Suami tergamak ‘menamatkan hayat’ isterinya dengan berus gigi kerana malas masak, curang. Siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam leher isterinya Risma Fatmawati, 18, yang dikahwininya sejak empat tahun lalu dengan berus gigi kerana berasa sakit hati.
Kejadian dilaporkan di Tanjungbatu Kota, Karimun, Kepulauan Riau di Indonesia susulan penemuan jasad mangsa di kediamannya pada akhir minggu lalu. Menurut pihak berkuasa, pelaku dikenali sebagai Iwan, 23, berjaya diberkas ketika cuba melarikan diri.
“Setiap kali saya pulang dari kerja, dia tidak pernah masak. Kebiasaannya, saya akan makan sendiri. Apabila saya meminta dia membuat kerja rumah seperti masak atau cuci baju, dia mesti akan membentak dan berkata dirinya bukan orang gaji di rumah kami,” lapor TribunBatam.id memetik kenyataan Iwan pada awal minggu lalu.
Pelaku juga berasa tidak puas hati apabila ibu mentuanya juga selalu campur tangan dalam masalah rumah tangga mereka malah menyuruh isterinya mencari lelaki lain kerana pasangan itu sering berkelahi.
Suspek juga mendakwa mangsa kantoi berselingkuh.
“Saya kerap jumpa isteri saya bersama lelaki lain di hotel,” ujarnya.
Sementara itu, jurucakap pihak berkuasa memberitahu pasangan itu sempat bertengkar sebelum Iwan hilang sabar dan bertindak di luar kawalan lalu mencekik mangsa sebanyak dua kali sebelum menikam dengan berus gigi yang telah diruncingkan. – Agensi
Sumber: Sinar Harian
Artikel lain: Isteri Curang Bila Ada Masalah Dengan Suami, Itu Bukan Alasan Jalin Hubungan Terlarang
Tak Tahan Sikap Isteri MALAS Mandi, Suami Nekad Cerai Talak 3!
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.