Hakikatnya tak semua suami sanggup buat apa yang Hazwan Hj Yusof, ayah pada dua orang anak ini lakukan; rela sarung baju dinosaur. Tapi, demi bahagia anak isteri, suami akan lakukan apa saja walaupun kadangkala buat perkara di luar jangkaan.
Bila tiba-tiba isteri, belikan baju tidur printed dinosaur bukan saja untuk anak, malah lengkap saiz untuk ayah sekali. Demi nak lihat isteri tersenyum, suami sanggup rendahkan ego pakai saja baju yang isteri hadiahkan itu.
Tahu apa reaksi isteri bila suami tak banyak bicara macam itu? Hati isteri jadi berbunga-bunga bahagia. Kesannya, satu rumah pun nanti bahagia sama. Cuba hadamkan kisah Hazwan dan baju tidur dinosaurnya ini.
Sanggup Pakai Baju Dinosaur, Bukankah Cinta Itu Pengorbanan
“Bang!! Baju kita dah sampai.” Aikkkk.. Bila aku beli baju? “Cuba laaa pakai… Mesti comey“ Yer laaaa.. Yer laaa… Berjalan masuk bilik dan salin pakai baju ‘dinosor’. Lepas tarik nafas 3 4 kali… Aku buka pintu bilik…
“Taaadaaaaaaaaaaaaaa….” Saat tuu aku tengok bini aku dah tertiarap berbuih mulut sebab gelak kat aku.. Cuuihhhhh… Dia tak pernah tengok citer ‘dinosor’ ke? T-Rex semua ganas-ganas tau.. Ceeiiitttt.. Ko gelak pehal? Tak pernah tengok ‘dinosor’ gemok?
Ads
Rendahkan Ego Demi Lihat Anak Isteri Bahagia
Pesan Hazwan lagi,
Kita sebagai lelaki..
Persiapan paling penting untuk hadapi alam perkahwinan adalah rendahkan ego kita supaya kita dapat bergaul sebati dengan anak-anak dan isteri kita.
Ads
Melihat mereka bahagia adalah puncak pencapaian tertinggi kita sebagai seorang suami.
“Ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya.”
Mewahkan dan lambakkan mereka dengan harta bukanlah satu-satunya jalan untuk bahagia.
Adakah mereka impikan rumah banglo sebesar istana?
Tidak…
Adakah mereka impikan kenderaan mewah bagaikan raja?
Tidak…
Adakah mereka inginkan makanan sedap bagaikan santapan si putera?
Tidak…
Mereka hanya perlukan KITA… Yaaa.. KITA..
Kita hanya perlu jadi seorang suami yang wujud melayani mereka sehendaknya…
Sayangi keluarga kita.
MW :Sweet kan kisah baju tidur dinasour ini. Sebab sebenarnya ramai saja suami yang sanggup buat apa saja demi nak bahagiakan keluarga yang mereka sayangi. Kadang, kita je tak perasan.
Seorang gadis nekad batalkan pernikahannya tiga bulan sebelum majlis kerana tidak mahu bermadu dan jadi perampas suami orang.
Dirinya tidak mahu membina bahagia atas kehancuran rumah tangga orang lain.
Tindakan nekadnya harus dipuji pabila dia tidak terlalu mengikut perasaan dan memikirkan impak daripada perkahwinan yang bakal dibina.
Nekad Batalkan Pernikahan
Seorang gadis jelita di Indonesia meraih simpati pengguna media sosial apabila berkongsi kisah dirinya yang hampir berkahwin dengan seorang ustaz di kota suci Mekah tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.
Menurut portal berita Suara.com, rakaman video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @milkiyahamira mendedahkan gadis tersebut membatalkan perkahwinannya selepas mengetahui bakal suaminya sudah beristeri.
Gadis Ini Tidak Mahu Bermadu Jadi Perampas Suami Orang
“Saya pernah dilamar oleh seorang ulama tersohor dari Batam dan kami sepatutnya bernikah. Namun, tiga bulan sebelum majlis pernikahan, saya nekad membatalkan perkahwinan kami.
“Dia merayu-rayu agar saya mengubah fikiran sehingga sanggup mencium kaki saya tetapi saya tidak boleh menerima kenyataan ditipu untuk menjadi isteri kedua,” tulis keterangan video itu.
Tambah gadis itu, dia tidak sanggup bermadu dan bukanlah seseorang yang mahu membina rumah tangga dengan merampas suami orang.
Tindakan Terpuji
Keputusan tegas gadis itu mendapat pujian netizen yang percaya jodohnya pasti lebih baik daripada suami orang.
“Anda sangat luar biasa kerana memilih untuk tidak saling menyakiti kaum hawa. Pasti ada jodoh lebih baik menanti,” komen seorang pengguna TikTok.
“Anda cantik dan memiliki keperibadian yang bagus. Jodohnya juga harus orang yang baik-baik tanpa perlu berebut,” tulis seorang lagi. – Agensi
Mingguan Wanita : Poligami itu tidak salah, namun sedari awal lelaki ini tidak berlaku jujur kerana menipu status yang sebenar. Wajarlah jika niatnya untuk bernikah lagi tidak kesampaian. Nak cantik seperti gadis ini, BELI DI SINI.
Sebelum kahwin, wanita kena berdamai dengan kemampuan kewangan bakal suami. Salah satu langkah yang penting untuk diambil oleh seorang wanita sebelum melangkah ke alam perkahwinan adalah untuk berdamai dengan kemampuan kewangan bakal suaminya.
Sebelum Kahwin, Wanita Kena Berdamai Dengan Kemampuan Kewangan Bakal Suami
Kewangan adalah asas yang penting dalam kehidupan berumah tangga. Kewangan yang stabil bukan sahaja menjamin keselesaan hidup, malah dapat membantu mengelakkan masalah yang mungkin timbul di kemudian hari.
Saya nak berikan sedikit nasihat kepada adik-adik yang telah ada pasangan dan merancang ingin berkahwin. Sebelum kahwin sila pastikan satu perbincangan menyeluruh telah dibuat tentang perkahwinan.
Bukan tentang nak honeymoon di mana, pelamin colour apa, baju sedondon tempah kat mana, apa doorgift nak bagi orang atau macamana nak impress tetamu yang diundang.
Bukan! Perbincangan ini meliputi:
1. Kewangan
Gaji bakal suami dan isteri. Tanggungan bulanan masing-masing. Bakal suami nanti kena tanggung apa. Bakal isteri perlu bantu apa. Ceritalah pasal duit. Mengaku sahaja apa yang ada. Jangan membohong atau cuba melindungi kemampuan kewangan.
Lelaki kena jadi jantan yang menyara keluarga. Jangan biarkan isteri menampung perbelanjaan yang sepatutnya disara oleh suami. Dan lelaki kena ada kredibiliti mengajar perempuan hidup dibawah kemampuan suami. Mesti.
Bakal isteri boleh ada gaji 3 kali ganda gaji dari suami. Tetapi suami masih perlu bayar rumah, makanan dan pakaian keluarga. Inilah yang menjadikan lelaki sebagai ketua dalam keluarga. Sebab dia berkuasa kepada tempat tinggal, makan dan pakaian keluarganya. Bila berkuasa, barulah boleh mendidik dengan yakin.
Saya biasa mendengar cerita lelaki dihalau keluar dari rumah bila bergaduh. No! Bila bergaduh atau bersengketa dalam rumah yang dibiayai lelaki, suami akan lebih lelaki dan berkemampuan untuk menyelesaikan isu dengan lebih efectif.
Namun, kuasa ini bukanlah bermaksud boleh pukul atau maki hamun isteri jauh sekali menghalau isteri jika bersengketa.
Gaji isteri yang banyak bolehlah digunakan oleh isteri untuk membeli mesin basuh canggih, mesin dryer, thermomix, renovate dapur, beli TV sebesar padang bola dan bla bla.
2. Berbincang tentang penginapan, hala tuju pekerjaan, bilangan anak, perancangan hujung minggu, keperluan me time, pembahagian kerja rumah jika keduanya bekerja dan juga isteri tidak bekerja dan expectation kepada pasangan.
Berbincanglah:
“Setiap hujung minggu abang perlu balik jumpa mak sebab mak dah tua”
“Saya ok aje abang balik rumah mak setiap hujung minggu. Abang ok ke jika 2 minggu saya ikut abang balik, seminggu saya balik sendiri ke rumah mak saya dan seminggu lagi jika keadaan mengizinkan abang ikut saya balik rumah mak?”
Perbincangan seperti ini sangat diperlukan. Bukan yang meliuk lintuk menyatakan cinta katak tu.
3. Jika sebelum kahwin telah dipukul, mendapat tahu pasangan mengambil bahan terlarang, masih melakukan perkara maksiat seperti melangani pelacur, ketagih porno, gay, berhutang kepada ah long, rupanya pernah berkahwin tetapi menyorokkan, kaki maki hamun sama ada dalam media sosial ataupun verbal sewaktu bergaduh, bakal makbapak mertua tak suka dan sebagainya
Mohonlah tanggungkan perkahwinan ataupun terus batalkan. Tak payahlah rasa yang nanti kahwin semua ni akan berubah. Janganlah jadi bodoh ya.
4. Belajarlah tentang perkahwinan. Baca buku. Hadir kelas. Dengar ceramah agama. Kedua pihak kena jadi manusia yang ready mahu memikul tanggungjawab.
Dah kahwin nanti keputusan kena buat dengan dua pihak. Bukan panggil mak bapak masuk campur. Kalau tak ready, tak payah kahwin.
5. Tinggalkanlah bekas tunang, bekas teman lelaki, bekas teman wanita, abang angkat, adik angat dan sebagainya.
Mereka ini bakal memecahbelahkan kasih sayang suami isteri. Mereka juga bakal menimbulkan sengketa. Tinggalkan.
Bukan satu dua kes penceraian disebabkan oleh pihak ketiga yang telah berada sangat awal sebelum perkahwinan.
6. Dan sangat penting kedua bakal suami dan isteri berusaha menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah. Belajarlah AlQuran dan Hadith. Tadabur AlQuran. Fahamlah agama yang tulen.
Perkahwinan ni banyak sangat cabarannya di zaman ini. Dengan hanya berpegang kepada Allah dan Rasulullah SAW, ramai yang survive dalam perkahwinan.
Daripada ‘Aisyah R.A beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku”
Hadis ini kedengaran simple tapi sangat susah untuk dilaksanakan. Nak berbuat baik kepada ahli keluarga sendirilah yang sukar. Buat baik pada orang adalah sesenang kacang. Sebab itulah Rasulullah mendahului dan mencontohinya.
Sumber: Soraya Yusof via Tip Persiapan Perkahwinan (TPK)
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bulan madu tidak semestinya hanya untuk pasangan yang baru berkahwin. Pasangan yang telah lama berumah tangga juga perlu untuk sentiasa berbulan madu untuk menghangatkan hubungan.
Hendak bulan madu pun tidak perlulah pergi jauh-jauh. Kat rumah pun boleh. Apa yang penting, anda menghabiskan masa berdua dengan pasangan.
Nak cipta mood bulan madu di rumah tetapi tidak tahu caranya?
Cuba idea-idea berikut. Mana tahu boleh hangatkan lagi rumah tangga yang semakin suram.
1-Mulakan dengan menghias rumah dan bilik tidur menjadi lebih romantik.Contohnya gunakan pencahayaan suram, pasang lilin aromaterapi dan hiaskan bilik dengan bunga-bunga segar.
2-Gayakan penampilan menggoda. Tidak salahkan sesekali berpakaian seksi untuk suami pada hari istimewa.
Kredit foto: kompasiana.com
3-Makan malam ala candle light dinner dan esoknya sarapan atas katil berdua.
3-Tenangkan diri dengan melakukan urutan manja antara satu sama lain.
4-Boleh juga mandi bersama-sama.
Sebenarnya banyak lagi idea menarik yang boleh anda buat. Semuanya terpulang pada anda sendiri untuk mencipta suasana hangat untuk membahagiakan lagi rumah tangga.
Hendak tahu kupasan lanjut mengenai topik Bulan Madu Setiap Hari, bolehlah menonton Mingguan Wanita Talkshow pada hari Selasa 27 Ogos 2019 di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...