Sudah bercerai, Nad Zainal akui perlu kuat & biasakan diri dengan status ibu tunggal. Agak menggemparkan dan mengejutkan apabila pelakon Nad Zainal mendedahkan kini dia sudah berpisah dengan suami Muhammad Faliq Amiruddin.
Nad dan Faliq telah tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga. Mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1 .
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Tidak mahu mendedahkan bila tarikh sebenar mereka berpisah, Nad begitu tenang dan akui bukan senang untuk mengambil keputusan tersebut.
“Iya, kami sudah bercerai, baru-baru ini. Keputusan berpisah ini juga dicapai dengan kata sepakat.
“Cukup dikongsi status terkini. Saya perlu menjelaskannya agar tidak mengundang fitnah.
“Kami masih berkawan baik demi anak-anak,” ungkap Nad seperti mana dilaporkan Berita Harian Online.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga akui dirinya perlu meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal.
“Apa yang lebih utama, saya perlu kuat untuk meneruskan survival membesarkan dua cahaya mata serta membiasakan diri dengan status ibu tunggal,” sambungnya.
Baca Disini : Nad Zainal “Buat Yang Whatsapp Tanya Dah Bersalin Tu, Belum. Baby OK!”
Nad Zainal Timang Cahaya Mata Kedua, “Alhamdulillah Proses Berjalan Lancar & Dipermudahkan”
Menerusi salah satu komen di status akaun Instagram Nad Zainal, warganet memberikan pelbagai kata kekuatan buat Nad.
Mingguan Wanita : Semoga dipermudahkan perjalanan kehidupan Nad Zainal dan anak-anak.
Sumber : Berita Harian
Sumber Foto : Instagram Nad Zainal
Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery