Selalunya, masa kecil mak-mak pasti akan suapkan anak. Maklumlah, anak masih tak pandai. Kalau dibiarkan makan sendiri takutnya banyak yang tumpah dari masuk mulut.
Ada juga mak-mak yang suapkan anak sebab tak nak bersepah. Satu kerja pula mak-mak kena berkemas. Lagi satu, nak tunggu habis mahunya berjam-jam.
Malah, tak mustahil ada mak0mak yang tak suapkan anak dan sanggup ajar anak untuk makan sendiri. Kononnya untuk anak berdikari, walaupun mungkin akan berselerak.
Tanpa kita sedar, inilah masanya untuk mak-mak suapkan anak terutamanya ketika masih kecil. Jangan fikir sebab nak ajar anak untuk berdikari hingga sanggup biarkan dia suap sendiri. Sedangkan tangan mak inilah barokah.
Menariknya perkongsian daripada Nor Asmalina tentang suapkan anak, tangan mak yang sangat barokah dan ada syifa’
Ulamak pesan, tangan seorang ibu ada barokah. Jadi, suaplah anak makan dengan tangan ibu. Selain barokah dan ada syifa’, ia juga merapatkan hubungan ibu dan anak. Tapi zaman sekarang, ibu-ibu muda banyak follow petua barat.
Baby Lead Weaning, dan macam-macam lagi petua barat, suruh ajar anak makan sendiri. Belum setahun dah ajar makan sendiri. Sudahlah mak tu bekerja, seharian tak jumpa anak, nak suap makan pun tak nak.
Suruh makan sendiri. Mulalah berlaku, anak kurang khasiat, bantut, anak kurang darah. Sebab apa? Tak dapat khasiat makanan sepenuhnya sebab makanan banyak tumpah. Ajarlah anak makan sendiri bila dia betul-betul boleh berdikari sekurang-kurangnya dah umur 2 tahun.
Ads
Anak-anak saya, saya suap sampai mereka dah sekolah rendah. Kadang-kadang saya suap lagi. Bila dah remaja dah jarang jumpa duduk asrama, balik sekali-sekala akan mintak saya suap makan.
Wujud kemesraan dan bonding yang mereka ingat sampai mereka dewasa. Jadikan suap anak makan salah 1 cara bonding dengan anak.
Sambil-sambil itu boleh sembang-sembang dengan mereka. Anak yang dah besar pun sekarang mereka pula sibuk nak suapkan ibu mereka.
Ads
Mingguan Wanita : Masa anak nak makan bersuap, mak-mak suaplah. Kalau dia nak besar, tak nak bersuap, kita pula sibuk nak suap-suapkan. Begitulah.
Bila anak kecil menangis tengah malam, tidur mak ayah pun terganggu sama. Lagi susah hati bila si kecil tak tahu pun nak cerita penyebab tangisannya yang panjang itu.
Boleh rabaklah mata mak ayah dok tahan mengantuk. Kalau kejadian seumpama itu mak ayah alami, yang mana anak menangis malam tak henti-henti. Boleh cuba ikhtiarkan air penawar ini.
Dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari, Pusat Perubatan Islam Al Mujahidin.
“Ramai bertanya saya balik macam mana cara mudah ayat untuk penawar baby nangis malam, baby kembung perut, susah tidur malam, kerap mimpi tidak elok, kerap gelisah tanpa sebab, kerap sakit kepala.. boleh amalkan cara di bawah.”
Ikhtiarkan Petua Elak Anak Menangis Malam
Cara ini jika diamalkan juga dapat mengelakkan gangguan makhluk halus.
Ambil Air suam segelas kemudian ambil secubit garam letakkan di dalam air suam tersebut Baca Al Fatihah – 1x Selawat Syifa – 3x
Al ikhlas – 3x
Kemudian baca “Laa Haula Walaa Quwwata illa Billaah”
Selesai baca di atas lalu minum air tersebut.
Panduan Tambahan
√ Jika baby demam berbalik-balik dan nangis malam, selesai baca di atas sapukan air suam tersebut di seluruh badan. Terutama sapu di muka baby dan belakang baby.
√ Izin Allah inshaaAllah baby anda akan berhenti tangisannya. Jika demam izin Allah akan kebah demam nya.
√ Manakala jika kita ada gangguan dalam badan, sebaik selesai minum air tersebut, jika gangguan ada dalam badan, kita akan sedawa selepas minum, kita akan rasa loya nak muntah,p erut kembung tak selesa, tengkuk belakang belikat rasa lenguh dan berat.
√ Seandainya diamalkan berterusan setiap hari buat dengan yakin, inshaAllah izin Allah gangguan di dalam badan kita akan sembuh.
√ Jika tak sembuh cari lah perawat Islam berhampiran anda inshaaAllah mereka akan membantu anda..
√ Ibu yang sedang hamil elok amalkan juga minum setiap kali sebelum tidur.
Moga cara mudah ini bermanfaat untuk kalian semua ishaaAllah Aamiin
Tak semua mak tahu tentang masalah G6PD yang dihadapi oleh anak terutamanya selepas melahirkan anak. Biasanya, doktor akan beritahu mak-mak selepas bersalin tentang jenis darah anak. Agak terkejut bila doktor mengatakan anak ada G6PD dan ini adalah masalah seumur hidup yang perlu dilalui oleh anak yang menghidap masalah ini.
Mungkin ia juga dianggap keturunan dan ada mak yang tahu tentang masalah G6PD ini sebabnya anak kakak yang ada masalah yang sama. Sejauh mana keturunan itu tidak pasti. Cuma yang paling mak-mak risau tentang pantang larang yang perlu dilalui oleh anak G6PD ini.
Sesetengah mak-mak pula tidak tahu apa yang patut dilakukan dan n larang apa yang patut dielakkan. Antara makanan yang paling patut dielakkan adalah kacang parang. Malah, sesetengah mak mengatakan semua jenis kacang tidak boleh diambil.
Bagi mak-mak yang ada anak G6PD memang sudah tahu pantang larangnya dan tidak kurang juga confuse dengan pantang larang yang patut dielakkan untuk penghidap G6PD, masalah seumur hidup anak.
Pengkongsian daripada Dr Salehuddin Sulaiman ini boleh membuka mata mak-mak tentang apa yang perlu tahu tentang anak G6PD ini.
G6PD ialah satu daripada enzim yang menjaga keutuhan dinding sel, daripada serangan pengoksidaan (oxidative damage).
Apa yang anda perlu tahu?
1. Majoriti penghidap G6PD deficiency adalah lelaki kerana baka yang menentukan penghasilan enzim ini terletak pada kromosom X. Orang perempuan boleh menghidap penyakit ini, tapi jarang (perempuan ada dua kromosom X).
2. Penghidap G6PD deficiency akan ada masalah ini seumur hidup. Tak ada rawatan untuk ‘memperbanyakkan’ enzim ini. Ini adalah penyakit genetik, so ia kekal sehingga akhir hayat.
3. Masalah berkaitan penyakit ini:
A. Jaundice (kekuningan) semasa bayi. Risiko untuk jaundice yang tinggi. Selalunya, kalau baby disahkan menghidap G6PD deficiency, akan dipantau sekurang-kurangnya 5 hari di dalam wad.
B. Risiko berlaku pecah darah merah yang teruk (hemolytic anemia) jika terdedah kepada bahan yang ‘terlarang’.
Senarai Bahan Terlarang
Apakah senarai bahan terlarang dalam G6PD deficiency ini?
1. Ubat gegat (naphtalena). Risiko berlaku hemolysis jika memakai pakaian yang ‘tercemar’ dengan ‘wap’ ubat gegat. Jadi, jangan beli langsung ubat gegat untuk menghalau lipas. Tapi, bukan bermakna anda boleh ternak lipas, tau!
2. Kacang parang/ fava bean.
This is where lots of confusion arise.
It is not any kacang. It is KACANG PARANG.
Bukan SEMUA jenis kacang.
G6PD deficiency dahulu dipanggil favism. Maknanya, hemolysis berlaku apabila orang yang menghidap masalah ini makan kacang parang/ fava bean.
Masalahnya, apabila pantang makan kacang parang ini dikiaskan dengan kacang yang lain.
Saya tahu, ada doktor lain yang memberi nasihat sedemikian. Saya, kurang ilmu dan pengalaman. Tapi setakat yang saya tahu, G6PD tidak dikaitkan dengan kacang lain.
Kalau sesiapa yang ada maklumat lain yang bercanggah dengan pemahaman saya, boleh kemukakan dalam ruangan komen. Dont worry, saya pun masih belajar.
‘Jadi doktor, boleh ke anak saya makan kacang tanah?’
Boleh
‘Kalau makan sate kuah kacang?’
Tak boleh, kalau kuah kacang tu dibuat menggunakan kacang parang.
‘Kalau makan parang?’
Tak berlaku pemecahan darah, tapi perut yang pecah.
‘Kalau makan kacang panjang yang dikerat pendek-pendek menggunakan parang?’
Boleh, tak ada masalah.
‘Kalau makan perut lembu?’
Jika lembu tu diberi makan kacang parang sejurus sebelum disembelih, ada risiko, sebab zat kacang parang maybe masih ada dalam perut lembu.
‘Kalau makan aiskrim kacang parang?’
Tak boleh
Oh ya, kacang parang ni kadang-kadang, dipanggil dengan nama yang lain.
Contoh:
Kacang kuda
Kacang itik
Broad bean
Bell bean
English dwarf bean
Haba bean
Silkworm bean
Pigeon bean
Pantang ini juga terpakai kepada ibu yang menyusukan anak yg berstatus G6PD deficiency.
3. Sesetengah ubat.
Ada senarai ubat yang tidak boleh digunakan oleh penghidap G6PD deficiency. Antaranya ialah ubat malaria, sesetengah antibiotik dan juga beberapa ubatan yang bermula dengan nama sulfa- seperti sulfamethoxazole dan sulfacetamide. (Kalau berkahwin dengan orang bernama Sulfa, tak ada masalah darah pecah)
Untuk selamat, jika anak sakit, bila bertemu doktor, please mention: Anak saya ada masalah G6PD. Insya Allah doktor akan aware dan akan beri ubat yang sesuai.
4. Jangkitan kuman
Ada sesetengah jangkitan kuman, contohnya influenza A, hepatitis dan salmonella, boleh menyebabkan berlaku hemolysis. Jadi, kalau anak anda tak sihat, be aware of this.
****** tambahan pantang ******
1. Methylene blue
Dalam bidang perubatan, ia digunakan untuk merawat methemoglobinemea, malaria dan juga pewarna semasa endoskop.
Orang awam pula menggunakan ubat biru ini dalam akuarium/ kolam untuk merawat ikan.
So, memang tak boleh digunakan kepada orang yang ada G6PD deficiency, atau bagi yang memelihara ikan peliharaan, kena make sure anak-anak tak menghidap masalah ini.
2. Ubat nyamuk lingkaran.
Ada sesetengah ubat nyamuk lingkaran yg boleh menyebabkan hemolysis. Memang ada kes yang dilaporkan terjadi hemolysis apabila terdedah kepada asap ubat nyamuk ini.
Kalau ubat nyamuk yang semburan, tak de masalah untuk digunakan. Tapi jangan sembur ke muka anak pula!
Tanda Darah Merah Pecah
Apakah tanda-tanda berlaku hemolysis?
Tanda paling kerap ditemui ialah
Pucat Sakit belakang/ perut Kencing berdarah/ warna gelap. Kalau ada tanda-tanda ini, segera ke HOSPITAL. Tak perlu argue, bahawa anak anda tak terdedah kepada mana-mana bahan yang saya sebut sebelum ini. Just bawa anak anda ke HOSPITAL berdekatan sesegera mungkin.
MW: Mak-mak kena ambil tahu bila salah seorang anak hadapi G6PD, masalah seumur hidup ini. Hati-hati.
Percaya tak dengan satu panggilan yang baik-baik untuk anak kecil, mak ayah akan rasa bahagia dengan kesan panggilan baik lagi manis itu kelak. Inilah bak kata Khairul Hakimin Muhammad, Bapa Viral Kebangsaan yang sedang mendalami pembacaan buku keibu bapaan, ‘Propethic Parenting For Girls’.
Betapa hebatnya kuasa memanggil di hati seseorang. Lalu, dia mencuba mengubah panggilan untuk anak perempuannya, Ain kepada SAYANG. Setiap hari dia memanggil Ain dengan panggilan itu. Selepas sebulan, kesayangannya itu menyedarkannya tentang sesuatu.
Suatu hal yang selama ini tak disedari kerana kesibukannya bekerja. Dan inilah yang membuatnya terpanggil untuk berkongsi dengan para followernya.
Tukar Reward Anak Dengan Panggilan SAYANG
“Sebabkan saya lebih sibuk berbanding orang rumah, anak saya memang banyak melekat dengan mama dia.”
“Nak tidur, nak susu, nak makan, nak tanya tentang kerja mewarna, mengeja dan belajar, semua dengan mama dia. Semua.”
“Saya hanya dapat momen ‘reward’ seperti ajak pergi kedai, pergi taman dan berjalan bersama. Itu pun jika beliau ada mood.”
Baru-baru ini saya terbaca tentang menukar panggilan nama anak-anak kepada perkataan yang penuh dengan cinta dan kasih sayang.
Jadi dalam sebulan ini saya cubalah tukar dari panggil ‘Ain kepada sayang.
Setiap kali dia panggil “abah,” saya jawab “ya sayang.”
Dan ianya berlarutan hingga ke hari ini.
Abah Selalu Tak Ada, Tapi Selalu Cakap SAYANG
Kelmarin, hari lahir beliau. Saya sengaja cakap “‘Ain sayang, ciumlah pipi abah, kan hari ini birthday ‘Ain.”
Lalu dia cakap “‘Abah, ‘Ain baru tahu abah sayang ‘Ain.”
Saya pun pandang muka dia. Dia tersengih-sengih. Budak kecil yang baru masuk 6 tahun ini masih dengan lagak kanak-kanak yang comel.
“Aik, memang abah sayang ‘Ain, ‘Ain kan anak abah.” Saya jawab lagi.
“Itulah. Abah kan sibuk, selalu tak ada. Tapi abah selalu cakap sayang, sayang, ‘Ain jadi rindu dekat abah.”
Saya terdiam. Lalu dia datang ke pipi saya dan cium. Saya membalas dengan ciuman yang sama di pipinya.
Hebatnya Kuasa Memanggil Di Hati Seseorang
Sehingga hari ini saya terfikir hebatnya kuasa memanggil di hati seseorang. Patutlah dalam agama kita pun, memanggil (atau panggilan) mesti (atau wajib) datang dalam bentuk kebaikan atau kesenangan kepada yang dipanggil. Tak boleh sebarang.
Kesannya mendalam. Memberi titik istimewa yang berbekas dalam sebuah hubungan. Lebih lagi ianya dalam bentuk keluarga.
Saya habiskan membaca ‘Propethic Parenting For Girls’ dengan gembira. Sesungguhnya, nak melawan rasa bersalah terhadap ketidakmampuan kepada sesuatu adalah dengan ilmu.
Kadang-kadang, sebab saya terlalu sibuk, saya pulang ke rumah kemudian meluahkan dengan melihat anak tidur. Esoknya beliau bangun, kami bersalam, itu sahaja. Hari ini saya bersyukur dapat belajar sesuatu tentang cara memanggil.
Sungguh, pada zaman ibu ayah kita dahulu, panggilan manja dalam bentuk kasih sayang ini sudah terbiasa. Kita sahaja yang tidak mahu sambung-sambungkan kerana canggihnya nama anak-anak.
Dan paling saya teruja ialah ada beza mendidik yang lelaki dengan perempuan. Supaya kasih sayang yang terluah kepada mereka itu menjadikan mereka ini jejaka dan juga wanita hebat di luar sana.
Kawan-kawan,
Keluarga ini anugerah. Tak dapat kita nak beli di mana-mana pasar atau kedai. Ianya pemberian dari Tuhan. Jaga, simpan, pelihara, didik dan asuh supaya ia kekal jadi hadiah yang diberi baik-baik kepada kita.
Begitulah.
Semoga selepas ini mak ayah akan memanggil anak-anak dengan panggilan yang baik-baik. ‘Sayang’, ‘comel’ ‘manja’.. Ini antara contoh. Selebihnya, terpulang pada mak ayah mahu pilih panggilan yang mana.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...