Ada ketika terdetik di dalam hati, “Ya Allah kenapalah suami saya ini tak macam suami si polan-si polan. Isteri lahirkan anak, dihadiahkannya gelang emas. Kalau lima orang, lima kali dapat gelang emas.”
“Tapi kenapa suami saya tidak begitu?” Walaupun suami boleh usahakan seumpama itu, tapi dia tak beri. Ah! Mulalah rasa sayu, patah hati bila suami tak memenuhi ‘ekspektasi’ (jangkaan) yang kita harapkan.
Dan semua itu selalunya bermula, apabila kita mula menerjah blog-blog, laman web atau status kawan-kawan yang berbahagia hidupnya.
Sebab apa tau, mak-mak kena hargai apa suami buat hatta dia cuma memberikan sekuntum bunga plastik sebagai tanda dia mahu beromantis dengan anda. Haa.. cuba baca moga mak-mak akan lebih menghargai suami sendiri.
Kerana apabila dia sudah menjadi milik orang lain. Memang tangisan bulan madu yang mak-mak akan dendangkan nanti.
Walau Tanpa Gelang Emas, Ini Yang Isteri Kena Hargai Jodoh Yang Tuhan Beri
Pertama : Suami Bukan Jenis Naik Tangan
Isteri bayang setiap kali mahu keluar bekerja, suami akan dakap dalam seminit dua. Berikan kucupan kiri dan kanan sebelum keluar bekerja.
Tapi apa suami buat, sebaik saja bersarapan suami terus melangkah keluar.
Paling mesra pun cuma bersalaman atau cium tangan isteri.
Ads
Jangan sentap dengan tindakan suami, asalkan suami bukan kaki pukul, bukan mudah baran apatah lagi naik tangan, isteri bersyukurlah dalam-dalam.
Perlahan-lahanlah dekati dan minta suami agar memanjakan diri kita. Kitakan isteri.. jadi mintalah dengan cara yang paling halus dan lembut. Jangan paksa suami, sebab orang lelaki paling pantang bila dipaksa. Egonya tercabar. Berlembut dan perlahan-lahanlah meminta ya mak-mak.
Bukan minta gelang emas pun.. minta peluk seminit dua je.
Kedua : Asal Jejak Kaki Ke Dalam Rumah Suami Buat Rutin Wajib
Apa rutin wajib itu? Bukan tidur atau tonton TV tau mak-mak. Tapi terus bantu kerja rumah isteri. Ada suami yang suka bantu isteri basuh baju, kadang isteri dalam bilik air pun dimintanya baju yang isteri pakai buat pergi kerja itu. Sebab dia mahu basuh.
Tak kurang juga suami yang suka menyapu dan mengemop lantai. Kalau nampak rambut kita bertabur masa dia sapu tu, bebelnya panjang berjela.
Jangan ajak lawan gaduh pula. Biarkan saja, nanti bila dia dah selesai menyapu mintalah dia belikan tonik rambut bagi rambut tak gugur.
Ads
Haa.. mudah kan? Kalau tak mudah, gunakan lagi kuasa pujukan dan berlembutlah. Sebab suami yang disayangi isteri, dibelai dan dimanjai itu akan lebih lembut hatinya.
Nanti, dia akan buat sendiri kerja rumah dengan rela hati.
Sebab apa tau mak-mak, sebab suami akan jadi jatuh kasihan lihat isterinya yang baik tapi terpaksa lalui cabaran hidup berumah tangga dengannya.
Sekali lagi, tiada juga gelang emas kan mak-mak. Tak perlu berkecik hati, sebab sikap ringan tulang suami itu nilainya dah macam bergantang-gantang emas dalam simpanan.
Ketiga : Gaji Suami Kita Sekadar Mencukupi
Biarpun gajinya tak besar malah kadangkala sesak di hujung bulan, janganlah kita perkecilkan suami sendiri. Kadangkala, bukan dia tidak kecukupan, cumanya komitmennya terlalu banyak.
Ada hal-hal yang dirasakan remeh baginya tapi besar pada kita, dan dia tidak sedar akan keinginan isterinya mak-mak.
Ads
Jika mahu bantu suami, kalau mak-mak bekerja. Janganlah lokek berkongsi rezeki. Tapi jangan hulur semua. Kita pun kena ada simpanan sendiri mak-mak. Tak boleh sangat terlalu bermurah hati. Berpada-padalah..
Suami yang baik dia pun sebenarnya segan nak guna duit isterinya. Sebab dalam hatinya akan rasa satu perasaan sayu sebab tak boleh nak beri bahagia dekat isteri.
Itu ditujukan khas untuk suami yang benar-benar cinta akan isterinya. Dan MW percaya, masih ramai lagi suami yang begitu.
Berdoalah selalu, semoga suatu hari nanti Allah akan bukakan pintu rezeki untuk suami.
Allah Murahkan Rezeki Suami Yang Layan Isteri Dengan Baik
Lagi-lagi buat suami yang ada semua ciri-ciri baik di atas. Sebab suami pun kena tahu, jika dia bahagiakan isterinya, Allah akan murahkan rezekinya.
Allah buka pintu rezekinya seluas lautan jika isteri dan anak-anak rasa bahagia disamping dirinya.
Biarpun sukar hidup mereka, ketenangan hati itu pasti sentiasa ada jika saling kasih mengasihi, memahami dan percaya setiap ujian dari tuhan itu bukanlah satu kebetulan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Datang majlis orang, ambil makanan ikut suka. Tak habis, tinggal atas meja. Paling seram, boleh pula ambil makanan yang lain. Kalau macam ini sikap kita, macamana rezeki nak lekat.
Padahal, kita punyalah siang malam doa dekat tuhan moga dimurahkan dan dilebatkan rezeki. Tapi sendiri yang buang-buang dan membazir.
Hakikatnya, sikap membazir itulah yang buat rezeki jadi tersekat.
Banyak benarnya teguran pemilik Dewan Seri Hatinie, Azlien Donna Wan Pa ini. Perkongsiannya ringkas saja, tapi betul-betul menjentik rasa kita yang tanpa sedar kadang terbuat.
Mana Adab Tetamu Bila Ambil Makanan Dalam Majlis
Saya minta maaf betul-betul maaf.
Saya perlu berterus-terang. Terpaksa.
Bila hadir di suatu majlis. Deretan makanannya banyak. Ambil satu persatu.
Makan dulu main course. Lepas tu bangun ambil pula makanan lain. Ambil pula buah dan sebagainya.
Bila tuan-puan ambil semua jenis makanan serentak, tiba-tiba kenyang, makanan lebihan tadi ditinggalkan.
Tuan Rumah Bayar, Tapi Dibazirkan Tetamu
Kesian tuan rumah. Dia bayar makanan itu. Tapi dibazirkan oleh tetamu. Hormatilah rezeki.
Kita tidak perlu ditayangkan dengan video Palestin tak ada makanan atau Somalia kurus kering baru rasa insaf.
Ambil kuih sepinggan. Tak habis. Dia ambil tisu, buang atas kuih tadi. Padahal kuih itu masih elok lagi.
Siang Malam Kita Minta Doa Murah Rezeki..
Ikutkan saya meniaga. Saya suka. Bila makanan tak cukup. Ada tambahan sales. Tapi saya kesian kepada tuan rumah yang risau makanan tak cukup. Berubahlah. Berubah.
Kalau kita buat macam tu kat orang. Time majlis kita nanti orang buat macam tu… kita pun sedih.
Siang malam kita minta doa murah rezeki.
Rezeki sampai kita pun buang.
Kenapa kita macam tu? Kenapa?
Tolonglah share. Dah lama menahan.
MW : Jadi lepas ini, kita sama-sama kena beringat. Kalau ke majlis orang, berpada-pada dalam bab ambil makanan yang nak dibubuh dalam pinggan. Jangan sampai jadi pembaziran. Pembaziran itu amalah syaitan, nanti Allah tak sayang.
Alam rumah tangga, adakalanya ujian hadir, jika menantu mengadu, mertua ambillah jalan tengah. Tegur anak sendiri, selidik di mana salahnya dan minta mereka perbaiki. Bila mertua tak nasihat anak sendiri, sering salahkan menantu maka porak-perandalah rumah tangga.
Ramai juga menantu yang malas nak besarkan masalah. Sanggup mendiamkan diri daripada berkongsi masalah dengan mertua. Sebenarnya bila orang tua memainkan peranannya dengan baik, In Shaa Allah semuanya akan menjadi baik.
Bila Mertua Asyik Nak Menangkan Anak Sendiri, Sering Salahkan Menantu!
Selagi mertua memainkan peranan menasihati anak sendiri, maka aman dan tenteram hidup anak menantu. Yang membuatkan porak-peranda hidup menantu ialah apabila mertua tidak mahu menasihati anak sendiri, sebaliknya menyalahkan menantu seolah-olah menantu yang buat anak mereka jadi begitu.
Sebagai contoh, berapa ramai mertua di Zimbabwe mampu menerima sekiranya menantu mengadu kesalahan atau salah laku anaknya sendiri?
Bukan budaya masyarakat di Zimbabwe ini untuk take it as a good input, good feedback and will advise in a good manner…
Tak jadilah macam tu…
“Mengadu tentang anak dia, engkaulah yang kena…”
Porak-Perandalah Rumah Tangga
Tak ramai mertua memainkan peranan menasihati. Ada yang lebih gemar dan suka memainkan peranan menghasut. Hasut anak sendiri untuk tak bagi muka pada menantu.
Hasut anak sendiri untuk tak layan baik sangat menantu. Malah hasut anak sendiri untuk tak dengar cakap menantu.
Pelik sungguh kejadian ini…
Nanti, kita yang muda-muda ini akan dapat menantu juga. Tolong persiapkan anak kita sendiri tentang bagaimana untuk jadi seorang suami, seorang isteri yang baik.
Andai kata pasangan mereka mengadu sesuatu tentang mereka pada kita, jangan sesekali rasa tercalar ego, maruah dan harga diri kita sebagai seorang orang tua dan ibu, bapa. Yang cetek agama saja yang akan rasa macam itu.
Yang baik kefahaman agamanya, dia akan menasihati dan menegur anaknya dahulu.
Masih ramai menantu yang tak sebulu dengan mentua disebabkan cara teguran salah atau mungkin kerana pasangan anda seorang anak Mak.
Ya, macam mana pun anda terpaksa belajar mengalah dan redha dengan kehidupan yang dilalui. Namun kalau dah tak mampu hidup sebumbung eloklah anda baca artikel oleh saudara Muhammad Naim Sulaiman untuk kesedaran bersama, baik perempuan atau lelaki anda patut berganjak…
Jangan Drastik, sabor dulu.
Tak kena mesej begitu. Tak detail. Ambil pandangan ulama, bukan pandangan logik akal dengan kes-kes negatif yang telah berlaku sebelum ini, menghukumkan ianya akan sama dgn mertua kita. Dok betul pegangan gitu.
Suami hanya wajib mengasingkan isteri apabila berlaku perselisihan faham diantara ipar dan mertua saja. Bukan terus asingkan.
Sebenarnya banyak manfaat drp mudhorat bila dekat dgn mertua. Bukan org lain pun, taraf ibu. Bukan semua mertu mcm cerita “ibu mertuaku”.
Si isteri abelajar sedikit sebanyak perangai suaminya dan kegemaran suaminya daripada ibu mertuanya. Dan harus diingat, ibu kepada suami masih ditempat utama daripada isteri dalam taggung jawab suami, sebagai kebajikan anak lelaki. Isteri di tempat kelima dalam turutan taggung jawab suami dalam islam.
Ibu kandung
Bapa kandung
Ibu mertua
Bapa mertua
Isteri
Anak-anak
Namun isteri wajib meletakkan suaminya no.1 dalam kewajipan taggjawab dan kebajikannya.
Suami
Anak-anak
Ibu kandung
Bapa kandung
Ibu mertu
Bapa mertua
Bagi mertua yang keseorangan dan uzur, haram bagi anak dan menantunya meninggalkannya demi kepentingan sendiri kerana hilang berkat ibu pad aanaknya.
Redha Allah terletak pada redha ibu. Jika ibu mati, ibu mertualah seterusnya. Jika tiada masalah, tak usah asingkan terus. Jangan sombong menerima teguran atau sindiran mertua kerana dia menegur seperti menegur anaknya, bahkan anak sendiri lagi teruk kena tegur, tapi tak pernah meninggalkan ibunya. Dia ibu, berhak menegur jika ada salah.
Maka ulama berpendapat, jika teguran atau sindiran yang sengaja membawa perbalahan, maka barulah wajib suami mengasingkan isterinya. Kena teliti satu persatu. Bukan drastik. Tak semua mereka baru berkahwin punyai penuh ilmu rumah tangga. Maka ibu bapalah pendorong ilmu.
Tambahan tertinggal:
Soalan:
Adakah terlepas nafkah suami menyediakan tempat tinggal kepada isteri yg tinggal bersama mertua?
Jawapan:
Dengan teliti ulama menjawab dan dinaqalkan dalam satu kuliah. Pertama sekali kena tanya isteri, adakah dia selesa tinggal dirumah mertua dan tiada masalah dalam menjaga auratnya? Jika selesa maka terlepas nafkah tempat tinggal.
Jika isteri berbalah dengan ipar atau mertua, maka tidak terlepas nafkah tempat tinggal dan wajib diasingkan.
Dan apabila tinggal bersama mertua, beberapa perkara wajib diambil kira. Ada tandas yang suku untuk isteri antara yang kena jaga. Ada ruang untuk isteri membuka auratnya.
Setengah pendapat mengatakan aurat kaki dimaafkan jika ada ipar tinggal serumah. Maka, mereka yang dalam kepayahan menyediakan tempat tinggal yang melibatkan kewangan yang besar, mendapat manfaat daripada perkara-perkara yang disediakan hukum dengan syarat mentaati segala yang ditetapkan syarak.
Ulama menjawab untuk kemudahan orang awam. Nak ikut silakan tak nak tak mengapa. Sebagai contoh, Rasulullah tidak melarang para sahabat memakan Dhab, tapi baginda tidak makan Dhab. Nak makan silakan, tak makan pun tak apa. Sama seperti tinggal bersama mertua. Nak duk sekali boleh, tapi jagalah perkara-perkara yang sensitif. Nak duk asing pun boleh tak mengapa.
Jawapan untuk kemudahan orang ramai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.