Dalam rumahtangga, sentiasalah bermanja-manja antara suami isteri. Salah satu yang mungkin isteri rasa janggal dan suami agak malu apabila baring atas riba. Inilah yang patut dipraktikkan dan sunnah buat suami isteri.
Baring atas riba, jangan kata suami saja-saja ada’udang sebalik batu’ atau ‘buang tabiat’, maklumlah selama ini tidak pernah buat. Tentulah isteri terasa janggal. Tapi, kalau dibiasakan, inilah yang memberi kebahagiaan dan sentiasa dalam berkasih sayang.
Tak salah pun suami nak bermanja-manja dan baring atas riba isteri. Besar pahalanya. Inilah yang dikatakan oleh Ahliya Fariza dalam perkongsiannya. Moga memberi manfaat dan panduan buat suami isteri di luar sana.
Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang buangan dan barang terpakai.
Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas.
Bahkan, dengan kehadiran Haid dan Nifas ini, tidak dijadikan oleh nabi SAW sebagai peluang untuk nabi SAW tidak bermesra dengan isteri-isterinya.
Ini dilihat kepada hadis riwayat Aisyah yang berkata;
Maksudnya; ”Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran[1]”
Dari hadis ini, kita akan dapat melihat betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah terdahulu.
Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba Isterinya.
Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid, malahan ianya juga menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan membaca Al-Quran berhampiran dengan najis[2].
Tidak dinafikan, perasaan cinta antara suami isteri itu kadangkala menebal, dan kadangkala menipis, lebih-lebih lagi dikala isteri dalam keadaan tidak suci ekoran haid dan nifas. Oleh itu, bagi hendak menghangatkan perasaan cinta antara suami isteri, perlu mempunyai daya kreatif masing-masing dalam melahirkan perasaan cinta bergelora.
Ads
Dengan hadis ini, Nabi SAW seakan-akan mengajar kepada kita tentang antara tindakan yang perlu dilakukan bagi menghangatkan balik perasaan cinta itu.
Jangan Malu Untuk Bermanja
Justeru itu, sebagai suami, tidak seharusnya merasa malu untuk meletakkan kepala mereka di riba isterinya. Begitu juga, pihak isteri pula tidak selayaknya merasa janggal dengan tindakan suaminya itu sehingga menganggap tindakan sebegitu seperti tindakan anak dengan ibunya yang mahu bermanja.
Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan dunia, mahupun keuntungan di akhirat.
Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud dalam kehidupan berumah tangga.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ada masanya kita rasa pelik, perkara kecil dan boleh diselesaikan tapi kita pula cepat marah dan geram. Kalau ada yang tak kena pada pandangan mata, mulalah mak-mak nak membebel.
Sebab itu, jangan terkejut kalau mak-mak suka membebel dan cepat melenting, belum lagi cepat marah kalau ada yang tak kena. Rupanya, mak-mak tak ada me time untuk dirinya.
Lebih-lebih lagi, kalau di rumah hanya dia seorang saja yang buat kerja rumah. Anak ‘tukang sepah’ dan suami pula ‘berat tulang’ nak membantu apa yang patut.
Perasaan cepat nak marah ni boleh jadi sebab badan mak-mak dah penat dan letih. Tapi dek tugas rumah yang tak pernah habis, diri sendiri pun tidak sempat utk berehat. Jadi, inilah masanya mak-mak perlu me time.
Antara perkongsian daripada Mohd Fhais Salim dalam tiktoknya menjelaskan beberapa tanda yang sangat-sangat mak perlukan me time.
Mungkin ini adalah tanda-tanda yang sangat mak-ak perlukan me time. Tak perlu pun rehat di hotel 5 bintang atau bershopping, tapi cukuplah dengan rehatkan diri seketika. Ini supaya emosi kembali tenang dan tidak ganas.
Tanda-tanda mak sangat perlukan me time
.
1. Mudah marah walaupun anak tak salah
2. Rasa rimas dan terganggu dengan kelasakan anak
3. Cepat melenting
4. Asyik nak bebel
5. Marah melampau walaupun isu kecil
Me time bukan aktiviti manjakan diri tapi me time penting supaya emosi tidak jadi ganas
Pelakon berdarah kacukan Siam, Mawar Rashid mendedahkan bakal menjadi seorang ibu apabila sedang hamil cahaya mata sulung selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Raden Ahmad Faizal Yaakob,33 atau lebih dengan nama Raf Yaakob yang juga merupakan adik kepada selebriti Dato Fazley.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh pelakon drama bersiri Suamiku Paling Sweet itu sendiri di laman Instagram miliknya.
“Keluarga #MawaRaf akan bertambah tahun depan, Insyaa’Allah. Semoga dipermudahkan. Kita doa yang baik-baik ya? Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin ? #BabyRadenR
Sahkan Hamil 2 Bulan
Menerusi program MeleTOP yang disiarkan baru-baru ini, Mawar juga mengesahkan bahawa dia kini sedang hamil dua bulan selepas melakukan pemeriksaan kandungan.
Pelakon berusia 23 tahun itu membuat pengumuman awal kerana terpaksa menolak beberapa tawaran setelah mengalami alahan pada peringat awal kandungan iaitu ‘morning sickness’.
Antara rakan selebriti yang turut mengucapkan tahniah atas berita tersebut seperti Amyra Rosli, Aida Jebat, Janna Nick, Hafidz Roshdi, Elvina Mohamad dan ramai lagi.Para peminat pasangan ini turut mengucapkan tahniah dan berharap supaya segalanya akan dipermudahkan.
Mawar dan Raf Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.Hasil perkahwinan sebelum ini Raf telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Mingguan Wanita mendoakan semoga kandungan Mawar sihat dan membesar dengan sempurna serta dimudahkan segala urusan sehingga tempoh bersalin.
Memang tak sampai hati bila melihat anak kecil kesakitan kena penyakit HFMD ini. Tangan, kaki dan mulut, mempunyai bintik-bintik kecil kemerahan seperti ulser dan terpaksa di kuarantin di rumah kerana ia boleh berjangkit.
Buat mak ayah yang sedang mempunyai anak yang terkena dengan jangkitan HFMD ini, sebenarnya selain mengambil ubat-ubatan yang disarankan doktor, boleh juga mencuba petua tradisional India yang dikongsikan oleh Puan Azma Abdul Jamil yang menggunakan Daun Pokok Semambu.
Berikut antara perkongsian oleh Puan Azma Abdul Jamil sebagai panduan;
“Alhamdulillah kakak dah pulih. Tenkiu doakan dekat kakak. Tenkiu kak ina & bff Norashikin Saad bagi petua ni. Sekali mandi ja terus hilang. Menjadi.Petua ni kakjema buat untuk kakak time kakak kena HFMD aritu.”
“Anak saya baru je baik.Seminggu kena, Dia jerit-jerit sakit tak boleh makan.Sebab jadi penuh dalam mulut. Mula-mula ingat kena demam campak, tapi tak sangka kena HFMD.”
“Saya guna 100% rawatan tradisional cara orang india.Jiran kat rumah saya bagi petua ni. Alhamdulillah..dah ok sangat-sangat.Sampai saya bawak pergi hospital swasta doktor pakar kanak-kanak pun puji, dia cakap pandai saya jaga anak sampai jadi kering elok sakit dia tu.
Ni ada sedikit petua.
Pertama:
Saya bagi anak saya makan ais krim vanila.ais krim ni nak bagi luka dalam mulut reda.cubalah, memang sangat-sangat berkesan.
Kedua :
Ambil sebesen air paip.letakkan dibawah cahaya matahari (saya letak pukul 10.40pagi sampai pukul 1petang ).Masukkan serbuk kunyit satu sudu besar. biarkan sampai air paip tadi panas-panas suam. Masukkan juga daun pokok semambu ke dalam air tersebut. Lepas tu bagi anak kita mandi guna air ni. Jangan bilas dengan air paip, biarkan air kunyit dan daun semambu ni di badan anak untuk dijadikan penawar.
Ketiga :
Ramaskan daun pokok semambu dengan bedak sejuk, Lumurkan ke tangan, kaki dekat bahagian yang kena sakit ni.Jangan masukkan dalam mulut tau.Yang dalam mulut tu bagi makan ais krim vanila je. Insyaallah.selepas 2-3 hari pasti akan hilang .Cubalah sebab saya sendiri dah alami.
4 Tips Kurangkan Ulser
Time anak kena penyakit HFMD memang anak akan merap ja. Kakjema paham. Depa nak perhatian kita semua.Ulser teruk dalam mulut buatkan depa jadi tak selesa, tak maw makan & minum. Ya la sakit kan. Kita tengok pun risau. Kakjema nak share sikit la untuk nak kurangkan ulser teruk dalam mulut.
1. Aiskrim Vanilla
Bagi anak makan aiskrim vanilla, macam kakak, dia suka aiskrim. Sikit-sikit mintak aiskrim. Jangan la kerap sangat. Nantikan ada penyakit lain pulak.
2. Gingival Spray
Boleh beli dekat farmasi. Spray dekat dalam mulut, bagi kena tempat ulser tu. Spray 3 kali sehari atau bila sakit.
3.Minum Banyak Air
Bila dalaman panas, terjadi la ulser tu. Jadinya bagi anak minum banyak air masak. Macam kakak, dia susah sangat minum air kosong. Kakjema paksa dia minum. Walaupun sikit kira ok la dari tak minum langsung.
4.Basuh Tangan
Setiap kali nak minum atau makan, basuh tangan kecil dengan sabun. Kot ada kuman tersembunyi disitu. Mungkin dapat elakkan kuman merebak masuk kedalam mulut.
Ni serba sedikit tips yang boleh kakjema kongsi. Mungkin ada lagi tips lain yang hampa boleh share jugak.
Jadi buat mak ayah, semoga perkongsian ini bermanfaat kongsikan buat mak ayah yang lain.
Ibu sarat mengandung meninggal akibat kepenatan, anak dalam kandungan gagal diselamatkan. Kematian husnul khotimah. Asbab kepenatan dan sesak nafas, seorang ibu yang sarat mengandung...