Ini dinamakan jodoh, sudah enam tahun berkongsi hidup, remaja 17 tahun ini akui bahagia kahwini nenek 71 tahun.
Usia bukan penghalang untuk cipta bahagia bersama pasangan. Sebaliknya cintai dan kasihilah pasangan sebaiknya kerana usia bukan segalanya. Malah setiap orang berhak untuk merasa bahagia.
Jika mak, ayah dikurniakan pasangan jauh lebih muda atau lebih tua, hargailah seadanya. Pedulikan kata-kata orang sekeliling, yang penting hati mak ayah dan pasangan. Betul tak?
Remaja 17 Tahun Bahagia Kahwini Nenek 71 Tahun
Seorang lelaki mendedahkan bahawa dia berumur 17 tahun apabila mengahwini isterinya yang ketika itu berusia 71 tahun dalam majlis perkahwinan yang berlangsung pada 2015, lapor akhbar New York Post semalam.
Lelaki yang dikenali sebagai Gary dan kini berumur 23 tahun itu menyiarkan kehidupannya bersama Almeda, 75 di akaun TikToknya.
Sudah enam tahun berkongsi hidup dan pasangan ini bahagia.
Abaikan Kata-Kata Orang
Ramai netizen meninggalkan pelbagai komen mengenai hubungan tersebut termasuk meminta Gary menjauhi orang yang menentang kebahagiaan dia dan isterinya.
Membalas komen peminat tersebut, Gary mengucapkan tahniah kepada mereka dan meluahkan kegembiraan apabila peminatnya mengikut kata hati serta memilih meneruskan percintaan tidak kira apa tanggapan orang lain.
“Tahniah juga kerana berani mempertahankan cinta kamu dan pasangan selain menampilkan siapa diri kamu sebenarnya yang memilih untuk mencintai sesiapa sahaja tanpa mengambil kira penerimaan orang luar.
“Kadangkala situasi menjadi sukar apabila keluarga tidak memberikan sokongan dan tidak turut bahagia bersama, namun anda perlu untuk menjauhi sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga atau sebaliknya,” kata seorang pengguna media sosial.
Sudah Enam Tahun Berkongsi Hidup
Pasangan itu berkahwin pada tahun 2015, dua minggu selepas kematian anak lelaki Almeda, Robert.
Almeda turut menjadi balu setelah 43 tahun berkahwin apabila suami pertamanya, Donald meninggal dunia pada tahun 2013 setelah tujuh bulan dirawat di hospital akibat komplikasi diabetes.
Ads
Setelah berkahwin, Gary dan Almeda berpindah ke rumah wanita itu dan tinggal bersama cucu lelakinya dengan seorang daripada mereka berumur tiga tahun lebih tua berbanding Gary. – Agensi
Mingguan Wanita : Bahagia atau tidak setelah kita memilih pasangan yang jauh lebih tua atau muda bergantung kepada diri kita sendiri. Tidak perlu ambil peduli kata-kata yang mengukur kebahagiaan kita hanya dari luaran semata.
Tidak dinafikan waktu memberi anak-anak makan memang satu cabaran dan dipenuhi dengan 1001 kerenah. Ada anak-anak yang memilih makanan, ada yang tak mahu makan langsung dan ada yang makan merata satu rumah! Sebagai mak ayah, memang risau bila anak-anak makan sikit kerana bimbangkan perkembangan tumbesaran mereka terganggu.
Sebenarnya, melayan anak-anak makan pun ada caranya yang tersendiri. Berikut merupakan 4 tip yang dikongsikan oleh Dr Nurhaya sebagai panduan.
1. Hadkan Pemilihan Makanan Mereka. Jangan Lebih Dari 2 pilihan
“Ammar nak makan? mummy masak pasta cheese garlic dengan bubur nasi, Ammar pilih nak makanan yang mana ya”
“No mummy, I dont want pasta..”
“Its ok Ammar, mummy masak ini sahaja, kalau Ammar lapar nanti Ammar makan ya”
1 jam kemudian- licin pasta mummy masak, sebab dah lapar, dan tiada pilihan lain melainkan ini dua sahaja. I am your mother not your maid or mamak at shop boleh order order ya. Makan apa yang mummy masak.. sebab mummy masak sedap dan sihat.
Jangan tanya apa yang dia nak! again ni bukan kedai mamak, makan apa yang di hidang.Mendidik bukan sehari, berhari-hari dan berkali-kali.So sekali tak jalan, buat lagi.. bukan sekali tak jalan, anak jadi tuan!
2.Kalau Suka Apa Yang Mummy Masak, Makan Banyak, Tak Suka Makan Sikit
Jangan risau sangat anak makan 5 suap,lepas tu offer susu..nanti anak minum susu lebih, mak juga yang pening.Dia suka dia makan banyak, tak suka makan sikit. Nanti lapar dia ulang la makan.
Tak mati nya diorang kalau makan 5 suap ja.
3. Jangan Bagi Gajet Waktu Makan
Bila makan jangan sua gadjet hanya nak bagi dia makan banyak.Kreatif sikit, makan sambil bermain ala-ala helikopter datang nak landing dalam mulut ke, chicken hiding behind mee ke,bercerita..interaksi dengan anak! Ini adab makan.
Seronok ke mak-mak makan kat luar tengok anak and bapak main hp dekat meja makan and you are craving for their attention. Sebelum jadi macam tu, jangan ajar diorang macam tu.
4. Makan Setempat!
Makan setempat! Bukan bekejar satu rumah. Ini kenkonon nak bagi anak makan banyak bekejar lah mak satu rumah. Nak makan duduk elok-elok.. Ingat kita ni bukan maid atau pekerja kedai mamak boleh order-order atau ikut kehendaK TUAN dalam rumah.
Jenuh kejar satu rumah..bersepah satu rumah!
I COOK YOU EAT!
Selamat mencuba.
luv,
DR NURHAYA LACTATION CENTER
Semoga perkongsian ini bermanfaat, mak ayah bolehlah mencuba tip yang dikongsikan ini dalam melayan kerenah anak-anak makan dengan lebih bijak.
Wahai ibu, ketahuilah sebenarnya sejak usia anak 6 bulan, ibu dah boleh ajar anak-anak untuk makan sendiri. Nor Robaniyah, Penyelia di Taska Nur Husna – Bondamama Kids Centre berkongsi tip untuk mak ayah latih anak makan sendiri.
Banyak kelebihan pada anak, terutamanya dapat membina keyakinan diri mereka. Dan menjadikan anak lebih berdikari menguruskan diri mereka sendiri. Jika di taska, tentunya lebih mudah. Kata Nor Robaniyah, ada cara macam mana mak ayah nak latih anak makan sendiri di rumah.
Patutlah Di Rumah Dia Tak Mahu Saya Suap..
Seorang ibu yang anaknya berusia lingkungan 2 tahun dijaga di taska saya, pernah bertanya. “Puan, Anak saya di taska makan sendiri atau di suap?”
Apabila saya jelaskan yang anaknya kami latih makan sendiri, “Patutlah di rumah dia tak mahu saya suapkan. Dia nak makan sendiri. Terima kasih Puan ajar anak saya. Saya suka dia pandai berdikari nak makan sendiri.”
Begitulah keterujaan seorang ibu bila melihat ada peningkatan dalam kemahiran anaknya.
Kebiasaannya para ibu kurang berkeyakinan dan kesabaran bila anak makan comot, lambat, makan bersepah atau tumpah. Sedangkan mengajar anak kecil makan sendiri adalah mendidik mereka lebih yakin diri. Dan bersifat berdikari dalam menguruskan hal sendiri.
Ibu juga boleh melakukan urusan lain sambil memantau anak ketika mereka makan.
Tip Ajar Anak Makan Sendiri Di Rumah
Berikut saya kongsikan beberapa tips untuk ajar anak makan sendiri di rumah.
1. Sediakan kerusi dan meja yang bersesuaian untuk kanak-kanak ketika mereka makan. Jangan gunakan meja makan biasa kerana kedudukan meja yang lebih tinggi dari badan menyukarkan mereka menyuapkan makanan. 2. Kita boleh didik anak makan sendiri sedari usia anak 6 bulan lagi. Kanak-kanak pada usia ini lazimnya sering memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya. Pada peringkat permulaan, ajar mereka makan biskut atau makanan yang lembut seperti buah-buahan. 3. Apabila anak sudah mencapai usia 1 tahun ke atas, kita sudah boleh didik mereka makan nasi menggunakan sudu. Boleh juga makan menggunakan tangan cuma risiko makanan bersepah lebih tinggi kerana anak kecil akan bermain dengan makanan. 4. Makanan seperti sayur, ayam, ikan, telur atau kentang perlu dipotong atau dicarik menjadi lebih kecil. Ini mengelakkan anak akan tercekik ketika makan.
Guna Mangkuk Kecil
5. Untuk mengurangkan tertumpah makanan, ibu-ibu boleh gunakan mangkuk kecil agar anak mudah menyenduk makanannya. 6. Gunakan mangkuk dan sudu plastik bagi mengelakkan kecederaan ketika menyuap atau pecah jika terjatuh ke lantai. 7. Jika ingin memasukkan kuah, elakkan mengisi kuah yang banyak ke dalam mangkuk anak-anak. Tuangkan sekadar yang perlu sahaja. 8. Pada waktu ini, anak perlu kerap dipantau bagi mempercepatkan tempoh mereka menyuap makanan. Ibu-ibu perlu memberi galakkan kepada anak agar mempercepatkan makan. Cakap dengan lembut dan berhemah dengan cara pujukan. Jangan memarahi mereka.
Jangan Hidang Anak Air
9. Sering betulkan pegangan sudu pada tangan atau kedudukan pinggan agar lebih hampir dengan badan anak bagi mengurangkan makanan lebih banyak tertumpah di luar pinggan. Sering pastikan anak-anak memegang sudu dengan tangan kanan sebab kebiasaannya mereka akan menukar pegangan sudu ke tangan kiri. 10. Waktu anak makan, jangan hidangkan mereka dengan air. Biarkan mereka makan sehingga habis, barulah diberikan air minuman. Ajar mereka memegang cawan sendiri semasa minum air dengan pantauan kita. Boleh juga gunakan cawan yang bertangkai bagi memudahkan mereka memegang cawan. 11. Pastikan anak membasuh tangan sebelum dan sesudah makan. Mulut juga perlu dibersihkan sebaiknya ketika membasuh tangan selepas makan. 12. Bagi beragama islam, didiklah anak sebelum makan dengan membaca Bismillah atau doa makan sebelum mereka makan dan ajar mereka mengucap Alhamdulillah selepas mereka makan.
Sebagaimana sabda Nabi SAW :
إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ : بِسْمِ اللَّهِ، فَإِنْ نَسِيَ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ : بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ
Maksudnya : “Sekiranya seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (Bismillah). Sekiranya dia terlupa (menyebut nama Allah) pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu’ (Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya).” [HR al-Tirmizi (1858)]
Di dalam hadis yang lain, Nabi SAW ada bersabda :
سَمِّ اللَّهَ، وَكُلْ بيَمِينِكَ، وَكُلْ ممّا يَلِيكَ
Maksudnya : “Bacalah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang paling hampir denganmu.” [HR al-Bukhari (5376) dan Muslim (2022)]
Semoga dengan tip-tip ini dapat membantu ibu-ayah di luar sana yang kurang berkeyakinan ingin mengajar anak makan sendiri. Semoga bermanfaat untuk semua. Insya-Allah…
Macam sudah menjadi satu stigma dan perkara yang menggerunkan bila mentua tinggal dengan menantu perempuan. Tiada keserasian dan selalu ada masalah, tidak bersefahaman antara mereka.
Menantu salahkan mentua dan mentua pula salahkan menantu. Pasti ada saja yang tak kena di mata mentua.
Jangan nak salahkan menantu perempuan semata-mata. Kena tengok juga sikap mentua macam mana terutamanya bila tinggal dengan menantu, barulah nampak ‘true colur’.
Pesanan atok ini boleh dijadikan panduan. Betul apa yang dikatakan. Mentua tinggal dengan menantu kenalah jaga mulut. Nampak menantu salah, semua nak dijaja pada orang luar. Tka perlu buka aib sebab dia jugalah yang jaga anak kita.
Inilah antara pesanan daripada atok yang viral di tiktok tentang tip mentua tinggal dengan menantu. Mungkin menantu lelaki tidak banyak ‘hal’ sebab yang perempuannya anak kita.
Tapi kalau tinggal dengan menantu perempuan, janganlah diceritakan serba serbi kekurangan menantu.
Salah satu mulut tak jaga, ia boleh jadi menantu jadi benci dan marah.
Mingguan Wanita : Kalau dah berlaku dan baru nak ubah, rasanya dah terlambat.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...