Isu bersuamikan suami yang kedekut ataupun tangkai jering, cukup membebankan si isteri dalam mengatur keperluan kewangan rumah tangga. Jika si isteri bekerja sekalipun, jangan dianggap itu sebagai satu alasan untuk mengelak dari memberi nafkah dan memperuntukkan wang untuk keperluan isteri serta anak-anak. 

Menurut Ustazah Nurul Hidayah Kamaruddin yang juga merupakan Eksekutif Zakat, Pusat Pungutan Zakat sikap suami yang enggan memperincikan setiap tanggungan dan perbelanjaan kepada isteri, membuatkan isteri salah sangka. Tanpa mengetahui kronologi sebenar ke mana perginya tiap sen yang digunakan, menyebabkan suami sering mengelak dari memberi wang apabila isteri mula meminta.

Suami Tangkai Jering, Perlunya Ilmu Dalam Menguruskan Nafkah Keluarga

Tambah Ustazah Nurul Hidayah lagi, selaku suami nafkah isteri dan anak-anak adalah keutamaan. Isteri yang berdepan dengan suami tangkai jering, dibolehkan mengambil wang suami tetapi haruslah berdasarkan alasan yang kukuh. Dayus lah seorang suami itu jika membuatkan isteri sehingga terpaksa membuat tindakan sebegitu kerana terdesak mencukupkan keperluan isi rumah.

IKLAN

Rasullullah S.A.W juga bersabda , “Ambillah sebatas apa yang cukup bagimu dan anakmu dengan wajar,”.

Hadir sama menggamatkan topik sensasi ini Kak Engku dan pasangan suami isteri Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad. Mingguan Wanita Talkshow hari ini dikendalikan oleh Siti Elizad dan Norman Hakim sebagai pengacara.

IKLAN

Suami Tangkai Jering, Perlunya Ilmu Dalam Menguruskan Nafkah Keluarga

IKLAN

Bagi pasangan yang baru dua tahun melalui alam rumah tangga, baik Syafiqah dan juga Hafiz yakin konsep berkongsi rezeki bersama pasangan terutama sang suami menjaga sebaik mungkin amanahnya menyantuni nafkah si isteri menghadirkan rezeki berlimpah ruah.

Nak tahu tips dan apa seorang isteri wajar buat sekiranya bersuami si tangkai jering? Jangan lupa saksikan ulangan Mingguan Wanita Talkshow jam 8 malam ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI