Sudah Bergelar Ibu, Jelitanya Wan Aishah Keturunan Ketujuh Mahsuri Kembali Ke Langkawi Bersama Suami & Anak

Share

Sudah bergelar ibu, jelitanya Wan Aishah keturunan ketujuh Mahsuri kembali ke Langkawi bersama suami dan anak. Pastinya ramai yang mengingati tentang keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Wan Nawawi.

Wanita itu kini berstatus ibu dan kembali ke Langkawi. Kehadiran Wan Aishah ternyata mengundang rasa teruja orang ramai.

Sudah Bergelar Ibu, Jelitanya Wan Aishah Keturunan Ketujuh Mahsuri

Seperti mana yang dilaporkan Harian Metro, Wan Aishah atau nama Thailand, Sirintra Yayee atau Nong May bersama suami, Alee Tongyon, 39, dan anak lelaki Mateen bercuti di Langkawi.

Wan Aishah yang lahir pada 1986 dan menetap di Phuket, Thailand dikatakan menamatkan sumpah tujuh keturunan Mahsuri ke atas Pulau Langkawi selepas pulau itu mendapat status pulau bebas cukai setahun kemudian.

Bercuti Secara Senyap-Senyap

Sebelum ini tular video berdurasi 23 saat memaparkan keluarga itu mengunjungi sebuah restoran di Pantai Chenang dimuat naik pemilik restoran itu di aplikasi TikTok menggunakan akaun @miorjohan sebelum ia tular.

“Keluarga mentua saya memang kenal lama dengan keluarga Aishah di Phuket dan mereka (Aishah dan suaminya) sudah banyak kali datang ke Langkawi.

“Cuma kali ini agak istimewa kerana dia (Aishah) datang bersama suami dan anak lelakinya berusia enam tahun dikenali sebagai Mateen,” kata Mior.

Mior juga menerangkan selain mengunjungi restorannya, Aishah dan keluarga turut mengunjungi beberapa produk pelancongan termasuk Underwater World Langkawi, Makam Mahsuri dan menaiki kapal layar melihat matahari terbenam.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Mingguan Wanita : Wah cantiknya Pewaris Kepadaa Lagenda Mahsuri.

Sumber : Harian Metro

Sumber Foto: Underwater World Langkawi

 

Published by
Norhayati Suboh