Kebanyakan wanita yang dah berkahwin, nak sangat berhenti kerja dan jaga makan minum keluarga. Uruskan semua sendiri tanpa perlu risau tinggal anak di rumah pengasuh. Tetapi macam mana dengan hutang-hutangnya?
Mampu ke suami lunaskan hutang yang ada? Atau sampai nak makan pun kena pinjam kat mak ayah? Allah… ini yang laki bini kena semak balik. Betulkan dan cuba renungkan perkongsian saudara Firdaus Shakirin sejenak.
Sebelum Buat Pilihan Berhenti Kerja
Elok ke kita ajar bahagi perbelanjaan selepas berkahwin? Declare siap-siap bahagian-bahagian yang nak kena bayar macam duit rumah, duit kereta, duit belanja dapur, duit minyak, duit pengasuh, duit bil utiliti dan sebagainya?”
Suami yang tahu apa itu tanggungjawab, tak declare pun, dia tahu apa yg dia nak kena bayar.
Ads
Nasihat saya, sebaiknya tak payah bahagi perbelanjaan. Semua perbelanjaan tu, suruh suami usahakan untuk bayar dahulu, dengan kemampuan kewangan dia dan bila wallet dia dah nazak sangat, baru awak hulur bantuan. Masa tu baru awak yang bayarkan.
Sebab bila awak belajar untuk bahagi, dia akan anggap itu bahagian awak dan sampai bila-bila awak kena bayar. Sampai bila-bila? Ya… sebab dia anggap itu tanggung jawab awk. Dah set awal-awal kan.
Ads
Seram bila jadi macam ni, gaji dia naik, dia boleh tukar motor, dia boleh tukar handphone, dia boleh beli apa saja untuk diri dia sebab duit dia ada lebih dan duit awak pulak cukup-cukup makan, ngam-ngam je setiap bulan. Masa itu awak nak suh dia bayar apa yang kebiasaannya awak bayar? Susah…
Silap hari bulan, dia tambah komitmen lagi sebab duit dia banyak lebih.
Ads
Cuma kalau sebelum kawin awak ada hutang kereta, maka awak teruskan lah bayar kereta awak. Awak ada hutang ptptn, teruskan bayar hutang-hutang tu TAPI benda yang sepatutnya suami tanggung, yang sepatutnya suami bayar, biar dia usahakan buat dulu. Gaji dia dah negatif, baru awak positif kan.
Semak Balik Kewangan Rumah Tangga
Same goes to bila awak ada hutang, tapi suami suruh awak berhenti kerja dan jadi suri rumah. Bila dia buat keputusan macam itu, maka dia perlu tanggung hutang-hutang isterinya. Fikir baik-baik dahulu, buat kira-kira dahulu, then kalau lepas, baru proceed dengan niat untuk menjadikan isteri tu sebagai suri rumah sepenuh masa.
Kalau kewangan terhad, tak cukup untuk nak cover hutang isteri, maka biar isteri kerja sampai salah satu daripada hutangnya setel. Saya dengan wife dulu, combine gaji kami laki bini, tolak semua hutang-hutang, semua perbelanjaan, then bakinya tu kami bahagi dua. Contoh baki bersih 1k, then 500 kat dia, 500 kat saya. Atas keselesaan masing-masing.
Wallahualam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Keadaan cuaca yang tidak menentu, sekejap panas, sekejap hujan membuatkan badan kita pun berubah. Demam, batuk dan selesema, masalah kesihatan ‘tiga serangkai’ nie mudah sahaja menyerang.
Kalau rasa sudah tidak tahan, ubat klinik sahajalah jalan terakhir untuk anda mengurangkan dan menghilangkan masalah kesihatan ini. Tapi, ada juga mak-mak yang tidak suka mengambil ubat klinik dan sedaya upaya untuk merawat secara alami. Lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang masih kecil. Mak-mak boleh cuba guna bahan ini untuk hilangkan batuk dan kahak. Malah, bahan-bahan ini pun senang nak dapat. Cubalah.
Bahan-bahan :
Lobak merah
6 sudu besar madu
Air
Cara-caranya :
1.Kupas dan potong lobak merah. Kemudian, rebus lobak merah itu sehingga lembut.
2.Asingkan air rebusan lobak merah tadi.
3.Kemudian. Kisar lobak merah yang direbus tadi sehingga lumat.
4.Ambil madu dan masukkan ke dalam air rebusan lobak merah. Campurkan dengan isi lobak merah yang dikisar dan kisar sekali lagi.
5.Siap untuk diminuim dan boleh disimpan dalam peti ais.
6.Ambil 3-4 sudu besar setiap hari.
Mudahkan! Mak-mak boleh cuba berikan pada anak-anak tetapi kurangkan jumlahnya, mungkin 1-2 sudu sahaja.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap bayi yang dilahirkan pastinya akan diberikan nama yang bersesuaian, malah mempunyai kenangan tersendiri untuk diingati sempena kelahirannya.
Seorang bayi perempuan berasal dari Palembang, Indonesia yang dilahirkan pada hari sama majlis pembukaan Sukan Asia 2018 pada Ahad, telah dinamakan dengan ‘Adibah Asean Games’.
“Puteri saya lahir kelmarin pada 3.33 petang (waktu tempatan) di klinik bersalin di Palembang, sama dengan majlis pembukaan Sukan Asia 2018,” kata bapa Adibah, Yordania.
Anak Keempat
Menurut Yordania, 38 tahun, selepas kelahiran anak keempatnya itu, dia dan isteri, Veranova, merancang menamakan anak mereka itu sempena Sukan Asia.
“Secara spontan kami menamakan anak kami itu Adibah Tri Asian Games namun kami menukar kepada nama yang lebih sesuai iaitu Adibah Asian Games,” jelasnya.
“Isteri saya melahirkan bayi kami secara normal dan sihat. Kami bangga kerana anak kami ini lahir pada tarikh yang cantik,” katanya.
Uniknya nama yang diberikan, pastinya akan diingati seumur hidup. Semoga membesar meminati bidang kesukanan dan menjadi atlet yang berjaya suatu hari nanti!
Suami adalah pemimpin kepada isteri dan anak-anaknya. Tanyalah pada lelaki, mereka boleh menjadi suami namun tetapi belum tentua semuanya boleh menjadi suami yang hebat. Malah, sebagai isteri tentu sekali dia dambakan suami yang hebat itu mempunyai personaliti unggul yang memukau jiwa dan raga isterinya.
Tidak dinafikan, nilai suami yang memukau mata isteri adalah seorang lelaki yang dapat memikul anggungjawab bukan pada isteri tetapi keluarga. Sebab itulah, sebelum berkahwin, ilmu-ilmu rumah tangga perlu ada demi untuk membina keluarga bahagia hingga ke syurga.
Menurut Dr. Ahmad Kamal Ariffin, Pakar Kaunseling Keluarga, nilai seorang suami yang memukau, ia perlu diterangi dan disuluh minda setiap orang. Ini adalah bertujuan untuk membantu lelaki yang sudah berkahwin atau belum, mahupun untuk wanita yang sudah atau belum berkahwin dapat muhasabah kendiri demi membina mahligai cinta yang bahagia.
Suami Yang Lemah
Dalam pemerhatian, kebanyakan wanita yang telah berkahwin mengadu, rasa tidak bahagia mereka selepas berumah tangga adalah berpunca daripada sikap suami yang memiliki personaliti seperti:
Tidak romantik
Tidak sabar sebaliknya pemarah
Tidak bangun malam untuk solat tahajud
Tidak mengambil berat akan keselamatan isteri
Tidak berjimat sebaliknya boros berbelanja
Tidak pimpin isteri dan anak-anaknya bersolat jemaah
Tidak cekap mencari duit untuk kegunaan seisi keluarga
Tidak menunjukkan kepimpinan sebagai pencinta masjid/surau
Tidak bersikap lembut sebaliknya mengasari isteri dan anak-anak
Tidak peka akan kesihatan kendiri, misalnya perokok tegar dan suka melepak lewat malam.
Imej Suami Hebat
Realitinya, suami akan kelihatan berimej hebat pada pemerhatian isteri apabila dia senantiasa menampakkan:
Suami yang penyayang
Bijak membelai minda dan emosi isteri
Pendengar yang setia
Suka memberi pelbagai hadiah istimewa kepada isteri tanpa dijangka
Sering memberi nasihat dengan kata-kata yang ringan namun membina jiwa dan terserlah keterampilannya
Gigih dan fokus mencari rezeki yang mampan dan halal buat kebajikan isteri dan seisi keluarganya.
Senyuman seorang suami yang baik pekerti akan menyerlahkan lagi imej romantik suami dan menampakkan nilai keimanan, ketulusan, kesetiaan, kegigihan dan ketekunannya untuk memimpin isteri.
Trait Personaliti
Dalam menjadikan suami, seorang personaliti yang hebat, dia mesti merasionalkan para isteri berhubung setiap perkara dan kebaikan kepada isteri. Contohnya, menutup aurat supaya isteri itu kelihatan sebagai orang yang baik-baik dan mencegah dirinya daripada diganggu oleh lelaki yang berhidung belang.
Daripada aspek psikologi wanita pula, suami yang hebat mesti ingat bahawa “Setiap isteri itu sangat berkeinginan untuk disayangi setiap masa, menjadi buah hati suaminya, dihargai dan dihormati.”.
Begitulah juga seorang suami yang hebat pada perspektif wanita
“Dia seorang suami yang menjadi ayah yang soleh dan teladan terbaik buat anak-anaknya. Suami yang hebat juga selalu membawa kegembiraan buat seisi keluarganya”.
Bagi perspektif ilmu kaunseling Islam pula, terdapat 7 ciri personaliti suami yang hebat iaitu;
Empati tinggi
Bertanggungjawab
Penyayang tidak pemarah
Solatnya sempurna 5 waktu
Berkemampuan menyara seisi keluarga
Tabah menghadapi pelbagai dugaan hidup
Penampilannya bersih sedap mata memandang
KESIMPULAN
Suami yang miliki persona ialah merujuk kepada karisma seseorang suami yang beriman dan berhati mulia.
Keimanan menerbitkan hati yang suci dan kesucian hati menerbitkan perasaan yang harmoni dan keharmonian perasaan menghasilkan personaliti seseorang yang berwibawa. Seterusnya kewibawaan itulah yang merupakan aset utama seseorang suami untuk menjadi pemimpin yang dihormati dan dipatuhi oleh setiap ahli keluarganya khususnya isteri.
Tanpa iman dan hati yang mulia, seseorang suami itu akan sukar untuk:
Mengotakan katanya
Arahannya dipatuhi,
Pandangannya dipercayai
Fikirannya dirujuk
Minatnya dihargai
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Walaupun masih tidak diberikan rezeki anak” itulah antara luahan pelakon Siti Elizad ketika ditemubual di Forum Berbahagi Suami sempena drama Berbahagi Suami.Elizad juga memberitahu...