Suami Suka Sangat Sambal Nasi Lemak Ini, Boleh Cubit-cubit Bila Makan

Share

Nasi lemak ini sudah menjadi sarapan rakyat Malaysia. Kalau boleh, setiap pagi makan nasi lemak pun tak mengapa. Asalkan sambal nasi lemak itu kenalah sedap dan betul-betul power.

Nak dapatkan sambal nasi lemak yang sedap ini, ada yang sanggup berguru dalam kelas. Sebab, semua sedia maklum nasi lemak tanpa sambal yang sedap tak memberi makna.

Isteri ini Farhah Azman, berkongsi resepi sambal yang suami gemari. Uniknya, sambal yang dihasilkan ini tak mengggunakan bawang putih apatah lagi belacan.

Bagi anda yang alah dengan belacan, eloklah mencuba sambal nasi lemak special ini.

Suami suka sangat sambal nasi lemak macam ni. Tak cair, boleh cubit-cubit sambal bila makan. Buat sambal ni tak pakai bawang putih, tak pakai belacan, tapi rasa dia tu sampai suami mintak buat sambal ni untuk makan dengan lauk lain jugak, terutama kuah masak lemak.”

Bila mana, Farhah berkongsi sambal nasi lemak kegemaran suami, ramai pula yang bertanyakan resepi. Dan inilah resepi yang dikongsikan. “Resepi saya ni biasa saja. Harap semua suka.”

Baca : Petua Buat Cili Kisar, Rebus Dengan Bawang Putih, Gerenti Tahan Lama Tak Berkulat

Ini Resepi Sambal Nasi Lemak Cubit-cubit

Resepi ni saya buat banyak, untuk saya simpan sekali.

Bahan blend:
Lada kering 1 genggam
Lada besar merah 2 genggam
Bawang merah besar 3 biji, bawang kene banyak, manis rasa bawang penting
Segenggam ikan bilis.
Bahan ni semua blend ok.

Perasa
Gula merah
Garam
Asam jawa
Ini semua bubuh secukupnya ya.

Ok.
Dah blend, panaskan api, minyak banyak ye, pastu masuk bahan blend, kemudian terus masuk gula merah.

Ni rahsia nak warna sambal gelap. Kene masuk gula awal.

Kemudian biar pecah minyak, masukkan air, pastu biar pecah minyak lagi, masukkan air lagi, sekali asam jawa dan garam. 3 Kali pecah minyak ya.

Anggaran Masa masak 2-3 jam untuk jadikan sambal pekat. Saya biasa suka 3 jam ke atas. Memang pekat elok macam ni.

Jangan lupa, masak api sederhana. Jangan buka api besar.

Lupa nak bagitau. Tengah-tengah masak sambal tu, kalau nak tabur bilis lagi pun Bolehhh. Sedap sangat Tau!

Cubalah.

Sumber/Foto : Farhah Azman

Follow Mingguan Wanita di Telegram, Instagram, TikTok, Twitter dan Youtube untuk mendapatkan berita terkini dan artikel menarik.

Published by
Netty Ah Hiyer