Isteri sebenarnya lebih suka memendam kalau setakat perkara remeh-temeh dari membantah kata-kata suami. Tetapi jika satu masa, ada perkara yang sudah melepasi tahap kesabarannya, dia akan mula meluah.
Sama ada dengan bercerita atau bertanya pada suami, oleh itu suami haruslah beri perhatian dan tolonglah faham bahawa sesungguhnya isteri sangat memerlukan suami tika itu.
Ikuti perkongsian,Firdaus Shakirin :
Bila isteri tanya, bila isteri nak cerita, tolong bagi perhatian…
Banyak isteri yang takut nak meluahkan perasaan mereka… Mereka bimbang takut-takut ada hati yang terluka atau terasa dengan luahan itu… Mereka juga bimbang, apa yang diceritakan itu akan disalahertikan…
Mereka tak nak jadi derhaka… tak nak dianggap jahat dan tak bersyukur…
Pilihan terakhir, turutkan saja kemahuan dan kehendak suami, apa yang suami suruh, apa yang suami nak…
Suami, sedarkah apa yang tersirat di sebalik sebuah pertanyaan isteri? Tahukah kita apa yang seorang isteri ingin memberitahu kita tentang isi hatinya? Apa yang dia mahu…. Apa yang dia lalui… Apa yang dia rasa…
Kita selalu anggap yang itu hanyalah sebuah “pertanyaan biasa” sedangkan sebenarnya emosi isteri dah sarat, dah banyak yang dipendamnya… Terlalu banyak yang disimpan dan tak diceritakan… Keberanian dia untuk buka mulut dan bertanya merupakan caranya untuk memberitahu bahawa dia sudah melepasi tahap-tahap yang dia mampu terima…
Ada sesuatu yang membelenggu akal dan perasaannya…
Kalau kita tak faham, siapa lagi yang faham… Kalau kita tak ambil apa-apa tindakan, siapa lagi akan ambil tindakan?
Setiap luahan isteri itu penting, setiap cerita isteri itu penting dan setiap pertanyaan isteri itu penting…orang perempuan akan pendam dan simpan selagi dia boleh but if dia dah tak boleh, dia akan suarakan… Dia akan cakap…
Peka, prihatin dan ambik tahu… Itu isteri kita… Tolong fahami apa yang tersirat dan tersurat di sebalik sebuah pertanyaan atau cerita yg disampaikannya…
Sumber: Firdaus Shakirin
MW: Kesabaran ada batasnya, begitu juga dengan hati wanita. Dirinya akan menurut segala kemahuan suami, namun bila tiba satu tahap dia mula bertanya dan meluah, tolong beri perhatian. Itu tandanya kesabarannya mula teruji. Sebagai suami seharusnya anda mengambil peranan untuk mententeramkan isteri, paling tidak fahamilah apa yang isteri lalui.