Dah nak habis pun minggu ke-5, rakyat Malaysia patut ikut arahan Duduk Rumah diam-diam. Minggu depan pun umat Islam dah nak mula berpuasa. Bermakna makin rancaklah mak-mak buat persiapan sambut puasa.
Bukannya nak sedia makanan mewah pun. Cukuplah dapat siapkan pes-pes ke stok bahan mentah siap-siap. Tak adalah penat sangat nanti bila tiba Ramadan.
Jadi, kesibukan di dapur tu boleh mak-mak alihkan untuk fokus mengaji ke solat sunat ke. Memasak pun ibadah juga, cuma bila berpuasa dan duduk rumah dia punya letih tu memang berganda.
Beza kalau bekerja di luar ni. Kesibukan dengan kerja dan kawan-kawan, itulah buatkan mak-mak tak hirau penat letih berpuasa.
Tahun ini nampaknya Allah beri kelebihan dan kelapangan waktu untuk orang perempuan. Berpeluang duduk di rumah bersama anak-anak dan suami malah ada yang dengan mak ayah di kampung.
Mungkin ada mak-mak pernah berdoa nak duduk rumah, jaga anak-anak. Dan doa segelintir mak-mak yang pernah terlafaz inilah, tuhan nak beri untuk dinikmati. Bila kita lihat Covid-19 sebagai rahmat dan kasih sayangNya, dapatlah tenangkan hati tu serba sedikit.
Apa pun dalam mengharungi sehari-hari duduk rumah itu, dicampur pula dengan semua sekali dah berkumpul.. keprihatinan suami dan anak-anak itulah yang serba sedikit isteri harapkan.
Ads
Sebab bukan semua isteri yang duduk rumah itu tidak bekerja. Malah, lebih berganda kerjanya bila ada syarikat beri arahan Work From Home.
Kenalah sama-sama ambil peranan. Untuk suami, ini serba sedikit guideline untuk mudahkan urusan isteri. Taklah hari-hari isteri semput.
Buatlah Sarapan Untuk Anak Isteri
Kalau dah setiap hari dari Isnin sampai Ahad, membawa ke Isnin lagi isteri saja yang memasak di dapur memanglah ‘bengkok’ isteri dibuatnya.
Jadi, dalam seminggu tu.. ambillah dua hari ke tiga hari surprisekan isteri dan anak-anak dengan air tangan suami.
Ads
Tak tahu masak? Boleh je google resepi, ikut stepnya satu-satu. Isteri pun dulu waktu memula kahwin gitu juga. Sampai sekarang, tak pernahnya letih google resepi cari macam-macam menu best untuk familinya.
Tak rugikan berkorban sikit untuk anak isteri.
Basuh Baju Pun Dah Tak Janggal Untuk Suami Buat
Betulkan.. sekarang ni tak pelik dah tengok suami basuh baju dan sidai pakaian famili.
Suami yang baik dia tahu macamana nak gembirakan hati isterinya. Salah satunya cara tulah.
Ads
Bila kering, mintalah anak-anak angkatkan, masuk bakul dan lipat sama-sama. Sampai selesai.
Baik anak lelaki atau perempuan dah kena dedahkan dengan tanggungjawab ini. Barulah tidak kekok bila duduk rumah mentua nanti.
Buat Giliran Menyapu, Kemas Rumah
Kalau mak ayah tak ajar anak-anak siapa lagi kan. Betul! Waktu cuti panjang ini memang anak-anak paling melekat dengan gajet.
Kena tegur, dan ingatkan anak-anak, (bahkan suami) jangan sampai gajet menjadikan kita manusia yang lagha.. leka. Guna cara paling praktikal yang sesuai dengan mereka. Kadang ugutan tutup wifi pun menjadi jugak.
Bila dah ada kesedaran, kadang tu tak payah nak membebel pun. Anak-anak faham tugasan siapa kena menyapu, siapa pula mop rumah. Begitulah!
Duduk rumah ini akan jadi mudah dan membahagiakan bila masing-masing tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Apa pun, ajarlah hati supaya belajar bersyukur. Bersyukur kerana geram macamana pun, anak-anak dan suami ada depan mata. Doakan mereka.. jangan pernah berhenti berdoa. Kerana doa itulah senjata ampuh untuk hati-hati yang tersakiti.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Zaman sekarang ini, semuanya info di hujung jari. Tak terkecuali, anak-anak kecil pun dah pandai guna telefon. Bagi anak main gajet dengan pelbagai games, sampaikan penuhlah aplikasi dalm telefon mak ayah.
Tak salah pun nak bagi anak main gajet, tapi sebgai mak ayah kenalah kawal dan pantau. Bila anak terlalu fokus dengan gajet, inilah boleh menyebabkan perkembangan anak terganggu. Lagi teruk, mulalah anak mengamuk tak tentu pasal. Semuanya berpunca dari gajet.
Tak dinafikan, ada gajet yang boleh memberi perkembangan dan pendidikan pada anak-anak, bergantung kepada mak ayah untuk memantaunya.
Antara perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang berkaitan degnan anak main gajet ini boleh dijadikan panduan terutamanya buat anak yang baru berusia 2-5 tahun.
“Doktor, saya baca kanak-kanak yang main telefon ni selalu akan ada masalah perkembangan. Tak boleh main tab/telefon langsung ke, doktor?”
Boleh saja. Anak-anak saya pun main tablet juga. Ada manfaatnya juga, namun ada beberapa syarat ketat yang perlu dipatuhi agar manfaatnya sentiasa melebihi keburukannya.
1. Anak berusia bawah 2 tahun tak dibenarkan untuk didedahkan kepada tablet dan telefon. Ini bagi menjamin perkembangan fizikal, kognitif dan sosial yang optimum buat mereka.
2. Anak tidak boleh ada tablet atau telefon milik mereka sendiri. Tablet dan telefon adalah milik mak ayah dan dipinjamkan kepada mereka. Jadi, jika mak ayah minta semula, mereka perlu pulangkan.
3. Dibenarkan main pada jangka masa yang sesuai. Kanak-kanak 2-5 tahun, WHO saran masa maksimum mengadap skrin adalah 1 jam sehari. Lebih singkat, lebih baik. Boleh guna apps untuk hadkan masa.
4. Selama 1 jam itu, anak perlu sentiasa dalam pemantauan dipantau oleh mak ayah. Mereka perlu pilih dan saring apa yang ditonton anak dan bersedia menjelaskan dan menjawab soalan mereka.
5. Jangan gunakan tablet dan telefon sebagai cara untuk mereka duduk diam dan tidak mengganggu mak ayah. Kanak-kanak perlu bergerak aktif, meneroka dan bertanya soalan untuk berkembang.
6. Anak dibenarkan main pada tempat yang sesuai. Mereka perlu duduk dengan postur yang elok, paras dan jarak pandangan pada skrin yang selamat. Tak main boleh sambil baring di atas katil atau sofa.
7. Pilih masa yang sesuai untuk bermain, seperti waktu pagi dan petang. Elakkan anak-anak main tablet hampir waktu tidur dan waktu makan. Ia boleh mengganggu jadual makan dan tidur mereka.
8. Pastikan anak tidak lupa minum air dan pergi ke tandas untuk kencing. Sediakan air minuman untuk anak-anak ketika mereka sedang bermain tablet. Ingatkan mereka jika mereka terlupa.
9. Jika anak kerap meminta menonton dan bermain tablet, itu bermakna mereka kurang diberi pendedahan kepada aktiviti seperti bersukan dan hobi. Mak ayah perlu bantu mereka cari minat lain.
10. Mak ayah adalah teladan kepada anak-anak. Mereka tiru cara kita gunakan telefon dan tablet. Tak usah main berjam-jam sambil baring di sofa. Nanti anak ikut. Tunjuklah contoh yang baik.
OK! Kuatkuasa peraturan ini serta merta! Hari ini juga mula! Boleh? Kalau tak boleh, maka ada risiko perkembangan anak-anak akan terganggu.
Semoga bermanfaat!
Mingguan Wanita : Bukan setakat anak kecil yang berusia 2-5 tahun tapi kena juga pantau untuk abang-abang dan kakaknya sekali.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Budak istimewa tersangkut dalam pengering mesin basuh, bomba ambil masa 15 minit keluarkan kanak-kanak hyperaktif ini. Mujurlah tidak berlaku sesuatu yang buruk.
Tindakan pantas anggota penyelamat berjaya mengeluarkan kanak-kanak ini.
Budak Istimewa Tersangkut
Pasukan bomba mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan kanak-kanak lelaki yang tersangkut di dalam bahagian pengering mesin basuh di Taman Hassan, Sungai Udang, Klang, Selangor.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar menerima panggilan daripada keluarga mangsa pada 1.52 petang dan bergegas ke lokasi sejauh 23 kilometer (km).
Dalam Pengering Mesin Basuh
“Sebaik tiba, anggota mendapati seorang kanak-kanak istimewa (hiperaktif) berumur enam tahun tersangkut di dalam tempat pengering mesin basuh sehingga paras bawah ketiak.
“Anggota kemudian membawanya keluar yang mengambil masa 15 minit,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Bomba Ambil Masa 15 Minit Keluarkan
Beliau berkata, mangsa diperiksa terlebih dahulu terutama di kaki bagi memastikan tiada kecederaan.
Katanya, dia kemudian diserahkan kepada bapanya dan operasi khidmat khas ditamatkan sejurus itu.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Ada sesetengah mak ayah, rasa kecewa yang amat bila tahu anak buat salah. Sampai ada yang marah-marah anak dan lagi dahsyat pukul anak sebab nak hukum atas kesalahannya.
Tetapi betul ke ini caranya bila tahu anak buat salah? Tak ada ke jalan yang lebih manis untuk bagi peluang pada anak dan betulkan kesilapannya?
Mungkin kita lupa, bila Allah uji kita dengan perangai anak-anak, ada kemungkinan Allah nak kita flashback tentang diri kita sendiri. Atau lebih mudah, dosa-dosa yang kita pernah buat. Untuk renungan bersama, jemput baca secebis perkongsian Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria ini.
Bila Anak Buat Salah
1. Jika anak buat salah, ibu bapa perlu bertaubat. Cermin dahulu kesilapan kita sebagai ibu bapa jika anak ada melakukan sesuatu yang tidak betul.
2. Anak lelaki jadikannya ‘lelaki’, perempuan jadikan ‘perempuan’. Jika anak lelaki mempunyai kecenderungan ke arah perempuan, asuhlah supaya menjadi lelaki, dan sebaliknya.
3. Asingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan seawal 7 tahun. Asingkan tempat tidur, asingkan selimut. Seeloknya asingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan dengan bilik yang berbeza. Anak lelaki tidur di dalam satu bilik. Anak perempuan tidur dalam satu bilik yang lain. Jika bilik tidak mencukupi, boleh juga menggunakan tirai untuk mengasingkan tempat tidur mereka.
Ajar Adab Pakaian Dan Bercakap
4. Ajar anak beradab dan berpakaian sopan walaupun dalam rumah. Didik anak perempuan untuk tidak memakai pakaian tidak seksi dalam rumah. Perhatikan jika ada ‘kelainan’ dalam pergaulan anak lelaki dan perempuan. Bermanja ada batas, bergurau ada adab.
5. Perhatikan pertuturan anak. Bertegas dengan anak jika anak menuturkan perkataan yang tidak baik. Cakapkan pada mereka ‘nabi tidak ajar cakap begitu’.
6. Elakkan smartfon menjadi milik anak anak yang masih bersekolah. Tiada keperluan untuk anak anak yang masih bersekolah menggunakan smartfon, malahan akan memberi kerosakan kepada anak anak.
7. Doa. Tetap istiqamah dalam mendoakan anak anak.
“Ya Allah, tunjuki aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Kau berikan padaku dan pada kedua orang tuaku, dan supaya aku dapat beramal soleh yang Engkau redhai; anugerahi aku kebaikan dengan (memberi kebaikan) kepada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...