Kekeluargaan

Suami Romantik Ialah Bila Dia Rajin Tolong Isteri Buat Kerja Rumah, Tak Beri Hadiah & Bunga Pun Tak Apa

Share

Kebanyakan isteri menganggap suami yang rajin membantu membuat kerja rumah sebagai suami yang romantik. Mungkin pada awal perkahwinan isteri merasakan suami romantik bila si dia memberi hadiah, bunga, kejutan dan sebagainya.

Bagaimana pula apabila sudah mempunyai anak, masih suami masih lagi romantik

ke? Sebab ada sesetengahnya anak diberi keutamaan dan bab-bab romantik ini terus hilang.

Isteri pula seakan lupa dan lebih fokus kepada rumahtangga dan anak-anak. Bagi seorang isteri tidak perlu romantik bagai, apa yang ditekankan adalah tanggungjawab dalam rumah tangga.
Tak perlu bunga atau hadiah pun, kalau suami tolong buat kerja rumah seperti jemur baju, buang sampah, mahu pun basuh pinggan, sudah cukup buat isteri bahagia dan rasa romantik.

Inilah yang dikatakan suami romantik yang sebenar. Seperti yang dikongsikan oleh Fadzli Aziz, isteri tidak mengharapkan hadiah atau bunga sebagai tanda untuk menunjukkan suami romantik tapi dengan melakukan perkara kecil di rumah, tolong jaga anak, jemur baju dan sebagainya pun sudah cukup membahagiakan.

Suami Romantik, Rasa Cinta Isteri

Romantik yang sebenar ialah:

Bukan hanya romantik yang mencairkan emosi, bahkan melembutkan hati untuk jadi hamba yang taat pada Allah secara bersama.

Bagi bunga, hadiah memang best, tapi teruja hanya sekejap. Emosi best pun tidak tahan lama. Kerana nak mengekalkan rumahtangga ini dengan sikap dan akhlak.

Akhlak baik ini menambah cinta, melembutkan hati dan menyejukkan mata.

Malah, akhlak baik pada pasangan ini akan mengekalkan perasaan cinta. Bahkan menyuburkan lagi dari masa ke masa.

Rasa Bahagia

Bayangkan isteri basuh kain, tapi tak sempat jemur sebab memasak lagi, kemas rumah walhal baru balik kerja.

Rehat sekejap kemudian tertidur. Sedar-sedar baru teringat kain belum berjemur. Cepat-cepat lari nak jemur kain.

Tengok-tengok semua dah settle. Kain sudah jemur. Masakan tadi dah hidang dan banyak benda sudah diselesaikan oleh suami.

Rupanya husband dah balik dan selesaikan semua yang tertangguh tadi.

Allahu akbar. Nampak kecil tapi inilah yang menambah cinta membugar rasa.

Adanya (husband) sangat disyukuri. Tiadanya dirindui.

Cuba tanya diri kita. Kalau kita ada, pasangan kita seronok tak?

Kalau kita tiada, dia rindu tak?

Memang rumahtangga BUKAN SEKADAR CINTA, tetapi alangkah bahagianya rumahtangga yang berjalan semua tanggungjawabnya dan diisi pula dengan cinta. Tidakkah itu yang terbaik.

Sumber: Fadzli Aziz

 

Published by
Has