Suami Usia 80 Tahun Kelar Leher Isteri Hanya Kerana Tolak Ajakan Hubungan Intim!

Share

Macam-macam perkara berlaku dalam dunia sekarang. Manusia semakin kejam dan sanggup melakukan perkara di luar kewarasan fikiran. Tempoh 40 tahun berkahwin bukan jangka masa yang sekejap. Seharusnya sudah cukup ‘masak’ dengan setiap perangai dan tingkah laku pasangan.Namun tidak bagi pasangan suami isteri dari Makassar, Indonesia ini.

Mahligai perkahwinan yang dibina selama 40 tahun bagi pasangan di Dusun Lerang, Desa Abbumpungeng, Kecamatan Cina, Bone, Sulawesi Selatan ini berakhir dengan tragis.

Tolak Lakukan Hubungan Intim

Seorang suami berusia 80 tahun bertindak membunuh isterinya berumur 60 tahun yang baru dirujuk kira-kira dua bulan selepas bercerai hanya kerana mangsa menolak untuk melakukan hubungan intim.

“Kejadian itu berlaku pada waktu subuh tadi. Berdasarkan pengakuan pelaku, dia berang kerana ajakannya untuk mengadakan hubungan seks ditolak isterinya. Dia terus mengambil parang dan menyembelih mangsa,”

kata jurucakap polis, Abdul Rahim.

Ujian Kesihatan Mental

Untuk memastikan motif pelaku, pihak berkuasa akan melakukan ujian kesihatan mental terhadap lelaki itu yang dikenali sebagai Andi Soto.

Dia telah didakwa di bawah Pasal 44 Undang-undang Kekerasan Dalam Rumah Tangga yang mana jika disabit bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Sementara itu, anaknya menjelaskan bapanya itu pernah dirawat di sebuah hospital di Makassar kerana sering berhalusinasi dan berprasangka buruk kepada orang lain.

“Ramai ahli keluarga yang takut dengannya. Tetapi, bapa saya kadangkala berada dalam keadaan normal dan baik,”

kata Andi Asrul.

MW: Individu yang memiliki masalah mental dan sering berhalusinasi perlu dipantau selalu dan diberikan rawatan sebaiknya. Jika dibiarkan sahaja memang boleh membahayakan orang sekeliling.

Sumber: Sinar Harian & DetikNews

Published by
Suhaidah Abd Wahab