Suami Tak Boleh Buat Kerja Orang Perempuan, Punca Isteri Makin Penat

Share

Selama ini kerja rumah selalunya diletakkan di bahu isteri, tidak kiralah isteri bekerja atau tidak. Jika isteri memang tugasnya pengurus rumah tangga, memang dari celik mata hinggalah pejam mata, tugas dan kerja-kerja isteri tak habis-habis.

Alasan suami tak boleh buat kerja orang perempuan, punca wanita lepas kahwin menjadi lebih penat dan stres. Sebenarnya mentaliti ini perlu diubah, tugas mengemas, memasak waima menjaga anak bukan tugas atau tanggungjawab isteri seorang.

Tugas-tugas ini perlu dilakukan bersama. Jangan sesekali memberi alasan bahawa tugas-tugas di rumah itu tak mampu dilakukan golongan lelaki kerana tidak ada kerja rumah yang direka khas untuk wanita sahaja.

Fahamkan perkongsian Mohd Phais ini:

Tidak ada kerja rumah yang direka khas untuk wanita sahaja. Semua kerja boleh dibuat oleh lelaki.

Banyak silap kita bila sejak dari anak kecil lagi kita sudah membeza-bezakan ini kerja orang perempuan, itu kerja orang lelaki.

Nak bentuk anak lelaki sifat bertanggungjawab dari kecil tak susah, didik mereka buat kerja rumah.

☑️ Basuh pinggan
☑️ Basuh baju
☑️ Lipat baju
☑️ Memasak
☑️ Sapu lantai
☑️ Kemas mainan
☑️ Cuci bilik air

Jangan Dibiar Bermain

Ini tidak banyaknya anak lelaki sejak kecil dibiar bermain 24 jam. Sedikit pun tak hirau akan kerja rumah.

Sampai besar anak akan terikut-ikut dengan kepercayaan ini. Lelaki tak boleh buat kerja orang perempuan. Yang mereka tahu cuma bermain. Itu yang isteri lepas kahwin makin penat dan makin stress.

#notakekeluargaanfhais

Sumber: Mohd Phais

MW: Sebaiknya dalam rumah tangga berbahagilah tugas-tugas di rumah. Sebagai isteri, sedari awal biasakan diri meminta suami menolong anda melakukan kerja rumah. Insyallah jika setiap hari diminta lakukan itu dan ini, lama-kelamaan suami akan lebih cekap melakukan kerja di rumah. Untuk suami, ringankanlah tulang untuk mengurangkan beban isteri di rumah. 

Published by
Syazwani Mehat