Encik suami kena lebih prihatin jaga isteri berpantang, bukan hanya dalam bab tolong jaga bayi tetapi uruskan emosi mak-mak baru lepas bersalin supaya stabil dan tak berlaku kes meroyan.
Ada ibu yang boleh meroyan kerana sangat letih. Maklumlah, rutin bertukar. Tidur malam terganggu, bila setiap malam tidak dapat rehat yang cukup, maka minda senang menjadi terilusi.
Jadi kalau nak sembuhkan emosi isteri lepas beranak, suami ikut petua yang dikongsikan oleh saudara Muhammad Ahmad ini. In shaa Allah semuanya akan dipermudahkan…
Memang suami perlu banyak bersama isteri di awal berpantang dan penyusuan. Bukan soal luka bersalin, luka ni akan baik dengan sendiri. Tetapi suami bantu jaga isteri agar emosinya tidak tertanggu dan semakin teruk.
Bantu orang rumah ke tandas,
Tolong isteri banyakkan berjalan,
Mudahkan dia susukan anak,
Tukar lampin anak tanpa susahkan isteri,
Sediakan air mandi isteri nak mandi,
Cuba masakkan untuk si dia dan tolong suap.
Sebenarnya ini amalan mak ayah tok nenek kita dahulu. Ayah kita dulu jaga semua adik beradik 12 orang,sentiasa bantu mak sehinggakan suapkan makanan. Ini sifat kasih sayang mak ayah kita didik dan tunjuk kepada kita supaya sayang isteri lebih dari diri sendiri.
Dapatkan:
-Ikan yang segar
-Sayuran kampong
-Ayam kampong
-Telor ayam kampong
-Daging lembu segar
-Pantau luka .
-Bantu isteri bergerak, berjalan terutama ke tandas. Jangan biarkan mereka terbaring sahaja. Berjalan atau bergerak boleh bantu lancarkan darah dan elakkan DVT(Darah beku disalur darah).
-Pastikan isteri minum air mineral dengan cukup.
-ILMU PENYUSUAN,cari posisi bayi ketika menyusu.
-Amalan atau Pantang larang ketika isteri berpantang
-ingatkan isteri makan ubat yang disediakan oleh doktor
-Jadual pemeriksaan bayi dan ibu diklinik
-Basic urutan untuk ibu berpantang.
-Cara berbedong/bekong
-jamu/vitamin/ubatan untuk ibu berpantang dan selepas.
Suami kena selalu peluk isteri,ucap terima kasih sayang lahirkan anak kita, terima kasih sebab sabar menahan sakit. Kucup dahi isteri. I love sayang,abang sayang sayang,lemparkan senyuman sehingga cecah telinga dan doa depan isteri.
“Ya Allah ini isteri saya, berikan dia syurga, ganjaran pahala, kesihatan yang baik dan jauhkan dia dari segala penyakit.”
Suami wajib doa untuk isteri, ucap kata yang baik, tanya ada apa yang boleh kita bantu isteri.
Insyaallah jika kita(suami) sering ucap perkataan yang baik-baik isteri akan seronok, isteri akan tenang.
Dan suami juga perlu faham tanda-tanda isteri melalui fasa post-portum period. Jika ada tanda selalu menangis, termenung, tiba-tiba pukul anak ini perlu dirujuk ke hospital atau dapatkan nasihat doktor.
Mudahan berkat kasih sayang suami isteri lahirnya anak soleh solehah.