Suami Pun Ada Instinct Tentang Niat Dan Keinginan Isteri. Jangan Main-Main!

Share

Kalau bercerita tentang instinct, tidak dinafikan isteri boleh dikatakan punya kelebihan yang Allah berikan dalam mengetahui atau merasai firasat sesuatu yang berlaku. Sesuatu yang isteri atau mak-mak boleh rasakan apabila sesuatu perkara yang tidak elok atau perkara baik pada ahli keluarganya.

Begitu juga kalau bercakap, orang tua-tua cakap mulut mak ini masin. Sebab itulah, mak-mak jangan pandai-pandai nak cakap benda yang tidak elok. Baik berkata yang baik-baik sebab kata itulah doa.

Mungkin inilah kelebihan yang ada pada isteri dan mak-mak yang Allah berikan. Instinct atau firasat yang secara tidak sengaja atau sengaja berlaku atau terlintas dalam fikiran.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bukan Isteri Saja, Suami Pun Stres Tapi Dia Tak Tunjuk. Lagi Bahaya!

Jangan Main-main Dengan Naluri Orang Perempuan, Sembunyi Pun Dia Boleh Tahu

Info Lebih Menarik DI SINI

Suami Pun Ada Instinct

Sebenarnya, semua yang diaturkan ini sudah baik dan jodoh yang Allah berikan pada kita adalah sebaik-baiknya. Baik isteri mahu pun suami, masing-masing saling melengkapi.

Dalam bercakap tentang instinct ini, bukan isteri sahaja dapat merasainya tapi turut dirasi oleh suami terutamannya dalam menjaga kebajikan isteri dan keluarga.

Jangan terkejut, bila isteri teringin untuk makan ‘sesuatu’, tiba-tiba suami pulang dari tempat kerja membeli apa yang diinginkan oleh isteri. Mungkin ini secara kebetulan atau mungkin juga suami telah menerima firasat apa yang isteri mahukan.

Apa yang dikongsikan oleh Ahmad Saifuddin Yusof ada benarnya dan tidak dinafikan ia turut berlaku pada isteri-isteri di luar sana.

Memahami Bahasa Isteri

Apabila sudah lama berkahwin, saya semakin mahir memahami bahasa isteri tanpa perlu isteri mengucapkan apa-apa.

Katakanlah isteri tuan kirim beli makanan makan tengah hari di sebuah kedai. Apabila tuan sampai sahaja di kedai itu, tiba-tiba datang lintasan di minda tuan, ‘isteri aku suka kuih gelang di kedai ini’ atau terlintas, ‘beli Milo ais sekalilah’.

Syaratnya, ia terlintas tanpa tuan berfikir apa-apa. Tiba-tiba sahaja datang. Maka, tuan mesti segera membelinya walaupun isteri hanya kirimkan nasi putih, ikan goreng berlada sahaja.

Apabila tuan pulang ke rumah, isteri akan berkata, “Baru nak mesej minta abang belikan kuih gelang kedai itu.” Atau, “Eh, macamana abang tahu saya mahu Milo Ais?”

Atau pun, sewaktu tuan balik ke rumah, ternampak satu kedai dan terus datang lintasan, ‘Gula macam nak habis semalam.’ Terus sahaja berhenti di kedai itu dan beli gula. Jika masuk dalam kedai, datang lintasan lain pula, beli sahaja.

Cara ini banyak kali saya test dan eksperimen, memang mujarab. Sehingga pada satu hari, isteri kirim Mee Goreng Mamak, sampai di restoran mamak, datang terlintas, ‘beli sekalilah MIlo Ais’.

Apabila balik ke rumah, saya letak makan atas meja dan masuk bilik air. Isteri keluar tanya anak-anak, “Macam mana abah tahu mama nak Milo Ais?” Anak-anak jawab, “Abah kan hebat.” Hahaha! Kembang semangkuk.

Untuk melakukan teknik ini, syaratnya satu sahaja, jangan bawa duit secukupnya, bawa duit lebih.

Bagaimana ini boleh berlaku? Isteri kita menghantar mesej secara telepati. Dia guna niat sahaja.

MW: Jangan ingat isteri aje ada instinct tapi elakkan daripada isntinct yang tidak baik. Kan betul-betul jadi pula. Suami pun ada instinct terutamanya dalam bab-bab keperluan keluarga. Untunglah.

Sumber: Ahmad Saifuddin Yusof

Published by
Nora