Suami Rendahkan Ego, Rela Sarung Baju Dinosaur Demi Bahagia Anak Isteri

Hakikatnya tak semua suami sanggup buat apa yang Hazwan Hj Yusof, ayah pada dua orang anak ini lakukan; rela sarung baju dinosaur. Tapi, demi bahagia anak isteri, suami akan lakukan apa saja walaupun kadangkala buat perkara di luar jangkaan.

Bila tiba-tiba isteri, belikan baju tidur printed dinosaur bukan saja untuk anak, malah lengkap saiz untuk ayah sekali. Demi nak lihat isteri tersenyum, suami sanggup rendahkan ego pakai saja baju yang isteri hadiahkan itu.

Tahu apa reaksi isteri bila suami tak banyak bicara macam itu? Hati isteri jadi berbunga-bunga bahagia. Kesannya, satu rumah pun nanti bahagia sama. Cuba hadamkan kisah Hazwan dan baju tidur dinosaurnya ini.

Baca sini : Patutlah ada isteri cukup malas nak sidai baju

Dapatkan info lebih menarik di instagram mingguan wanita.

Suami Rendahkan Ego, Rela Sarung Baju Dinosaur Demi Bahagia Anak Isteri

IKLAN

 

Sanggup Pakai Baju Dinosaur, Bukankah Cinta Itu Pengorbanan

Bang!! Baju kita dah sampai.”
Aikkkk..
Bila aku beli baju?
Cuba laaa pakai… Mesti comey
Yer laaaa.. Yer laaa…
Berjalan masuk bilik dan salin pakai baju ‘dinosor’. Lepas tarik nafas 3 4 kali… Aku buka pintu bilik…

Taaadaaaaaaaaaaaaaa….”
Saat tuu aku tengok bini aku dah tertiarap berbuih mulut sebab gelak kat aku.. Cuuihhhhh…
Dia tak pernah tengok citer ‘dinosor’ ke? T-Rex semua ganas-ganas tau.. Ceeiiitttt..
Ko gelak pehal? Tak pernah tengok ‘dinosor’ gemok?

IKLAN

Suami Rendahkan Ego, Rela Sarung Baju Dinosaur Demi Bahagia Anak Isteri

Rendahkan Ego Demi Lihat Anak Isteri Bahagia

Pesan Hazwan lagi,

Kita sebagai lelaki..
Persiapan paling penting untuk hadapi alam perkahwinan adalah rendahkan ego kita supaya kita dapat bergaul sebati dengan anak-anak dan isteri kita.

IKLAN

Melihat mereka bahagia adalah puncak pencapaian tertinggi kita sebagai seorang suami.
Ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya.”

Mewahkan dan lambakkan mereka dengan harta bukanlah satu-satunya jalan untuk bahagia.
Adakah mereka impikan rumah banglo sebesar istana?
Tidak…
Adakah mereka impikan kenderaan mewah bagaikan raja?
Tidak…
Adakah mereka inginkan makanan sedap bagaikan santapan si putera?
Tidak…

Mereka hanya perlukan KITA… Yaaa.. KITA..
Kita hanya perlu jadi seorang suami yang wujud melayani mereka sehendaknya…
Sayangi keluarga kita.

MW : Sweet kan kisah baju tidur dinasour ini. Sebab sebenarnya ramai saja suami yang sanggup buat apa saja demi nak bahagiakan keluarga yang mereka sayangi. Kadang, kita je tak perasan.

Sumber/Foto : Hazwan Hj Yusof (Papa Dinosor) *Artikel diterbitkan dengan keizinan penulis.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI