Bro Ohsem atau nama sebenarnya Akhtar Syamir sememangnya begitu romantis dengan isterinya, Nora Azni. Dari bab hadiahkan koleksi tudung, tak lokek me time, sampailah perkongsian sikat rambut isteri ini.
Ceritanya ringkas saya. Malah sarat surau senda. Tapi mengandungi maksud yang cukup mendalam untuk pasangan suami isteri.
Sebab berapa ramai sebenarnya di kalangan suami yang sedia, sudi malah ikhlas menyikat rambut isterinya. Baik dalam keadaan santai-santai mahupun ketika isteri dalam berpantang.
Kata Bro Ohsem, “Saya terkejut juga. Rupanya ramai yang jarang atau tak pernah langsung sikat rambut isteri.”
Kalau tak ingat, cuba – cuba la minta sikatkan.
Nampak macam perkara yang mudah, perkara yang remeh, tapi impaknya sangat besar dan berpanjangan untuk kedua – dua belah pihak.
Menurut kajian, semasa suami menyikat rambut isteri, cas cas elektrostatik akan mengalir dari badan suami kepada si isteri dengan pantas. Apabila cas positif suami bertembung dengan cas negatif isteri, kebarangkalian baby akan dihasilkan menjadi sangat tinggi.
Hahahahaha.. Takdelah, saye merepek je. Siapa yang terkena? Baik mengaku!
Sebenarnya apabila suami selalu menyikat rambut isteri, perasaan kasih sayang itu akan dirasai bersama. Suami mungkin tak nampak, tapi semasa menyikat tu isteri suka sangat, kadang – kala dia akan tersengih sendiri.
Tak caya? Cuba buat. Bohong la kalau tak suka.
Betul tak korang suka kalau suami belai – belai dan sikatkan rambut?
Kalau tak pernah, boleh tak saya minta tolong hari ni cuba minta suami sikatkan. Please. Saya berharap sangat.
Kongsikan tip kasih sayang ini. Biar merebak satu dunia. Barulah semua keluarga jadi bahagia.
MW : Haa.. dengar tu para suami, kalau Bro Ohsem yang segak ini pun sedia sikatkan rambut isteri, takkan para suami lain yang sado tak sudikan. Bukan ambil masa lama pun..
Sumber/Foto : Akhtar Syamir, yang menulis mengenai kekeluargaan dan hubungan suami isteri serta isu – isu semasa.