Suami Sibuk Nak Buka ‘Cawangan’ Baru, Tapi Janganlah Diburukkan Isteri Pertama!

Share

Suami ni, kalau dia dah berkehendak akan sesuatu, isteri tak berdaya lagi nak haling. Termasuklah dalam soal poligami atau ‘buka cawangan baru. Kalau tak boleh secara terang, dia akan buat secara diam-diam. Percaya tak?

Suami Pasang Niat Dari Dulu

Ada lelaki yang sejak awal lagi sudah ‘pasang niat’ dan berhasrat untuk berkahwin lebih daripada satu. Sebabnya, hanya dirinya sendiri yang tahu. Ada yang pada awal perkahwinan dah bagi hint pada isteri akan hasratnya itu. Ada juga yang memang ‘diam’ saja hingga akhirnya dia bertindak bila tiba masanya.

Bab ini memang wanita sukar nak faham. Tak macam wanita. Bila dah berlakunya pernikahan, insya-Allah pada suami akan diserahkan segala kasih sayang. Berbeza dengan lelaki. Hati mereka ada banyak ruang untuk dikongsikan dan didiami oleh beberapa orang wanita!

Perkara yang Halal Tapi Ramai Wanita Benci

Memang benar, dalam Islam poligami dibenarkan dan Rasulullah s.a.w sendiri turut memiliki lebih daripada seorang isteri. Sebab itu, ramai lelaki kalau soal poligami akan sentiasa jadikan alasan ‘hendak ikut sunah Rasulullah’. Tapi, bab lain kenapa tak pula diikut dan dicontohi?

Sebenarnya kalau betul pun suami hendak berpoligami, bertindak dengan wajar. Pertama, bnerterus terang dengan isteri walau pun itu perkara paling pahit dan payah nak dilakukan. Ramai lebih rela kahwin diam-diam hingga ke luar negara daripada berterus terang dengan isteri pertama.

Kenapa ye? Alasan suami pun banyak. Ada yang cakap, tak nak lukakan hati isteri. HELLO! Sah-sah hati isteri dah terobek dek perangai suami itu. Tak adalah maknanya bagi alasan ini. Selain itu, sebenarnya lelaki malas nak konflik katanya.  Tapi, bayangkan kalau isteri tahu sendiri?

Suami Tak Fikir Panjang

Ada kalanya lelaki suka bertindak tekad tanpa memikirkan dulu apa natijahnya. Memang berpoligami hak suami, tapi apakah isteri tiada hak untuk tahu? Bertahun-tahun berkongsi susah senang bersama, dilupakan pengorbanan isteri begitu saja?

Tidakkan mereka terfikir, perkara itu satu perkara yang tak boleh ditutup. Lambat laun akan diketahui juga. Jadi, kenapa tak nak berterus terang dari awal?

Baca artikel lain di sini:

Adil Dalam Poligami, Bukan Sama Rata Tapi Munasabah Berdasarkan Situasi Ikut Syariat

Kalau Tak Mampu Jaga Kebajikan Isteri, Jangan ‘Mimpi’ Nak Poligami

Ikuti Mingguan Wanita di instagram

Pahit Tapi Boleh Terima

Rasanya lebih ramai wanita yang tak sanggup berpoligami berbanding yang rela. Suami kalau betul-betul hormat dan sayang isteri, kena berterus terang dengan isteri sebelum kahwin lain. Mungkin perang besar akan berlaku tapi dalam masa yang sama sebenarnya suami menghormati isteri kerana dalam hal itu, masih sanggup berterus terang biarpun tahu risiko yang menanti.

Memang isteri akan marah, sedih dan sebagainya. Namun dia tetap rasa sedikit bersyukur suami tak membelakangi dirinya. Pada saat itu, isteri sebenarnya diberikan pilihan. Walau pun pahit namun demi sayang dia sanggup izinkan. Atau dia pilih untuk berpisah kerana tak sanggup berkongsi kasih. Itu terpulang pada penilaian isteri waktu itu.

Sebab Berpoligami

Banyak sebab lelaki hendak berpoligami. Ada yang menjadikan zuriat sebagai alasan, nafsu, selain kerana jatuh cinta buat sekian kalinya walau pun usia dah senja!

Namun, jangan sesekali menjaja kelemahan diri isteri untuk meraih cinta baru! Sebagai suami, patutnya jaga aib isteri. Kalau pun isteri ada kekurangan daripada kaca mata suami hingga perlu ‘kahwin lagi’ untuk mencari bahagia daripada persepsi diri mereka, namun dia taka da hak nak jaja buruk isteri. Seolah-olah meletakkan punca suami kahwin lain kerana isteri yang banyak kekurangan. Tak patut tu. Macamlah suami tu serba sempurna!

Layanan Tip Top Tapi Tetap Dimadukan

Lelaki, walau pun dilayan bak ‘raja’ oleh isteri, kalau hatinya sudah berpaling arah, memang tak makan pujuk. Jadi, isteri tak perlu terlalu kecewa hingga timbul stres.

Isteri JANGAN SESEKALI SALAHKAN DIRI ye. Kalau masih sanggup bertahan hidup bermadu, silakan. Kalau tidak, buatlah pilihan demi kebahagiaan masing-masing. Tapi tak adil kalau nak salahkan diri sendiri bila suami cari lain. Lelaki memang spesies yang sukar diduga…!

Untuk suami, berlaku adillah kalau memang pilih jalan poligami. Segalanya bergantung pada. Kalau dapat dicorakkan dan dibimbing dengan baik, tak mustahil madu-madu dapat hidup harmoni!

 

 

 

Published by
Nurul Azwa