Perginya Allahyarham Datuk Zulkafli Zain, 76, baru-baru ini telah meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat balunya, Datin Normala Omar, lima orang anak dan tujuh cucu. Paling menyentuh perasaan sewaktu pelakon veteran itu meraikan ulangtahun kelahiran, suaminya telah tiada.
Namun air mata berlinangan mengiringi sambutan ulang tahun yang diadakan oleh anak-anak dan cucu-cucu kesayangan. Paling sebak bila Datin Normala mendengar ucapan nota ‘Papa’ buat Mama oleh salah seorang anak kesayanganya.
Suaminya Telah Tiada, “Bunga Buat Ala” Undang Sebak Sekeluarga
Allahyarham rupanya telah meninggalkan pesan kepada anak-anak apabila dia sudah tiada, setiap kali sambutan ulang tahun kelahiran ibu mereka tolong berikan bunga untuk isterinya.
Malah salah seorang anak Allahyarham iaitu pelakon Dr. Norzizi berkongsi kisah tentang keluarga mereka di akaun Instagramnya.
“Aduhhhh Papa ! Ada lagi titipanmu! Baru kami tahu! I will put this in my book about Papa “Bunga Buat Ala (Datin Normala)” Al Fatihah Zulkafli Bin Hj Md Zain,” coret Norzizi yang menyampaikan amanat buat ibu yang mana suaminya telah tiada lagi.
Baca Juga Disini:
Ayahnya Sakit, Adik Beradik Dr Norzizi Zulkifli Bergilir Jaga Ikut Jadual
Sambut Ulang Tahun Kelahiran Mama Yang Ke-63
Norzizi yang kini muncul dengan sebuah naskah buku yang berjudul Aku Cuma Punya Cerita turut berkongsi rasa sedih ketika sambutan ulang tahun bonda tercinta.
“Cerita Ulangtahun Mama. Semalam 25 Nov 2020. Ulangtahun Mama. Lepas subuh saya mesej dalam group ucap selamat ulang tahun yg ke 63 buat Mama! Adik-adik semua dah ada di rumah saya untuk malamnya nanti sambutan Ulangtahun.
“Tapi sebaik sahaja saya mesej dan saya turun bawah jumpa Mama, “Ma menangis ke Ma?” Terkeluar kata itu kerana Saya tak pasti mendengar suara macam lain dan saya tak nampak sangat wajahnya, & sebaik sahaja soalan saya itu, Mama yang sedang duduk di hujung katilnya, menunjukkan wajah awan berarak mendung dan hanya menanti hujan lebat menyirami bumi!
“Tak pernah saya lihat dia begini. Dia sebegitu kuat, malah lebih kuat dari kami adik-beradik yang nampak lebih berduka sejak Papa pergi. Lantas ku peluk erat Mama. Ku rasa esakan di tubuhnya meski tiada bunyi yang kita dengar. Aku dalam keadaan berdiri dan Mama memeluk pinggangku seolah akulah Ibu.
Aku Ikat Hati, Biar Tak Sama Larut
“Hati aku turut sama luluh tapi aku ikat hati. Biar tak sama larut. Ku kuatkan pelukan, ku gosok belakangnya, ku usap kepalanya, tangisan Mama tidak jua kedengaran tapi aku tau dia kali ini terasa bahawa suaminya telah tiada utk mengucapkan
“Selamat Ulangtahun Ala Sayang!” Selepas pelukan itu, Mama kembali tersenyum manis dalam tawar. Happy Birthday Mama Sayang!
Usaha Gigih Untuk Sambut Ulang Tahun Mama
Sambung Norzizi menerusi entri yang lain, dimana mereka adik beradik begitu gigih menyambut ulang tahun Mama kesayangan.
“Tahun ini saya merasakan kami semua letak effort yang tinggi sikit dari selalu untuk birthday Mama. Saya lihat adik-adik nampak bersungguh birthday kali ini tapi bila FB beri balik memories dan saya tengik setiap tahun rupanya sama sahaja meriah.
“FB bagi memories dua tiga tahun lalu, dua tahun lalu dan dari gambar-gambar tu sy sedar bahawa sama sahaja excitement dan usaha gigih untuk birthday Mama. Macam-macam tempat kami pi utk celebrate birthday Mama setiap tahun.
“Tapi tahun ini stil sy rasakan extra effort adik-adik untuk bahagiakan Mama setelah Papa tak ada. Sangat saya hargai. Masa tengah set up dinner, saya nampak @zilazulkifli melekat di tepi dinding memandang ke meja makan & saya tahu dia mencari wajah Papa.
“Cucu sulung pun dah mula besar dan tahun ini Armada bacakan doa ulangtahun buat Mama, aku tahu kalu Papa ada, dia pasti akan terharu dan bangga melihat Cucunya membacakan doa dan ku lihat lagi Zila dan masa nak suap makanan, lamb kesukaan Papa, airmata Zila bercucuran dan saya yakin kabur matanya untuk makan lamb itu. @zazazulkafli tika dia sendiri hendak bacakan nota “Papa” buat Mama, dia sendiri pun sama sebaknya.
Dalam Gelak Ketawa Ada Sisi Duka
“@zazleenzulkafli juga berderai di hujung itu. Ku lihat bahagia di situ, dah lama kami adik beradik tak berkumpul sejak PKPB, tapi dalam gelak tawa, ada sisi-sisi kedukaan kerana merasakan sesuatu yang mula tidak lengkap. Kita semua akan pergi. Dan gambar ini, akan mula hilang seorang demi seorang. Yang ada hanya ingatan yang abadi!” tulis Norzizi.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Dr. Norzizi Zulkifli
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita