Suami Sama-samalah Pikul Kerja Rumah, Dulu Raja SEHARI Sekarang Macam Orang Gaji

Share

Takkan jatuh martabat suami yang sama-sama sinsing lengan buat pikul kerja rumah dengan isteri. Lagilah suami makin disayangi, dikasihi isterinya bila sama prihatin dengan susah payah isteri.

Janganlah indahnya isteri itu cuma dilihat waktu jadi raja sehari saja. Selepas hilang serinya, terus isteri dilayan bak orang gaji. Kasihan isteri diperlakukan sebegitu.

Hadamkan pesanan Ustaz Don Daniyal ini. Dalam melayari bahtera perkahwinan, besar sebenarnya amanah dan tanggungjawab seorang suami.

Kredit foto : Instagram Ustaz Don Daniyal Biyajid

Suami Itu Pemimpin Keluarga

Abang-abang
Nak jadi suami ni senang.
Kahwin, terus dapat title suami.
Tapi ada apa pada gelaran
Kalau kita tidak benar-benar berfungsi
Sebagai sebenar-benar suami

Suami adalah pemimpin rumahtangga
Bukan bos kepada isteri & anak-anak
Perlu sama ambil tahu tentang isi rumah
Bukan sekadar hulur duit lepas tekak

Suami jangan ego bila ditegur
Jangan pula ringan tangan bila marah


Lelaki sejati dihormati bila merendah diri
Disayang anak isteri bila menyayangi

Sama-sama Pikul Kerja Rumah

Suami, sama-samalah pikul kerja rumah
Dulu raja sehari kenapa sekarang macam orang gaji
Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua
Mulianya kalian bila bantu sama-sama

Isteri, bersabarlah dengan kelemahan suami
Bersyukur tatkala masih punya dia di sisi
Tegur baik-baik, doa yang baik-baik
Insya Allah rezeki yang datang juga baik-baik

I Love You All my Beloved Brother di luaq sana…
Brotherhood forever…

Baca sini : 

Khas buat para suami, tip amalan Ustaz Don sepanjang 8 tahun bernikah yang sangat berguna

MW : Suami dan isteri kenalah saling bekerjasama, bertolak ansur.. barulah rumah tangga aman harmoni. Buang ego masing-masing pun penting juga.

Sumber/Foto : ddaniyaldbiyajid

Published by
NETTY AH HIYER