Waktu bercinta, semuanya nampak indah. Bila sudah datang tanggungjawab hidup berkeluarga, komitmen sudah jadi satu kemestian, suami isteri akan nampak bukan mudah nak dapatkan sebuah kehidupan tenang dan bahagia.
Wahai suami, walau duit gaji berkepuk-kepuk sekali pun, tapi boros, kedekut pula dengan anak isteri. Memang takkan kekal lama lah dalam simpanan.
Lagi parah, suami minta isteri bekerja. Lepas itu, duit gaji isteri pun dah macam duit gaji suami. Aduhai!
Hadamkan betul-betul tip yang Mohd Fhais ini kongsikan. Ini cara macam mana nak pastikan duit gaji atau apa pun pendapatan suami makin ‘beranak-pinak’.
Duit tak boleh beli kebahagiaan tapi tanpa duit keluarga yang bahagia pun boleh porak peranda.
Duit ni hal yang serius!
Sebab itu lelaki aka suami selain dari pandai tambah pendapatan kena juga ada ilmu mengurus kewangan.
1 – Jangan belanja lebih dari pendapatan.
2 – Senang cerita tak boleh belanja lebih dari isteri sebab pendapatan suami untuk isteri dan anak-anak.
3 – Sebelum fikir nak tambah aksesori kereta baik tambah dulu dana kecemasan.
4 – Simpan 10-15% dari gaji dalam dana kecemasan ni.
5 – Dana kecemasan ini guna bila betul-betul terdesak, jangan cukup bulan korek balik.
6 – Mula dari sekarang bukan esok, atau tunggu gaji bulan depan pula. Sampai betul-betul terdesak nanti menyesal.
7 – Keluarga anda, tanggungjawab anda. Bukan bila ada kecemasan terus cari sedara mara, sahabat dan rakan kerja untuk pinjam duit.
8 – Lelaki kena pikul tanggungjawab, ini wajib!
9 – Bayar hutang yang interest paling tinggi dulu, bukan hutang paling tinggi nilai.
10 – Kalau pendapatan tak cukup untuk menampung perbelanjaan, pandai pandailah usaha tambah sumber pendapatan. Bukan tunggu duit jatuh dari langit.
11 – Suruh isteri bekerja tu bukan tambah sumber pendapatan ye, tu pendapatan isteri seorang. Besar bezanya.
12 – Ilmu kewangan hanya 20% sahaja, lagi 80% adalah displin.
13 – Duit banyak tak menjadikan anda kaya.
14 – Duit kalau datang banyak pun habis, datang sedikit lagi la tak cukup. Jadi rancang perjalanan duit anda sebelum ia berjalan.
Kebahagiaan itu percuma.
Tapi jalan menuju kebahagiaan itu sangat mahal.
Nak kaya, nak senang, nak bahagia. Semua bermula dengan suami sebagai ketua keluarga.
Sumber/Foto : Mohd Fhais, lelaki sebenar ialah yang membahagiakan orang lain lebih dari diri sendiri.
Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.