Suami Yang Pilih Untuk Curang, Isteri Tak Payah Salahkan Diri Sendiri

Share

Kecurangan dalam rumah tangga ini makin tenat. Ada saja berita sensasi pasal suami curang, isteri makan hati lama-lama tawar hati. Aduh! Pilihan untuk curang itu sebenarnya suami yang tentukan.

Bukannya takdir bertemu jodoh untuk mencintai wanita lain

. Apooo.. kalau bukan suami dan pihak ketiga yang cari pasal, takkan terbitnya cinta terlarang. Sudahnya mengabaikan rumah tangga yang sekian lama dibina dengan korban perasaan dan air mata.

Kalaulah suami memilih untuk curang, wahai isteri jangan lah kalah dengan emosi sendiri. Itu jalan mati yang suami ambil. Isteri, teruslah bangkit pilih jalan selamat untuk diri dan anak-anak.

Pesan Intan Dzulkefli menyedarkan wanita diuji suami curang agar segera bangkit dari beban emosi yang menyakitkan. Kerana anda layak sebenarnya untuk memperoleh bahagia.

Isteri.. Suami Curang, Berhenti Salahkan Diri Sendiri

Wahai isteri,
Berhenti salahkan diri sendiri…
Banyak terjadi, apabila suami curang,
Isteri menyalahkan diri sendiri, ‘ni semua salah aku tak pandai jaga suami, salah aku tak perfect.’

Apabila suami ketagih pornografi, 
Isteri menyalahkan diri sendiri, ‘ni semua sebab aku dah gemuk, banyak stretchmarks, kendur, tak cantik.’

Apabila suami culas solat,
Isteri salahkan diri sendiri, ‘semua ni salah aku sebab banyak dosa sebab tu tak layak dapat suami soleh.’

Isteri Tak Sempurna, Itu Bukan Tiket Mencari Salah

Berhenti menjadi ‘racun’ kepada diri sendiri. Berhenti juga membanding orang lain dan suami mereka. Jalan mereka tak sama dengan jalan kalian.

Lihatlah suamimu wahai isteri, mereka bukannya budak kecil.

Jangan salahkan diri atas pilihan yang seorang dewasa telah buat. Kerana kalian takkan dipersoalkan atas dosa suami sekiranya kalian sebagai isteri sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik, sudah menasihati dengan hikmah serta tidak putus mendoakan kebaikan untuk suami.

Suami berbuat demikian itu kerana itu keputusan diri mereka sendiri. They are big enough to take care of themselves, yet to decide what is the best for their loved ones.

Sekalipun isteri tidak sempurna dan banyak kekurangan, bukanlah ‘tiket’ untuk menyalahkan sesiapa atas kesilapan yang dibuat oleh diri sendiri.

Oleh itu para isteri, katakan kepada diri sendiri, ‘semua ini berlaku sebab itu pilihan dia.’
Ramai lelaki lain memilih jalan sebaliknya tetapi suami kalian memilih untuk jalan dosa. maka, itu bukan salah kalian.

Untuk menjayakan rumahtangga yang sakinah mawaddah dan rahmah memerlukan kerjasama kedua pihak.
It takes two to tango.

Usap air matamu itu dan berhenti menyalahkan diri sendiri.

Sumber/Foto : Intan Dzulkefli

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer