Suami sanggup jadi jururawat, jaga isteri sakit Kanser Payudara Peringkat 4. Allahu sayu hati bila saksikan sendiri susah senang pasangan suami isteri ini.
Bukanlah sesuatu yang mudah untuk seorang wanita terima hakikat dirinya mengidap kanser. Pelabagai persoalan bermain di minda dan paling penting perlukan orang yang tersayang disisi.
Cukup bertuah pesakit Kanser Payudara Peringkat 4, Puan Nur Hayati Sahak, 43 kerana punyai suami yang setia di sisi. Malah suami juga menjaga dirinya ketika sakit seolah seorang ‘jururawat’.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta
Sewaktu bertandang ke kediaman Puan Nur Hayati dan suami, Muhammad Amri Ibrahim, 37 yang terletak di Puncak Alam, Selangor, pada awalnya untuk bertanyakan tentang penyakit yang dihadapi oleh Norhayati, penulis berasa risau jika dia akan berasa sedih.
Namun sikap Nur Hayati dan suami yang ceria buatkan saya dan team begitu selesa. Walaupun ketika kami hadir, Nur Hayati kurang sihat namun dia tetap senyum menyambut kehadiran kami. Malah keduanya begitu sporting.
Berbicara tentang penyakit yang dihidapi wanita yang juga ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini telah didiagnosis Kanser Payudara Peringkat 4. Namun dia kelihatan begitu tabah.
Akui Nur Hayati tiga tahun sangat mencabar dalam melawan kanser namun semangatnya kental.
Sikapnya yang ceria, sentiasa berfikiran positif walaupun tahu diri punya kekurangan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang juga pejuang kanser payudara.
Malah dia juga telah dilantik sebagai IKON CSM (Cancer Survivors Malaysia) 2022. Ikuti kisah wanita ini yang tabah meneruskan kehidupan.
Memulakan perbualan, Nur Hayati berasa sangat beruntung kerana punya suami yang dianggap teman terbaik dan sumber inspirasi.
“Suami merupakan teman dan inspirasi saya.
‘”Suami banyak bantu untuk rawatan dan menjaga saya sewaktu saya terlantar sakit,” kongsi Nur hayati mulai bicara.
Suaminya, Muhammad Amri juga menjadi penjaga isteri sejak disahkan menghidap kanser pada 2019 hingga kini.
Membongkar kisah awal mengetahui dirinya menghidap kanser, Nur Hayati bercerita pada 2016 ketika masih bekerja di sebuah bank di payudaranya keluar cecair bercampur darah.
“Sewaktu tahun 2016 saya masih bekerja, terasa keluar cecair di payudara.
“Kadangkala cecair berdarah dan juga cecair biasa. Pada waktu itu saya tak puas hati, saya ke hospital swasta dan lakukan ultra sound dan mammogram.
“Ketika itu doktor tak dapat pastikan itu merupakan sel kanser. Kemudian saya ke hospital kerajaan dan buat buat ujian untuk pengesanan kanser dan disahkan bukan kanser.
“Kemudian pada tahun 2019 tiba-tiba keluar macam nanah di payudara dan saya ke hospital swasta yang lain. Dan dari situ saya telah didiagnosis mempunyai kanser payudara.
“Ketika itu cuma saya dan suami saja yang tahu, kami kemudian memberitahu adik beradik dan selepas itu barulah kedua ibu bapa kami sebabnya kami risau jika mereka sedih kerana mereka sudah tua ketika itu.
“Ketika sudah didiagnos sebagai kanser saya dapat berita dua orang saudara di sebelah ibu dah ayah pula menghidap kanser payudara,” kongsi Nur Hayati.
Terang wanita yang kuat ini juga pada awalnya dia pernah mencari rawatan alternatif dan pada waktu itu duitnya habis berpuluh ribu ringgit.
Namun kemudiannya dia jalani rawatan kemoterapi dan lakukan pembedahan pada payudara.
Nur Hayati juga menerangkan selepas jalani 19 kali jalani kemoterapi, sel kanser tidak aktif. Namun dia berasa hairan apabila tiba-tiba dia berasa tidak selesa.
“Selepas rawatan 19 kali kemo, tiba-tiba saya rasa tak selesa. Kemudiannya saya buat ujian darah sebab saya baru dijangkiti Covid-19 masa tu.
“Doktor suruh scan, sebelum tu sel kanser semua tak aktif kebetulan selepas kena covid ianya aktif smula,” katanya.
Wanita ini juga menjelaskan banyak perubahan berlaku pada dirinya selepas lakukan pembedahan di mana berat badannya naik dan dia berasa tidak selesa.
Terbaru Nur Hayati menyatakan dia berasa bersedih kerana keputusan Pet Scan tidak berapa baik. Sel kanser datang semula dan merebak di banyak tempat.
“Saya relapse lagi. Malah tulang belakang, tulang paha kiri kanan dan paru-paru masih ada. Jadi saya kena kemo lagi dengan ubat yang baru sebanyak enam cycle.
“Saya mohon doa semua untuk penyembuhan saya dan kekuatan untuk tempuhi kemo ini,” kongsi Nurhayati yang kini dulunya menjadi pengurus event bersama suami. Namun terpaksa beralih kepada bisnes cendawan dek kerana PKP.
Baca Disini : “Saya Adalah Bukti, Kesan Awal Kanser Boleh Selamatkan Nyawa” Amnah Salleh
Tamparan Hebat Kehilangan Suami & 7 Anak, Wanita Reda Takdir Satu Keluarga Hidap KANSER!
Muhammad Amri yang juga suami kepada Nur Hayati juga sangat tabah dan kuat. Selepas isteri didiagnosis kanser payudara dia setia disisi. Hampir tiga tahun harungi, Muhammad Amri berjanji akan menjaga isterinya.
“Pada awal selepas isteri lakukan pembedahan payudara, saya jaga dia macam orang pantang. Waktu itu saya dah jadi macam seorang jururawat di rumah.
“Saya yang uruskan keluarkan air bisa dan jaga bawa ke tandas.
“Seterusnya kemoterapi pula, setiap kali balik dari kemo dia akan jadi lemah. Saya sendiri yang tak sakit ni pun akan jadi lemah sebab bau ubat.
“Semua yang dilalui memang sukar. Dalam diri saya kena kuat.
“Sebagai suami juga saya perlu sokong diri sendiri dan juga beri sokongan pada pesakit.
“Lagi-lagi dalam keadaan dia marah ketika dia sakit kena layankan saja.
“Saya akan ikut apa yang disuka, isteri suka berjalan-jalan menaiki motosikal.
“Saya layankan saja dan bila kita buat perkara yang dia suka jadi dia tak akan marah-marah.
“Saya juga sentiasa tanamkan dalam hati agar sentiasa kuat, fikir positif.
“Elakkan berfikiran negatif. InsyaAllah saya akan sentiasa berada disisi isteri. Lebih 3 tahun saya dan dia boleh hadapi dan akan teruskan hingga akhir hayat,” luah Muhammad Amri.
Sumber Foto : Ihsan Puan Nur Hayati Sahak
RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ