Nasi lemak ini sudah menjadi sarapan rakyat Malaysia. Kalau boleh, setiap pagi makan nasi lemak pun tak mengapa. Asalkan sambal nasi lemak itu kenalah sedap dan betul-betul power.
Nak dapatkan sambal nasi lemak yang sedap ini, ada yang sanggup berguru dalam kelas. Sebab, semua sedia maklum nasi lemak tanpa sambal yang sedap tak memberi makna.
Isteri ini Farhah Azman, berkongsi resepi sambal yang suami gemari. Uniknya, sambal yang dihasilkan ini tak mengggunakan bawang putih apatah lagi belacan.
Bagi anda yang alah dengan belacan, eloklah mencuba sambal nasi lemak special ini.
“Suami suka sangat sambal nasi lemak macam ni. Tak cair, boleh cubit-cubit sambal bila makan. Buat sambal ni tak pakai bawang putih, tak pakai belacan, tapi rasa dia tu sampai suami mintak buat sambal ni untuk makan dengan lauk lain jugak, terutama kuah masak lemak.”
Bila mana, Farhah berkongsi sambal nasi lemak kegemaran suami, ramai pula yang bertanyakan resepi. Dan inilah resepi yang dikongsikan. “Resepi saya ni biasa saja. Harap semua suka.”
Resepi ni saya buat banyak, untuk saya simpan sekali.
Bahan blend: Lada kering 1 genggam Lada besar merah 2 genggam Bawang merah besar 3 biji, bawang kene banyak, manis rasa bawang penting
Segenggam ikan bilis.
Bahan ni semua blend ok.
Perasa
Gula merah
Garam
Asam jawa
Ini semua bubuh secukupnya ya.
Ok.
Dah blend, panaskan api, minyak banyak ye, pastu masuk bahan blend, kemudian terus masuk gula merah.
Ads
Ni rahsia nak warna sambal gelap. Kene masuk gula awal.
Kemudian biar pecah minyak, masukkan air, pastu biar pecah minyak lagi, masukkan air lagi, sekali asam jawa dan garam. 3 Kali pecah minyak ya.
Anggaran Masa masak 2-3 jam untuk jadikan sambal pekat. Saya biasa suka 3 jam ke atas. Memang pekat elok macam ni.
Ads
Jangan lupa, masak api sederhana. Jangan buka api besar.
Lupa nak bagitau. Tengah-tengah masak sambal tu, kalau nak tabur bilis lagi pun Bolehhh. Sedap sangat Tau!
Sambal bilis crispy, salah satu kudapan yang sangat digemari oleh sesiapa saja. Nak makan dengan nasi atau nak ratah macam tu pun boleh. Sedar-sedar boleh habis satu botol.
Kalau beli kat kedai, harga sambal bilis crispy pun boleh tahan juga harganya. Sedangkan kalau buat sendiri kat rumah, berapa sangat modalnya. Cuma yang tak pasti tentang rasa sedap dan kemenjadiannya sama atau tidak macam beli kat kedai.
Kali ini, Ziela Mazlan berkongsi resipi paling mudah dan senang untuk kita buat sambal bilis crispy. Caranya senang sangat dan gerenti sama macam beli kat kedai.
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Bawang goreng
Cili kering goreng (blend kering)
Kiub ayam
Garam dan gula
Cara Membuatnya:
1. Pecahkan kiub ayam dalam minyak panas, minyak tu agak-agak dan ikut anggaran sendiri seperti nak buat sambal. Kacau sebati dengan api sederhana.
2. Masukkan cili kering goreng yang dah di kisar (Boleh kisar dengan chopper). Kacau sebati bersama dengan kiub ayam tadi.
3. Perasakan dengan garam dan gula. Pastikan cukup rasa.
4. Padamkan api dan biar sambal betul-betul sejuk, barulah masukkan ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan bawang goreng tadi. Gaul sebati dan siap.
p/s: Bila dah makan, rasanya sama dengan yang kita beli kat luar. Memang puas hati kalau buat sendiri. Cara nak sediakan pun sangatlah mudah.
Mingguan Wanita : Memang sedap sangat ni. Sambil-sambil tengok tv pun boleh habis ni.
Memang puas hati bila mak-mak dapat buat sendiri Cheese Tart Magnum Buncit yang penuh keju selambak ni. Lebih-lebih lagi perkongsian resipi, ilmu dan tips buat tart sedap ini dikongsikan oleh penjual tart sendiri yang dibuat niaga.Kalau nak beli yang dijual boleh tahan juga harganya.Mak-mak yang penggemar cheese tart kena cuba resipi ini. Tart keju buncit bersalut coklat dengan badam cincang.
Berikut perkongsian resipi ini oleh Puan Nur Dayana sebagai rujukan;
“Siapa pengemar cheseetart buncit? Nak beli dekat luar pun sebijik RM1.50 ke atas.Ni saya nak sedekahkan resepi yang selalu Saya jual..Saya halalkan dunia akhirat ye ❤”
Bahan-Bahan:
1.(Shell Tart)
260gm Butter
100gm Gula icing
1 biji Telor
500gm Tepung
1 sudu besar air sejuk
Sedikit esen vanila
Cara Membuat:
1.Kacau butter dan gula dalam bekas. Kacau guna tangan je senang.
2.Bila dah sebati masukkan telur.
3.Gaulkan lagi, masukkan pula esen vanila dan air sejuk.
4.Akhir sekali masukkan tepung gandum.Uli sampai jadi doh ye.
5.Bakar dalam oven suhu 180 selama 20 minit, guna api atas bawah.
*Untuk bekas shell guna saiz 4.5cm .Selepas itu, ambil pisau dan buang lebihan tepung tu.
2.(Krim Cheese)
250gm chesee tatura
1 sudu kecil telur (telur tu kacau sebati dulu iya)
50gm Gula icing.
Cara Membuat:
1.Putar cheese sekejap, sampai sebati.Jangan putar lama nanti cair.
2.Selepas tu masukan gula icing, putar sebati.
3.Akhir sekali, masukkan telur putar sekejap.
Cara-Cara Paip Krim Cheese:
1.Masukan cream cheese dalam piping beg.
2.Paip secara membukit.
3.Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 7 minit.
*Untuk filling apa-apa pun boleh Nutela, strawberry, blueberry. Ni coklat saya beli dekat kedai bakeri je.
*Mula-mula piping akan bertanduk.Tipsnya ambil sedikit air letak di hujung jari, ratakan yang bertanduk tu.
Cara Nak Buat Magnum:
Bahan-Bahan
Coklat bar (Jenama apa-apa pun tak kisah)
Butter
Badam cincang
Cara Membuat:
1.Double boilkan coklat atas periuk yang telah diisi air sedikit air.
2.Bila dah cair coklat masukan sedikit butter dan kacau sampai pekat.Sejukan sekejap.
3.Bila Tart dah siap bakar, sejukkan dulu baru salut dengan coklat.
4.Bila dah salut dengan coklat, salut pula dengan kacang badam hancur.
5.Kemudian letak dalam peti sejuk.
Try laa.
Puass makan sendiri ❤❤
Doakan saya selamat bersalin hujung tahun.Ni ye semua.
Siap Selamat mencuba!
MW: Menarik sungguh perkongsian resipi Cheese Tart Magnum Buncit ni. Gebu, penuh keju selambak! Puas hati makan. Terima kasih kerana berkongsi resipi, semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan bersalin nanti. Mak-mak kena cuba resipi ni di rumah.
Sekarang ini, viral betul dengan buah-buahan kering yang dijadikan air rendaman. Macam-macam buah yang digunakan termasuklah lemon kering. Kalau yang biasa, kita guna hirisan lemon biasa sahaja.
Malah, bagi yang tdiak tahu, tertanya-tanya harga lemon kering yang dijual. Bukan saja buah itu, tapi ada pelbagai campuran mengikut situasi. Ada campuran untuk hilangkan stres. Bagi kelegaan dan tak kurang juga untuk kesegaran.
Boleh dikatakan setiap campuran buah-buah itu, turut diselitkan dengan lemon kering. Rupa-rupanya, cukup mudah pun untuk buat sendiri kat rumah. Mak-mak yang biasa beli lemon banyak-banyak boleh jadikan lemon kering.
Kena dengan cara, bila nak minum, rendam sahaja. Jimat pun jimat. Inilah perkongsian yang sangat senang dilakukan oleh Siti Norhafiza Abdul Razak dalam menyediakannya.
Cara Membuat:
1. Basuh lemon dgn air garam.
2. Potong lemon nipis-nipis. Susun atas redai.
3. Jemur lemon bawah matahari seharian.
4. Bila habis matahari, simpan lemon dalam peti ais.
5. Esoknya jemur lagi( ulang proses sehingga betul-betul kering)
6. Atau boleh masukkan ke dalam oven suhu 50-70 darjah 5-6 jam (sehingga betul-betul kering)
#driedlemon
#lemonkering
Banyak Khasiat
Sebenarnya, banyak khasiat yang boleh diperolehi. Antaranya:
a) Dengan meminum air ini, ia membantu sistem penghadaman Sebagai contoh, orang yang sudah berusia akan mempunyai kandungan asid perut yang lebih lemah daripada biasa. Minum air lemon mungkin dapat membantu tubuh untuk memecahkan makanan dengan lebih sempurna.
b) Amalan minum air lemon ketika berdiet dapat mengurangkan rasa untuk mengambil minuman bergula. Ini merupakan salah satu cara untuk menambah perisa pada air tanpa perlu ambil lebih banyak kalori.
Selain itu, amalan ini juga membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama. Oleh itu, anda akan kurang makan dan akhirnya anda akan mengalami penurunan berat badan.
MW: Ada banyak lagi khasiat minum air lemon ini. Nanti bolehlah cuba sendiri di rumah.