Kekeluargaan

Suami Pun Kena Jaga Badan Bukan Hanya Isteri Saja, Masalah Diranjang, Bincang Bukan Hina

Share

Suami pun kena jaga badan bukan hanya isteri saja, masalah diranjang, bincang bukan hina. Dalam sesebuah perkahwinan, tanggungjawab untuk menjaga keharmonian rumah tangga bukan terletak pada sebelah pihak sahaja.

Suami Pun Kena Jaga Badan Bukan Hanya Isteri Saja, Masalah Diranjang, Bincang Bukan Hina

Ia adalah usaha dua hala. Suami dan isteri perlu memainkan peranan masing-masing, termasuk dalam aspek menjaga penampilan diri dan membina komunikasi yang sihat.

Jaga Penampilan, Tanda Hormat Dan Cinta

Ramai orang beranggapan bahawa selepas berkahwin, penampilan tidak lagi penting kerana pasangan sudah “jadi milik kita”. Hakikatnya, menjaga penampilan bukan hanya untuk memikat di awal perkahwinan, tetapi tanda kita masih menghargai dan menyayangi pasangan.

Buat suami , mandilah dengan kerap, pakailah baju bersih, wangi-wangian itu sunah. Isteri pula, berhiaslah di rumah untuk suami, bukan semata-mata untuk keluar rumah. Bukan soal kecantikan semata, tapi soal usaha untuk tampil kemas dan menyenangkan mata pasangan.

Masalah di Ranjang: Bincang, Bukan Hina

Perkara yang sering menjadi punca keretakan rumah tangga adalah apabila pasangan tidak berkomunikasi dengan baik bila timbul isu di bilik tidur. Kalau ada ketidakpuasan hati, jangan pendam. Tapi jangan juga lepaskan kemarahan dengan cara menghina atau memperlekeh pasangan.

Berbincanglah dengan tenang, cari masa yang sesuai. Gunakan bahasa yang lembut. Contohnya: “Abang rasa kita boleh cuba cara lain, abang nak kita sama-sama rasa bahagia.” atau “Sayang, boleh kita borak sekejap? Ada benda yang abang rasa kita boleh perbaiki sama-sama.” — ayat begini lebih mudah diterima berbanding sindiran atau herdikan.

Hormat Dan Empati

Setiap orang ada kekurangan. Suami mungkin penat bekerja, isteri pula penat urus rumah dan anak-anak. Dalam keadaan begini, empati sangat penting. Kalau pasangan nampak letih, bantu. Kalau nampak murung, tanya. Jangan terus menuduh atau buat andaian yang bukan-bukan.

Rumah tangga bukan tentang siapa betul siapa salah. Ia tentang bagaimana kita boleh saling melengkapi. Jaga penampilan bukan sebab takut pasangan berpaling, tapi sebab kita masih mahu buat pasangan kita jatuh cinta setiap hari. Bila ada masalah, bincang baik-baik, bukan saling menjatuhkan.

Perkahwinan itu satu ibadah. Bila kita jaga dengan niat yang betul, insya-Allah rumahtangga kita jadi sakinah, mawaddah wa rahmah.

Baca artikel lain juga: Penampilan Suami Kena Jaga, Jangan Hanya Isteri Je Bergaya Tapi Suami Kusut, Serabai

Isteri Jangan Malas Berhias, Saranan Ustaz Ini Akan Buka Mata Para Isteri

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

Published by
Has