Suami ‘Selekeh’ Bukan Isteri Tak Pandai Jaga Tapi Elak Perhatian Orang Lain

Share

Sesetengah suami kalau ingin keluar, mahu disarungkan apa saja. Berlainan pula dengan isteri kalau boleh nak sentiasa suami kelihatan kemas penampilan dan tak nampak selekeh di pandangan orang. Sampaikan tiap kali keluar mahunya sedondon dengan pasangan dan anak-anak.

Namun, tidak kurang juga bila isteri yang tak kisah dengan penampilan suami. Mungkin suami selekeh kerana isteri tidak sempat untuk siapkan apa yang sepatutnya. Kononnya sibuk uruskan anak dan rumahtangga.

Sebenarnya, baik suami selekeh atau isteri semuanya bergantung kepada tanggungjawab pasangan itu sendiri. Kalau suami nak tengok isteri cantik kenalah selalu ‘belanja’. Begitu juga dengan suami, kalau tak nak lihat dia tak terurus, tolonglah mana yang patut.

Malah, untuk elak keadaan ini, masing-masing kena ada inisiatif sendiri. Jangan pula, bila isteri nampak suami kemas, mulalah fikir perkara yang tidak elok. Tak perlulah nak salahkan antara satu sama lain.

Suami pula, janganlah selekeh 24 jam sebab tak semua isteri suka suami berpenampilan begitu. Seperti yang dikongsikan oleh Ahmad Saifuddin Yusof ini boleh dijadikan panduan untuk suami isteri.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Kena Baik Pada Isteri, Anak Dulu, Mereka Lebih Kenal Berbanding Orang Lain

Bila Isteri ‘Tiada’, Hilang Seri Rumahtangga, Suami Hargailah Sebelum Terlambat

Info Lebih Menarik DI SINI

Suami Selekeh, Isteri Tidak Suka?

Selalu berlaku kepada sesetengah lelaki yang tidak mempedulikan penampilannya apabila berada di khalayak atau keluar bersama isteri.

Isteri bukan main lagi bersiap, si suami pula pakai ala kadar sahaja ditambah dengan perhiasan perut boyot boroi pula.

Ada isteri cuba menegur penampilan begitu. Apabila tidak dipedulikan, maka si isteri ‘redho’ sahaja. Penat hendak menegur.

Bukan semua begitu, ada lelaki yang bersiap mengalahkan wanita. Tetapi bukan kelaziman biasa lelaki.

Mudah Dan Ringkas

Mengapa lelaki suka pakai selekeh? Baginya mudah dan ringkas, tidak perlu ‘matching’ dengan apa-apa. Sauk sahaja apa yang ada. Kadangkala tersalah pakai baju koyak berlubang di celah ketiak pun ada. Dalam kepalanya, ‘lantaklah’.

Jika lelaki kacak buat begini, mungkin mereka ada pengalaman diperhatikan jika berpakaian segak. Maka selepas berkahwin, dia memakai selekeh sedikit supaya tidak menjadi perhatian orang lain.

Namun, kesegakkan suami itu lambang kehebatan isteri. Apabila suami pakai selekeh, di fikiran isteri, ‘orang akan mengata, isteri tidak basuh bajukah sehingga suami pakai baju selekeh’.

Jadi, para isteri akan menegur suami, ‘Abang pakailah baju elok sikit.’ Suami yang tidak peduli, akan tidak peduli apa isteri tegur. Sedangkan tindakan suami itu akan memberi kesan kepada kekompetenan dirinya sebagai isteri.

Kepada para suami, pakailah senonoh sikit jika mahu berada di dalam khayalak. Atau minta pandangan isteri untuk membetulkan penampilannya. Mata isteri itu lebih tajam dan peka.

MW: Isteri kalau boleh nak buat yang terbaik untuk suami. Tapi, ada sesetengah suami suka ikut caranya sendiri. Payah jugak.

Sumber: Ahmad Saifuddin Yusof

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

 

Published by
Nora