun tak ambil hati atas apa juga komen diberikan netizen di media sosial.

Teruslah beri sokongan kepada kami.”

Ungkap Pavithra sebaik selesai menjelaskan jaminan RM10,000 yang dikenakan ke atas suaminya di Mahkamah Seksyen Ipoh.

Terdahulu, suaminya, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit di tempat awam.

MW : Sebab kita tak duduk dalam ‘kasut’ orang itu, jadi kita takkan faham ujian apa yang sedang mereka lalui. Doa saja yang baik-baik.

Sumber/Foto : Harian Metro, Sinar Harian