Suami TINGGALKAN Isteri HILANG Kaki, Abang Ambil TUGAS Jaga Adik Sekeluarga

Share

Suami pergi lepas hilang kaki. Beratnya ujian wanita ini apabila ditinggalkan suami apabila kakinya dipotong akibat kemalangan jalan raya. Namun wanita hebat ini tetap redha dengan ujian Allah dan merasa bersyukur abangnya ambil tugas menjaga dia sekeluarga.

Betapa hebat didikan mak dan ayah mereka hingga kasih sayang adik-beradik tak putus walaupun telah memiliki keluarga sendiri dan hidup masing-masing dihimpit kesusahan. Ikuti perkongsian Nur Farhana Rizal ini baik-baik.

Semalam dalam perjalanan balik daripada Kuantan, singgah R&R Temerloh.

Masa nak turun kereta, saya nampak seorang lelaki nampak agak berumur, bersama seorang budak lelaki sedang mengeluarkan kerusi roda daripada belakang kereta, sebuah Iswara.

Saya nampak kemudian lelaki tua tersebut mengangkat seorang perempuan ke atas kerusi roda tersebut penuh kasih sayang. Dan budak lelaki tadi, mengambil pula seorang kanak-kanak lelaki dan mendukungnya keluar.

Saya fikir, tentulah mereka sebuah keluarga. Senyum saya melihat mereka, nampak penuh dengan kasih sayang dan cinta. Doa saya, kekalkanlah mereka begitu walau apa juga ujian mereka.

Kasih Seorang Abang Selepas Ditinggalkan Suami

Saya berjalan di belakang mereka, kemudian lelaki tersebut berhenti menolak kerusi roda tersebut. Dan terdengar dia bertanya pada wanita itu, “Nak abang hantarkan ke?” Saya yang dengar pun sejuk hati. Wanita tu jawab, takpe. Dia pergi sendiri.

Lalu saya terus ke depan, namun terhenti, bila terlihat wanita tersebut tanpa kaki sebelah. Segera saya merapatinya, dan minta izin untuk membantu. Dia anggukkan kepala, dan saya tolakkan ke tandas OKU.

Setelah selesai, di hadapan sink, sempat saya berbual. Tanya daripada mana, nak ke mana.
Allahuuu. Luluhnya hati saya bila dengar cerita wanita tersebut. Namun, kerana sinar bahagia pada wajahnya, saya seka air mata sepantasnya.

Baca Juga Di Sini:

Jangan Sombong Nak Tolong Adik Beradik. Seburuk-Buruknya, Ia Tetap Darah Daging Kita

Karenah Adik Beradik Memang Uji Kesabaran. Redakan Dengan DOA Dan Kasih Sayang

Info Lebih Menarik, KLIK saja di sini.

Lelaki Itu Abangnya Bukan Suami

Lelaki yang mengangkatnya tadi, dan menolak kerusi roda tadi bukan suaminya, tetapi abang kepada wanita tersebut. Dan dua anak lelaki tadi, anak wanita tersebut berumur 14 tahun dan 4 tahun.

Wanita itu ditinggalkan suaminya setelah doktor sahkan dia mesti dipotong kaki kanannya, kerana tersepit motor ketika kemalangan bersama suami. Luka tak elok, lama-lama jadi mati, dan terpaksa dipotong.

Sehari sebelum kakinya dipotong, suaminya pergi meninggalkan dia dan anak-anak tersebut tanpa sebarang keperluan dan kasihan. Dan mulai saat itu, si abang tadi ambil alih menjaga adiknya itu, sepenuh masa hingga hari ini.

Ditinggalkan Suami, Syukur Masih Ada Abang

Dan wanita itu masih boleh tersenyum. Bila dia cakap, “Akak syukur, ada abang yang nak jaga. Suami tak ada pun, kasih sayang tetap akak rasa daripada abang dan mak akak. Hal dia tu (suami), Allah saje lah yang adilkan. Akak siapa lah nak marah.” Allahhhh. Hebatnya Allah pinjamkan rasa pada akak ni.

Puas saya tahan air mata. Bertambah sebak bila dia kata, abangnya bukan orang senang pun. Ada anak 7 orang. Semua masih belajar. Dia akan bergilir bawa keluarganya sendiri, isteri dan 7 anak pulang ke kampung, kemudian adiknya tadi dengan anak-anak pula.

Nak naik semua satu kereta mana muatkan. Jadi, untuk pastikan isterinya tetap pulang ke kampung, dan adiknya juga tetap pulang berjumpa ibunya, abang ini akan bergilir saban minggu demi keluarga ini.

Hebatnya Kasih Abang Ambil Tugas Suami

Allahuuuuu. Saya tak nak cakap pasal suami yang pergi tinggalkan dia tu. Saya nak cakap, hebatnya didikan ibu ayah mereka. Hebatnya kasih sayang dan cinta antara mereka adik beradik. Sampai begitu sekali pengorbanan abangnya menjaga adiknya sekeluarga. Dalam keadaan dia juga bukan senang.

Kawan-kawan, banyak yang saya belajar daripada kisah wanita ini dan abangnya. Banyak sangat. Allah beri peluang saya berfikir semula, sejauh mana saya sayangkan keluarga saya.

Adik beradik saya, orang keliling saya, dan apa yang Allah pinjamkan pada saya saat ini.
Bukan mudah nak terima ujian bertimpa-timpa. Entah berapa banyak air mata dah wanita ini keluarkan, asbab ujian yang memang bertimpa-timpa.

Namun, melalui raut wajahnya, melalui butir bicaranya, saya pasti, Allah hadiahkan dia hati yang lapang dan jiwa yang besar.

Dia Redha Walaupun Ditinggalkan Suami

Jika tidak masakan dia boleh berkata begitu dengan senyuman pada saya. Boleh pula tak ada keji marah pada suami, saat disampaikan, malah serahkan pada Allah segalanya. Allahu.

Sungguh dia sedang redho dengan ujian kasih sayang yang Allah berikan pada dia.
Sebagai ibu dan ayah, tetaplah kita berdoa, moga pertalian anak-anak kita itu, Allah ikat dengan cinta dan kasih sayang-Nya.

Dibaluti pula dengan berkat dan syafaat Rasul-Nya. Agar zuriat kita, akan menjadi penguat satu sama lain, saat ujian melanda, saat rapuhnya iman di dada, saat terasa diri jauh dari-Nya.

Ajarkan anak-anak, pertalian mereka bukan sekadar darah di dunia, tapi lebih kepada tali-tali asbab mereka bersama ke syurga. Merekalah juga asbab kita ke syurga, maka didiklah mereka salah satunya berkasih sayang kerana Allah dan Rasul-Nya.

Sungguh saya terkesan dengan ibrah yang Allah berikan pada saya walau sekejap sahaja saya berjumpa wanita tersebut.

Syurga buat abangnya, juga kakak iparnya yang sabar. Dan syurga juga buat dirinya, wanita hebat yang mampu senyum dengan segala yang menimpanya. Syurga paling baik pula buat ibu ayah mereka yang mendidik mereka dengan sepenuh kasih dan cinta.

Aaaminn aaaminn, insyaAllah.

MW: Walaupun telah berumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri, jangan dilupakan adik-beradik yang membesar bersama. Biar pun hidup dihimpit kesusahan, bantulah sebaik mungkin. Barangkali kebaikan ini menjadi asbab kita ke syurga. Insyallah.

Sumber: Nur Farhana Rizal

Published by
Nur Syazwani Mehat