Suami SUSAH Terima Teguran Isteri Berbanding Orang Lain. Patutnya Bersyukurlah Tanda Dia Sayang

Share

Suami mempunyai ego tersendiri. Dia merasakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga, segala keputusan di tangannya. Teguran isteri seperti mencurahkan air ke dalam daun keladi sahaja. Tapi, kalau orang luar, baik kawan-kawan boleh pula terima teguran itu.

Begitulah suami, punya egonya. Pernah juga terjadi, kalau isteri tegur, tak dilayan atau tak terima, walhal apa yang isteri tegur itu sama dengan apa yang kawan-kawan cakap. Kan sudah ‘kena paku buah keras’.

Jangan ingat teguran dan nasihat seorang isteri ini tak berguna, sedangkan isterilah orang pertama yang patut diminta nasihat apabila suami ada membuat kesalahan atau kesilapan.

Betullah apa yang dikongsikan oleh Iam Muda Hassan tentang teguran yang isteri buat itu adalah yang terbaik untuk rumah tangga yang dibina dan paling penting tandanya isteri sayang pada suami dan keluarga.

Baca Artikel Menarik Di Sini: Buruk Suami, Isterilah SIMPAN, Orang Luar Mampu NASIHAT Bukan PEMBUAT Keputusan

Jangan PERLI Atau KRITIK Suami Buat Kerja Rumah. Dia Berusaha Jadi Suami Terbaik

Info Lebih Menarik DI SINI

Dia Nak Yang Terbaik

Isteri tegur suami sebab dia sayang suaminya. Bila isteri tegur sepatutnya ucap terima kasih kat dia, dan berlapang dada. Bukan ditengking pula. Syukurlah masih ada yang sayang pada kita lalu dia tegur kesilapan kita.

Ingat tak? Dulu mak kita pun selalu tegur kita, mak tegur sebab mak sayang dan nak anak dia jadi baik.

Begitu juga isteri, dia tegur suami sebab dia nak suaminya jadi suami yang lebih baik. Suami pandanglah sudut yang baik.

Tidak Mengaku Silap

Biasanya suami memang tak nampak salah silap diri sendiri. Siapa lagi yang lebih nampak salah silap suami melainkan si isteri yang duduk sebumbung dengan suami.

Walaupun suami seorang CEO syarikat dan tokoh masyarakat, yang lebih tahu aib dan kekurangannya adalah isterinya.

Orang lain semua nampak suami hebat, tapi yang lebih tahu dengkuran tidurnya, sifat pemalasnya, pemarahnya, urusan ibadat solatnya tak ada siapa yang lebih tahu melainkan isterinya juga.

Benarlah kata Nabi SAW, sebaik-baik kalian adalah yang paling baik pada ahli keluarganya. Ahli keluarga yang paling rapat adalah isterinya, sebab bukan sekadar serumah tapi sebilik dengannya.

Saidatina Khadijah R.ha selalu menegur suaminya, tapi kerana suaminya seorang yang perfect, tak ada apa nak ditegur melainkan dipuji.

Kita pula bukan Nabi, tak perfect, so apalah salahnya lantik isteri sebagai penasihat kita, image consultant kita.

Bersyukur dan berterima kasihlah pada isteri sebab dia masih sudi dan berani menegur kita. Itu tanda dia sayang kita.

MW: Betul tu. Tegur untuk kebaikan bersama.

Sumber: Hassan Adli
Isteriku Penasihatku

Published by
Nora