
Isi Kandungan
ToggleMacam-macam hal yang berlaku segalanya demi duit. Menjadi adat di India, pihak pengantin atau keluarga perempuan perlu menyediakan duit hantaran sewaktu melangsungkan perkahwinan. Namun malang bagi wanita ini, apabila buah pinggangnya dijual tanpa disedari akibat kegagalan menyediakan duit hantaran secukupnya.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di Kolkata baru-baru ini, seorang Polis di Bengal Barat menahan seorang lelaki kerana menipu isteri sendiri,malah menjual satu ginjalnya disebabkan gagal membayar wang hantaran berjumlah 200,000 rupee (RM12,200).
Jual Sebelah Buah Pinggang
Wanita terbabit, Rita Sarkar, 28, mendakwa suaminya Biswajit Sarkar yang dikahwini 12 tahun lalu bersama abang ipar menipunya untuk menjual sebelah ginjal dan mencuri organ berkenaan ketika dia menjalani pembedahan apendiks.
“Suami dan keluarga mentua sering menyeksa saya dan mendesak wang itu dibayar.
“Kira-kira dua tahun lalu saya mula mengalami sakit perut teruk dan apabila suami membawa saya ke hospital swasta di Kolkata, saya dimaklumkan ia akibat masalah apendiks yang perlu dibuang melalui pembedahan.
“Bagaimanapun, sakit saya semakin teruk selepas pembedahan itu dan suami mengarahkan saya tidak memaklumkan sesiapa mengenai pembedahan di Kolkata berkenaan. Saya merayu berulang kali untuk mendapat rawatan lanjut tetapi tidak diendahkan,” katanya.
Ginjal Kanan Tiada
Menurutnya, ibu bapanya akhirnya membawanya ke hospital lain kira-kira tiga bulan lalu di mana doktor mendapati ginjal kanannya tiada. Perkara itu disahkan selepas dia mendapat pandangan kedua doktor hospital berbeza.
Dia memfailkan laporan polis terhadap Sarkar dan abang iparnya Shyamal serta ibu mentua, Bularani. Inspektor Udayshankar Roy mengesahkan dua lelaki terbabit ditahan, tetapi Bularani melarikan diri.

Katanya, Shyamal dan Sarkar mengaku menjual ginjal itu kepada seorang ahli perniagaan di Chhattisgarh.
Sumber:hmetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Salah Isteri Jadi FBI Kalau Suami Banyak Berahsia!

Isi Kandungan
TogglePerasaan ingin tahu banyak berpihak pada orang perempuan berbanding lelaki. Itulah fitrahnya. Lebih-lebih lagi bila suami tidak banyak bercerita dan buat hal sendiri. Dalam rumah tangga, jika inginkan hubungan yang lebih tenang dan harmoni, suami isteri kenalah telus dalam berkongsi cerita bagi mengurangkan rasa kendur perasaan ingin tahu isteri dan mengelakkan kurang tanda tanya dalam fikiran isteri.
Fitrah lelaki pula merasakan tiada ada perkara penting untuk dikongsi. Sedangkan isteri merasakan itu semua penting. Bila isteri merasa suami mula berahsia, mulalah tindakan menyiasat di ambil sehingga isteri menjadi FBI. Ikuti kupasan lanjut tentang perkara ini bersama Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM),
Tanda Isteri FBI
Bagi suami, kita boleh kenalpasti situasi ini berdasarkan beberapa panduan:
1. Isteri kurang teruja untuk mendengar kalau kita bercerita sesuatu.
2. Isteri lebih banyak diam daripada bertanya. Diam suami kerana tiada perkara nak dicakapkan tetapi diam isteri kadangkala disebabkan banyak perkara dalam fikiran dan suami perlu beri lebih perhatian.
3. Kalau pun ada soalan atau komunikasi, isteri lebih banyak guna bahasa sindiran.
4. Handphone suami jadi perhatian dan gerak geri suami sentiasa diikuti dan dalam perhatiannya.
5. Pergerakannya lebih meluas atau perhubungan dgn dengan kawan-kawan dan orang luar lebih kerap daripada kebiasaannya. Ini juga mungkin antara proses siasatan terhadap sesuatu yang mencurigakan. Dalam hubungan yang baik, pasangan adalah orang yang sepatutnya paling dipercayai.
6. Bila tidak diatasi sedari awal, atau pun dibiarkan tanpa penjelasan, akan jadi lebih serius dan kritikal. Mungkin pergerakan kita mulai diekori atau dipersoalkan ke mana kita pergi.
Risiko
Dalam hubungan yang tiada kepercayaan dan penghormatan kepada suami, biasanya akan lebih menjurus kepada ketegangan, silap faham, stres dan akhirnya konflik. Antara kesan lain, sifat percaya dan hormat makin terhakis dan ini secara tak langsung mudah membuka ruang untuk orang ketiga yang lebih dipercayai atau lebih dihormati menyelit dalam hubungan suami isteri.

Hubungan rumah tangga juga tidak harmoni apatah lagi semua tindakan suami dicurigai dan disiasat memungkinkan salah tafsir dan prasangka berleluasa. Akhirnya tindakan yang baik juga dipersoalkan dan timbul situasi segalanya adalah serba salah.
Saling Mempercayai
1. Percayalah dan hormatlah kata-kata atau pun pengakuan pasangan kita.
2. Elakkan percaya cakap orang ketiga untuk menghukum pasangan kita. Pasangan kita adalah terbukti paling menyayangi dan bertanggungjawab kepada kita. Tugas kita bersama adalah menyuburkan kasih sayang tersebut.
3. Jangan tafsirkan sendiri atau elakkan membuat sesuatu yang boleh menimbulkan teka teki dan persoalan.
4. Sentiasalah ada di sisi atau pun manfaatkan seoptimumnya waktu bersama dengan bercerita dan berkongsi kerana hidup kita adalah juga hidup pasangan kita. Elakkan berjauhan lama.
5. Berusahalah untuk membahagiakan pasangan, walaupun kadang kala kita rasa seperti terpaksa berkorban untuknya.
Fitrah manusia yang sedang bahagia, lebih mudah terbuka, menerima dan bertoleransi serta tidak akan mudah prejudis dan curiga. Kita terima sifat kewanitaan isteri kita yang suka ingin tahu serba serbi, tetapi kita boleh elakkan curiga berlebihan sehingga isteri mulai bertukar menjadi FBI!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibunya Tak Pernah Sangka Dirinya Hamil, Bila Ada Pendarahan Ke Hospital Periksa Urin, Lepas 10 Minit Bayi Ini Dilahirkan

Isi Kandungan
ToggleSubhanallah.. apabila Allah mahu memberikan rezeki pada hambanya yang hak, maka rezeki itu tidak akan tertahan-tahan. Ini cerita sebuah keajaiban tuhan yang disampaikan Dressar Azrie. Kisah pesakitnya, seorang wanita yang tak pernah tahu dirinya mengandung. Sudahlah lima tahun lamanya dia dan suami menanti kehadiran cahaya mata, Sampaikan mereka sudah berputus asa.
Apabila wanita itu alami pendarahan membuatkan dia perlu ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Dan akhirnya, ini anugerah tuhan untuknya, kelahiran seorang bayi perempuan yang tidak pernah disangka-sangka.
Perkongsian daripada Muhammad Azrie Bin Amirudin (Dressar Azrie), petugas dressar di Unit Kecemasan Hospital Pekan Pahang ini mengungkap betapa besar kekuasaanNya. Apabila Ia mengkehendaki sesuatu itu terjadi, maka terjadilah. Kun Fa Ya Kun.

Keajaiban.. Rezeki Allah Tak Pernah Salah Alamat
Kata dressar Azrie dalam instagramnya, semasa dia bekerja di unit kecemasan Pekan pada 19 Disember 2017, dia dikejutkan dengan kehadiran seorang bayi perempuan yang tak pernah dijangka kehadirannya oleh kedua ibu bapa mereka.
“Meh nak kongsi cerita kerja hari ini. Masuk kerja syif pagi. Dapat seorang pesakit female/38y/m. Datang dengan sakit PV Bleeding (Pendarahan Vagina). Dah 5 tahun nikah tapi tak ada rezeki untuk dapat baby.
“Bila tanya last haid, dia tak pasti sebab haid selalu tak menentu dari remaja lagi.
Perut wanita itu membesar sedikit tapi tidak berapa nampak macam mengandung. Mungkin disebabkan badannya yang sedikit besar.
“Pergi berurut orang kampung cakap angin saja. Pesakit pun biarkan je. Pagi ini ada pendarahan sebab itu dia datang ke hospital.
“Bila check urin, urin positif tanda hamil ( Ibu tak ada tunjuk rasa sakit langsung. pastu tak pernah rasa kehamilan). Kes ini dari kecemasan kemudian dirujuk ke unit PaC gynae.
“Lepas 10 minit tahu-tahu dah bersalin baby girl. Mudah sungguh. Tak ada rasa sakit langsung. Bersalin pun secara normal. Tak pernah juga dapatkan rawatan ibu mengandung selama 9 bulan di mana-mana klinik, macam ibu-ibu pergnant yang lain.

Ayah Terpinga-pinga, Bila Balik Dapat Baby
Dengan umur yang boleh dikategorikan sebagai high risk untuk pregnant. Last-last pagi ini dapat baby yang comel, cukup sifat, sihat semua. Syukur kedua-duanya selamat.
Si ayah terpinga-pinga terkejut sebab tak sangka langsung selama ini ada baby dalam perut. Selama 5 tahun menunggu baby sampai rasa give up tapi dapat rezeki pagi ini.
Barang-barang baby pun tak prepare. Ayah baby siap cakap datang sakit pendarahan balik dapat baby. Happy sangat-sangat dia. Ibu dan anak sekarang berada dalam wad untuk pemantauan dan semua selamat.
“Bukan selalu cerita panjang-panjang macam ini sebab selama bekerja tak pernah dapat kes unik macam ini. Biasa dapat kes unmarried je macam ini. Rezeki Allah Allah tak pernah salah alamat.”
Ketika dihubungi MW, dressar Azrie memaklumkan yang pagi ini ibu bayi ini masih ditahan di wad kerana darah tinggi, tetapi kesihatannya kembali pulih dan baby dan ibu sudahpun dibenarkan pulang pada petangnya.
Sumber/Foto : Instagram azrie_mek90
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Anak Lelaki Dah Kahwin, Biar Anak Menantu Duduk Asing, Jangan Satu Rumah

Isi Kandungan
ToggleBila anak lelaki dah kahwin, biar anak menantu duduk asing, jangan satu rumah. Apabila anak lelaki berkahwin, langkah pertama yang penting adalah memastikan dia dan pasangannya keluar dari rumah kita dan memulakan kehidupan sendiri.
Bila Anak Lelaki Dah Kahwin, Biar Anak Menantu Duduk Asing, Jangan Satu Rumah
Kenapa ini penting?
Pembentukan Identiti Sebagai Ketua Keluarga
Apabila anak lelaki tinggal bersama ibu bapa selepas berkahwin, dia mungkin sukar memahami sepenuhnya tanggungjawab sebagai seorang suami atau ketua keluarga. Segala keperluannya mudah diuruskan oleh ibu bapa, sehingga dia tidak merasai cabaran sebenar perkahwinan.
Peluang Membina Kehidupan Sendiri
Dengan tinggal sendiri, pasangan suami isteri dapat belajar mengatur kewangan, menyelesaikan masalah bersama, dan merancang masa depan mereka tanpa campur tangan orang lain.
Mengelakkan Kebergantungan
Jika kita terus menyediakan segala keperluan anak dan pasangannya, mereka akan terbiasa bergantung kepada kita. Keadaan ini bukan sahaja membebankan ibu bapa, malah menghalang anak daripada belajar berdikari.
Cabaran Yang Perlu Ditempuh Anak Selepas Berkahwin
Perkahwinan adalah satu keputusan besar yang perlu dirancang dengan teliti. Anak lelaki perlu memahami bahawa mendirikan rumah tangga bukan perkara main-main.
Mengurus Kewangan
Biarkan mereka menyewa rumah kecil, menaiki motor, dan melalui hari-hari sukar seperti “tengah bulan” dengan poket kosong. Kesusahan ini adalah pelajaran yang tidak ternilai untuk membentuk sikap bertanggungjawab dan pandai mengurus kewangan.
Menghargai Pasangan
Apabila mereka sama-sama berjuang dan bersusah payah, mereka akan lebih menghargai satu sama lain. Susah senang yang dilalui bersama akan mengukuhkan hubungan mereka sebagai suami isteri.
Belajar Berdikari
Melalui kesusahan, anak lelaki akan belajar bahawa tanggungjawab ketua keluarga memerlukan kesabaran, kebijaksanaan, dan ketabahan. Dia akan lebih menghargai setiap usaha yang dilakukan untuk menyara keluarga.
Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Anak Yang Bertanggungjawab
Sebagai ibu bapa, tugas kita tidak berakhir apabila anak berkahwin, tetapi ia beralih kepada memberikan panduan dari jauh.
Tegas Dengan Keputusan
Jangan biarkan rasa kasihan mengaburi keputusan kita. Tegaslah dalam meminta anak lelaki tinggal sendiri bersama pasangannya, walaupun kita tahu mereka mungkin menghadapi kesukaran pada awalnya.
Sokongan Moral, Bukan Kewangan
Bantu mereka dengan nasihat dan galakan, tetapi elakkan terus-menerus menyokong dari segi kewangan. Jika terlalu banyak bantuan diberikan, mereka tidak akan belajar mengurus kehidupan sendiri.
Percayakan Anak
Kita telah mendidik dan membesarkan mereka selama 20 hingga 30 tahun. Percayalah bahawa nilai-nilai murni yang kita tanamkan akan membantu mereka menghadapi cabaran hidup berkeluarga.
Mengajar anak lelaki berdikari selepas berkahwin mungkin kelihatan kejam pada awalnya, tetapi ia adalah langkah penting untuk memastikan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab dan matang.
Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita adalah menyediakan asas yang kukuh untuk anak-anak membina kehidupan mereka sendiri. Selepas itu, biarlah mereka belajar untuk melayari kehidupan rumah tangga dengan susah dan senang. Kejayaan mereka mengatasi cabaran ini adalah hasil didikan dan ketegasan kita sebagai ibu bapa.
Sumber: Firdaus Shakirin
Baca artikel lain juga: Mak Ayah, Bila Anak Lelaki Dah Kahwin, Biarlah Dia Hidup Ikut Acuannya
Bila Anak Dah Kahwin, Mentua Jangan Lah Anggap Menantu Macam Orang Luar

Suami Provider, Idaman Ramai Wanita Bila Nak Kahwin
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI