Suami Wajib Ingat Semua Tarikh Penting, Kalau Tak Sila Hadap ‘Muncung Itik’

Share

Suami memang tidak ambil peduli tentang tarikh tarikh penting dalam hidupnya, perkara ini terbawa-bawa sehingga ke alam perkahwinan. Bukan sengaja melupakan, tetapi sikap kurang peka dan ambil peduli buatkan mereka ambil ringan tentang perkara ini. Melainkan tarikh perlawanan akhir bola sepak atau perkara-perkara yang sangat rapat dengan minat mereka.

Siapa yang tidak sayangkan isteri dan keluarga, tetapi masalah “lupa teruk” di kalangan kaum bapa ini memang tidak dapat dielakkan. Tetapi jika anda tidak ingin mengguris perasaan isteri, mulai sekarang sila ambil peduli tentang tarikh tarikh penting ini. Lakukan lima langkah ini, jangan biarkan mereka mengatakan anda tidak peduli kehadiran mereka dalam hidup anda.

5 Cara Ini Bantu Suami Ingat Tarikh Penting

1. Senaraikan Orang Tersayang

Senaraikan nama orang penting dalam hidup anda yang harus anda ingat tarikh mereka. Kesibukkan masa adakalanya tidak semua anda boleh ingat, jadi senaraikan nama-nama orang yang begitu penting dalam hidup anda. Pastikan nama isteri nama pertama dicatat.

2. Catat Dalam Memori

Tidak semua lelaki dianugerahkan memori untuk mengingatkan tarikh-tarikh penting. Cara paling selamat catat tarikh lahir dalam kalendar konvensional, telefon bimbit, diari, komputer dan juga daftar peringatan online.

3. Dapatkan Jawapan Lebih Awal

Ketika anda berasa was-was tentang bila sambutan hari istimewa isteri dan anak-anak, dapatkan jawapan tarikh tersebut lebih awal. Ingatkan diri sentiasa akan kunjung tiba tarikh hari jadi atau ulang tahun perkahwinan anda tidak lama lagi. Minta pertolongan isteri untuk ingatkan anda jika tiba hari jadi anak.

4. Sediakan Kotak Untuk Menyimpan Kad Ucapan

Beli sebuah kotak untuk anda menyimpan sebilangan kad ucapan hari lahir. Bila sampai tarikh istimewa mudah untuk anda berikan bila tiba hari lahir isteri yang ketika itu anda tidak ingat. Untuk lebih meraikannya dan ajak isteri untuk beli hadiah istimewa yang dikehendakinya.

5. Setiap Minggu Semak Tarikh Lahir

Cara paling selamat adalah dengan menyemak semula senarai tarikh lahir yang anda tulis setiap minggu. Jadi pastikan anda mencatat kembali tarikh penting setiap kali bertukar planer atau kalendar.

Haaa… lepas ini tiada alasan lagi untuk suami lupakan tarikh penting ya! Moga kaum lelaki mampu puaskan hati kaum mak-mak setiap hari.

Published by
Syazwani Mehat