“PUTRI ARIANI Tak Bisa Melihat Dunia Tapi Dunia Melihat Putri”. Mengalami cacat penglihatan bukanlah halangan Putri Ariani atau nama sebenarnya Ariani Nisma Putri untuk mengejar impian dan cita-cita.
Yakin dengan bakat dan kelebihan diri sendiri, remaja 17 tahun ini menjadi terkenal di pentas dunia apabila menyertai uji bakat America’s Got Talent pada 6 Jun lalu. America’s Got Talent merupakan program pencarian pelbagai bakat dari seluruh dunia yang telah diterbitkan sejak 2006.
Penyanyi Indonesia ini berjaya meraih perhatian ramai apabila mendapat Golden Buzzer di program America’s Got Talent (AGT) daripada juri terkemuka, Simon Cowell.
Puteri Ariani yang berasal dari Yogyakarta, juga pernah menjadi Juara Indonesia Got Talent ketika usia 8 tahun, pada 2014.
Nyanyi Lagu Ciptaan Sendiri
Bertubuh kecil molek dan mengenakan hijab, persembahan bertenaga suara merdu Puteri Ariani menyanyikan lagu ciptaannya sendiri iaitu “Loneliness” di samping bermain piano mendapat tepukan gemuruh dan
cukup membuatkan semua penonton terpaku
Sekaligus berjaya menarik perhatian daripada juri America’s Got Talent, Simon Cowell dan mendapat ‘Golden Buzzer’.
Ads
Terpukau dengan kemerduan suara Putri, Simon turut meminta gadis berusia 17 tahun itu menyampaikan lagu kedua dengan menyanyikan lagu hit karya asal Elton John berjudul Sorry Seems To Be The Hardest Word.
Dalam pada itu, bakat Putri juga turut mendapat perhatian supermodel dan artis terkenal Hollywood, Heidi Klum.
“Kisah yang memberi inspirasi… suara yang luar biasa… saya dapat melihat Grammy pada masa hadapan untuk Putri,” tulis Heidi di akaun Twitter miliknya.
Ads
Impian Memasuki The Juilliard School
Ketika ditanya impian remaja ini, Putri bercita-cita untuk memasuki The Juilliard School yang terletak di bandaraya New York, Amerika Syarikat. Ditubuhkan pada 1905, The Juilliard School merupakan salah satu sekolah Seni Persembahan yang cukup berprestij dalam menyediakan pendidikan artistik menerusi drama, muzik dan tarian di dunia.
Menariknya bukan sahaja merdu dalam menyanyikan pelbagai genre lagu, remaja cacat penglihatan ini juga lunak mengalunkan ayat suci Quran yang dibaca menerusi Al-quran Braille.
Malah pada usia yang masih muda, Putri Ariani telah mempunyai 1 album dan 17 lagu single. Pada pembukaan Asian Para Games 2018, Putri berkesempatan menyanyikan lagu ‘Song of Victory’.
Ads
Sungguh berbakat besar memiliki anugerah semulajadi yang dikurniakan tuhan. Pakej lengkap boleh menyanyi, membuat lagu, bermain piano dan mengaji. Meskipun Putri Ariani buta dan tak pernah melihat dunia, namun seisi dunia melihat remaja ini.
Lantunan ayat suci Al-Qur’an Surat Al ‘Alaq dan Al Qadr oleh Putri Ariani. Anak bangsa yg baru saja mengguncangkan panggung @agt hingga seorang @SimonCowell yg terkenal keras menghadiahi Putri Golden Buzzer. Maasya Allah Tabarakallah pic.twitter.com/D77R0r8eYD
Ternyata bukan satu angka yang kecil kes kematian angkara virus korona di Itali. Setiap hari ratusan kematian dicatatkan di Itali. Apa yang terjadi di Itali cukup menyedihkan kerana dalam masa yang singkat sahaja kematian meningkat secara mendadak.
Vatican City akan bertafakur selama seminit dan mengibarkan bendera separuh tiang sebagai solidariti terhadap mangsa korban Covid-19. Semoga Itali kuat menghadapi pendemik ini.
Itali Bertafakur
Itali bertafakur selama seminit dan mengibarkan bendera separuh tiang bagi menghormati 11,591 korban pandemik Covid-19.
Negara dengan 60 juta penduduk itu mencatatkan satu pertiga daripada jumlah keseluruhan mangsa yang maut akibat virus berkenaan di seluruh dunia.
Tempoh ini juga menjadikan Itali mencatatkan kematian lebih banyak daripada mana-mana bencana sejak Perang Dunia Kedua.
Virus berkenaan pertama kali dikesan di Milan penghujung Februari lalu sebelum ia merebak sehingga kini.
Setakat ini, seramai 4,000 penduduk menerima rawatan rapi akibat Covid-19 di negara berkenaan.
Kecederaan Yang Menyakitkan
Datuk Bandar Rom, Virginia Raggi berkata, virus berkenaan disifatkan sebagai ‘kecederaan yang menyakitkan seluruh negara’.
“Kita akan menghadapi (keadaan) ini bersama-sama,” katanya selepas satu acara bacaan doa oleh paderi bagi memperingati mangsa yang terkorban.
Vatican City juga mengibarkan bendera kuning dan putihnya separuh tiang sebagai solidariti terhadap mangsa korban Covid-19.
Semalam, Itali mencatatkan 812 kematian manakala, Jumaat lalu angka yang dicatatkan disifatkan terlalu menyedihkan dengan 969 mangsa maut dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi dicatatkan sejak virus ini tersebar akhir tahun lalu.
Sumber: Harian Metro
MW: Semoga perkongsian ini akan membuatkan mak, ayah lebih peka dan patuh dengan PKP. Sudah tentu kita semua tidak mahu apa yang berlaku di Itali berlaku pada negara kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tarikh 11 November sering dinantikan bagi ‘kaki shopping’ bagi pembelian secara online yang menawarkan diskaun dan harga yang menarik. Namun mungkin ramai yang tak tahu bahawa tarikh 11/11 ini juga yang mempunyai signifikasi yang tersendiri di beberapa buah negara.
Single’s Day Di China
Salah satunya, tanggal 11 November merupakan tarikh khas untuk meraikan mereka yang single dan tidak mempunyai pasangan di China.
Dikenali juga dengan nama Guanggun Jie, Single Day pada awalnya diraikan di negara China untuk menghiburkan hati anak-anak muda di China yang tidak mempunyai kekasih. Tarikh 11/11 dipilih kerana angka ‘1’ diibaratkan sebagai individu yang bersendirian.
Pada awalnya juga, Single Day hanya diraikan oleh kaum lelaki di China tetapi kini ia juga disambut oleh kaum wanita. Malah, beberapa universiti di negara China juga mempunyai sambutan khas untuk meraikan 11/11 ini dan ia telah disambut meriah dikebanyakkan negara seluruh dunia.
Papero Day Di Korea
Namun, berbeza dengan negara Korea, tarikh 11/11 dikenali sebagai Pepero Day, dimana mereka akan bertukar stik Pepero yang dihias dengan teddy bear atau bunga, dengan harapan agar mereka akan tinggi dan kurus, sama seperti angka 1.
Di Belgium, 11/11 adalah hari untuk memperingati Perang Dunia I, dan di Indonesia pula adalah Hari Belanja Online Nasional.
MW: Di kebanyakan negara, 11/11 lebih kepada hari berbelanja secara online yang menawarkan produk pada diskaun tinggi dengan harga yang rendah.
Mak-mak yang suka masam pasti suka yang amat makan jambu batu yang digaul dengan asam kulit limau ini.
Kalau sebelum ini anda jenis cicah dengan asam yang dah siap beli, rasanya resepi yang dikongsi Puan Nor Azlin Ahmad ini lagi berselera. Ini mak-mak nak buat bisnes jual jambu batu asam kulit limau pun, lepas. Pasti laku keras!
Nah, sila cari bahan-bahannya dulu ya!
Jambu Batu Tabur Asam Kulit Limau
Bahan-bahannya:
Kulit limau
Sesudu gula
Mak-mak cuma perlu kisar kering dan tabur atas jambu yang dipotong nipis. Sedap… masam-masam manis gitu.
Kalau mak-mak tak nak masukkan gula pun OK, ikut tekak sendiri ya.
Kisar sampai hancur, ya.
Itulah hasilnya, memang mudah. Haaa… lepas ini mak-mak yang mengidam pun mesti suka, selesai puaskan anak tekak!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air tangan mak-mak tak pernah menghampakan. Salam Ramadan hari ke-11, mak-mak masih tak tahu nak masak menu apa untuk berbuka petang ini? Jangan bermalas, masak...