Benarlah apa yang dikata, suami yang baik adalah orang yang menghargai saat susah bersama isteri. Apabila sudah berjaya dan peroleh rezeki melimpah ruah, dia tidak lupa diri dan sentiasa bersama isteri.
Kita selalu mendengar cerita, kebanyakan suami mula lupa diri apabila berada di puncak kejayaan. Masa itulah, pelbagai godaan yang datang. Baik orang ketiga atau pun mula timbul sikap meninggi diri sehingga lupa pasangannya adalah orang yang sanggup bersusah payah selama ini.
Berapa banyak kita boleh tengok suami yang baik ini mampu mengenang jasa isteri yang sentiasa bersama susah senang. Jangan sia-siakan pengorbanan isteri.
Walau bagaimanapun, suami yang baik bukan sahaja tidak lupa pada pengorbanan isteri semasa susah tetapi ada banyak lagi contoh yang boleh kita lihat. Antara perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini boleh dijadikan panduan untuk suami di luar sana. Hargailah isterimu…
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri Merajuk Itu Luahan Emosi Tanda Sayang, Suami Perlu Pujuk Barulah Rasa Dihargai
Isteri Ambil Tahu Kewangan Suami, Bukan ‘Mata Duitan’ Tapi Elak Perkara Tidak Dijangka
Info Lebih Menarik DI SINI
Nak jadi seorang suami yang baik sebenarnya tak susah, mudah sangat…
Tunaikan nafkah zahir dan batin, bagi isteri tempat tinggal yang selesa, makan minum yang secukupnya, pakaian yang bersesuaian yang menutup aurat, perubatan dan perlindungan. Jaga aurat, maruah dan kehormatan isteri walau di mana saja kita berada.
Bangun awal pagi, setiap hari dan keluar bekerja untuk ada pendapatan, tak kisahlah kerja swasta, kerajaan, berniaga, jadi runner makanan atau jual insurans. Penting di sini, bekerja atau berniaga untuk ada pendapatan yang halal supaya pendapatan itu boleh digunakan untuk menunaikan tanggungjawab kepada isteri.
Bukan tak boleh lepak, ride, memancing, hiking atau masuk hutan, tapi perlu tahu bila sepatutnya kita buat smua perkara itu. Ambil kira kekerapan kita buat semua tu dalam masa seminggu atau sebulan dan tengok situasi/keadaan kita dan isteri. Adakah keadaan membenarkan kita untuk melakukan smua perkara itu atau adakah isteri tiada masalah untuk kita buat macam itu dan lihat keutamaan kita sebelum buat keputusan.
Kalau buat salah, mengaku buat salah dan jangna di tuding jari padaa pihak yang tak buat salah. Jangan ego sangat untuk mengaku, jangan pantang ditegur dan jangan tak boleh dinasihat. Jikaa atas nama kebaikan, maka tiada had bag iseorang isteri untuk terus tegur dan nasihat suaminya. Bila dah jadi suami, its not you r always right. Jangan sembunyikan apa-apa dari isteri. Kalau ada ada masalah kewangan, bagitau isteri, jangan buat pinjaman peribadi dan lepas itu tak boleh bayar, barulah bagitau isteri. Jangan bahagiakan atau senangkan isteri dengan penipuan.
Para isteri paling takut bila suaminya senang dan dah stabil. Sebabnya kesenangan suami akan menjadi satu ujian untuk dirinya kerana kebanyakan orang akan lupa diri bila kehidupannya dah bertambah baik. Sentiasa berpijak di bumi yang nyata dan ingat siapa yang bersama kita ketika kita nii nothing, ketika kita ni bukan siapa-siapa dan tiada apa-apa.
Tak boleh melebihkan mana-mana pihak hatta ibu sendiri atau isteri, sayang macam mana pun pada isteri, tanggungjawab pada ibu masih wajib untuk dilaksanakan, patuh dan taat macam mana pun pada ibu, jangan sampai abai dan menganiaya isteri sendiri.
Saat kau tinggal solat, maka saat itu kau akan mudah terpengaruh dengan perbuatan jahat. Kita tinggal solat, maka saat itulah hidup kau akan berubah 360 darjah. Hati akan keras, ego akan melangit, rezeki makin sempit dan kau akan makin jauh dair akhirat sebab kau dah dibuai dengan nikmat duniawi yang sifatnya sementara sahaja. Jika Allah pun kau boleh tinggalkan, apatah lagi manusia.
Ini sebahagian sahaj tapi kalau mampu jaga semua ini, insya Allah hubungan kita, rumah tangga kita akan baik-baik sahaja.
MW: Kalau suami ikut apa yang dikatakan ini. Insya Allah, bahagia rumah tangga.
Sumber: Firdaus Shakirin
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita