Kalau anda jenis tak suka bela kucing di rumah pun, belum tentu kawasan rumah tak ada najis kucing. Tambah pula kalau hidup berjiran, itu biasa. Baru cuci hari ini, esok ada lagi!
Haaa… tak kan nak biar kalau dah sampai najis kucing itu melekat pada tayar kereta tiap kali nak keluar dari rumah.
OK, mungkin anda dah cuba banyak cara tetapi kucing-kucing tetap buat hal. Jadi kali ini anda boleh terus settle masalah bau ‘wanginya’ kawasan rumah anda dengan tip yang dikongsikan oleh saudara Osman Affan …
Sejak 7 tahun lepas, saya dan Puan Isteri hadapi masalah bau najis kucing setiap pagi, malah sepanjang hari. Entah kenapa kucing-kucing liar suka benar melepaskan hajatnya di kawasan yang saya tandakan merah tu.
Sudah banyak petua kami cuba. Siram minyak gas, curah klorox, beli gel khas daripada kedai kucing, sembur febreez, tabur garam, sumpit kucing… macam-macam caralah!
Sayang, tidak menjadi. Entah macam mana, minggu lepas, terjumpa benda alah ni kat Daiso Aeon. Cuba beli dan letakkan dekat lokasi biasa tu.
Pelik tapi Alhamdulillah, sudah 4 hari, langsung tidak ada kucing yang berani melepaskan hajat mereka di lokasi-lokasi tu.
Bahan itu pun nampak masih kekal utuh walaupun sudah 4 hari berpanas berhujan. Katanya boleh tahan lebih sebulan.
Harga sebungkus pula cuma lebih kurang RM6. Kalau ada mana-mana sahabat yang hadapi masalah macam saya dan belum jumpa solusinya, mungkin boleh cuba.