Suami Sanggup KETEPIKAN Keinginan Sebab Nak DAHULUKAN ISTERI, Makin Bertambah Rezeki

Share

Dalam hidup berkeluarga, sudah tentulah kita akan ketepikan keinginan semata-mata orang yang kita sayang dapat apa yang mereka mahu. Dengan kata lain, bagi eorang suami dia sanggup ketepikan apa yang dia suka semata-mata ingin dahulukan isteri dan anak-anak.

Begitu juga dengan seorang isteri atau mak, dia sanggup ketepikan apa yang dia nak semata-mata ingin gembirakan keluarga.

Boleh perhatikan, kalau seorang suami yang penyayang, apa yang isteri suka atau mahu dia sanggup lakukan apa saja, dia rela ketepikan apa yang dia nak asalkan orang yang dia sayang dapat. Kiranya, dia sanggup tak makan untuk dahulukan isteri dan anak-anak. Betul tak?

Ini bagi suami yang fikir begitu dan ada juga suami pentingkan diri sendiri. Semua tak sama. Ketahuilah, isteri sanggup susah senang bersama, tak kan dengan perkara kecil begitu suami tak boleh berkorban. Kan!

Begitulah yang dikongsikan oleh Hayat Muhamad yang boleh menjentik hati suami di luar sana. Fikirkan apa yang telah isteri korbankan untuk kita selama ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Jangan Pulang Muka Masam, Elak Isteri Dan Anak ‘Tawar Hati’

Tabiat Suami Bandingkan Masakan Isteri Dengan Ibu, Buat Isteri Kecil Hati Tanpa Sedar

Dahulukan Isteri Dan Ketepikan Keinginan

Tadi dalam dompet ada RM18.00.

Selepas itu, ingat nak beli takoyaki. Sebab lama dah nak makan takoyaki. Duduk renung mengidam takoyaki. Ada yang dia letak sotong kat dalam. Fuh. Memang sedap.

Tiba-tiba, teringat isteri suka makan sushi. Kalau aku beli takoyaki, maka tak dapatlah beli sushi.

Aku nak beli takoyaki ke nak beli sushi?

Kalau aku beli takoyaki, aku lebihkan diri aku pada isteri. Isteri kat rumah dia siapkan semua benda. Kemas rumah, siapkan baju. Segala benda yang aku sepahkan, dia yang kemaskan.

Semalam dia penat,dia tidur awal, lepas tu rasa dia bangun semula simpan dapur dan bersihkan.

Aku agak pukul 12 dia bangun. Masa tu aku pun dah tidur. Pagi tadi aku dengar macam dia cuci tandas. Dia tak mengeluh pun.

Takoyaki atau Sushi?

Aku tak sampai hati nak beli Takoyaki. Aku korbankan Takoyaki demi Sushi. Isteri aku patut lebih layak untuk Sushi. Dia dah berkorban banyak untuk hidup dengan orang yang serba kekurangan macam aku.

Aku masih ingat lagi. Banyak kali dia teman aku ketika susah. Masa aku sakit, dia tolong buatkan air. Pagi tadi dia kemaskan ubat aku. Bila aku balik, katil dah kemas. Ada air sejuk tersedia.

Aku pun buat keputusan. Sushi!

Lepas beli Sushi, duit ada lebih kurang RM2 je baki. Aku puas. Tak apalah nanti takoyaki aku beli bila ada rezeki lain. Aku teringat lagi tiap- tiap pagi isteri aku berdoa biar aku murah rezeki.

Saudara, isteri bukan ada pertalian darah dengan kita. Tapi Allah hadirkan dia untuk menemani kita. Apa yang dia buat, segalanya untuk kita.

Berbaktilah pada dia. Insya Allah teman kita sampai ke Syurga.

MW: Moga suami yang memahami isteri sentiasa dimurahkan rezeki dan dilipat gandakan rezeki untuk dia dan keluarga. Aamiin.

Sumber: Hayat Muhamad

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora