Sudah Hari Ke-18, Dimana Kamu.. Mohammad Ashraf Bin Hassan

Share

Jika kamu masih hidup, berilah sesuatu signal atau tanda untuk kami cari kamu. Jika kamu mati tolonglah tunjukkan di mana tubuh badan kamu.”

Ini status yang dimuatnaik di facebook Team Rescue Bencana Malaysia (TRBM) dalam misi pencarian Mohammad Ashraf Bin Hassan, 29 yang dilaporkan hilang. Kenyataan ini mengundang sebak di hati.

Seakan buntu mencari jejak keberadaan runner hilang dengan panggilan mesra, Acap.

Iya, misi mencari Acap sudah masuk hari ke-18. Sebagaimana yang dikongsi Team Rescue Bencana Malaysia, “Segala cara dan kawasan kemungkinan sudah digunakan dan dicari.”

Tapi tiada perjumpaan atau hasil.”

Walaupun demikian, team ini tetap meneruskan misi mencari sehingga jumpa. Biar pun ada sesetengah pencari yang terdiri dari kalangan orang awam sudah tarik diri.

 

 

Bangkai Reput Bukan Milik Manusia

Pada hari ke-16 pencarian, team ini mendapat laporan daripada Orang Asli yang dikatakan terjumpa bangkai reput di belakang bukit berdekatan dengan track larian.

Kami panjat dan daki bukit itu selama 1 jam hampir ke kemuncak. Pakar daripada JBPM dan ATM kami mengesahkan itu bangkai binatang.”

Dan bukan manusia yang telah mati lebih 12 hari.”

Kami mendoakan supaya cepat jumpa Ashraf di Gopeng ini. Dengan izin Allah SWT kami cuba buat yang terbaik untuk mencari mangsa yang hilang selama 16 hari lalu di sini (ketika status ini dimuat naik).”

 

 

‘Terima Kasih Abang Bomba..’ Inilah Jasa Wira Tak Didendang

Sepanjang misi pencarian Acap ini, inilah wira-wira tak didendang yang bertungkus lumus naik turun bukit, meredah hutan. Biar pun ketika, diumumkan operasi SAR ditutup, pasukan ini tetap meneruskan gerakan mereka dengan kekuatan anggota yang berskala kecil.

Dengan tenaga kerja yang tidak mencukupi di negeri Perak, kami tetap jumpa tidak kurang daripada 15 anggota lokasi dan Pusat Kawalan Bomba (PKB) di kaki Bukit Batu Putih.

Selama ini, TRBM berada di sana kami dijaga dari segi logistik, makanan dan keselamatan. Perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak pernah lalai atau tertinggal untuk menjaga awam daripaa situasi bahaya.”

TRBM betul-betul respect JBPM Perak terutama Ketua Operasi Negeri Tuan Yunus, Timbalan Tuan Sabarodzi, Ketua Zone Tuan Khairul, Tuan Esmadi, Ketua Balai Bomba Gopeng, Puan Rohana dan Pengarah Bomba Negeri Perak, Tuan Azmi serta semua anggota bomba dan PBKII (Tok Moh) dan PBK Syed yang sentiasa jaga kami semasa operasi.”

Lebih 50km persegi telah diliputi anggota Bomba, PGA, PDRM, APM, Rela dan orang awam bersama NGO daripada hari pertama hingga kini. 500 anggota beruniform dan lebih 2000 orang awam terlibat di dalam pencarian ini.

 

 

MW : Mendoakan agar Team Rescue Bencana Malaysia diberi kekuatan dan menemui petunjuk dalam misi mereka menjejak Mohammad Ashraf Hassan. Wahai rakyat Malaysia, jika TRBM ini masih giat meneruskan usaha.

Janganlah kita berputus asa dari terus berdoa agar Ashraf dapat ditemui kembali.

Sumber/Foto : Team Rescue Bencana Malaysia

Published by
Netty Ah Hiyer