
Suami orang ramai yang stabil sebab isteri banyak bantu, wanita bujang jangan suka nak sondol. Ramai yang melihat kejayaan dan ketenangan seorang lelaki yang telah berkahwin sebagai hasil usahanya sendiri, namun hakikatnya, ada seorang wanita tabah di belakang tabir yang banyak menyokong dari segi emosi, kewangan, mahupun urusan rumah tangga.
Suami Orang Ramai Yang Stabil Sebab Isteri Banyak Bantu, Wanita Bujang Jangan Suka Nak Sondol
Namun begitu, wujud pula satu fenomena yang kurang sihat dalam masyarakat iaitu kecenderungan segelintir individu bujang untuk ‘menyondol’ atau cuba menggoda suami orang. Sikap ini bukan sahaja salah dari segi moral dan agama, malah boleh memusnahkan institusi kekeluargaan yang dibina dengan penuh kasih sayang dan pengorbanan.
Lelaki yang kelihatan berjaya dan tenang itu telah melalui pelbagai proses bersama isterinya. Mereka bukanlah stabil secara semula jadi, tetapi melalui fasa-fasa sukar yang dilalui bersama. Maka, apabila ada pihak ketiga yang cuba masuk campur, ianya bukan sahaja merosakkan hubungan suami isteri, malah boleh menyebabkan trauma emosi kepada semua pihak termasuk anak-anak.
Nasihat Dr Azizul Azli Ahmad ini boleh dijadikan panduan terutamanya yang bergelar suami orang dan wanita bujang agar tidak sesekali memilih suami orang.
Kenapa suami orang nampak tenang dan stabil dan matang dan kaya dan semualah!
- SUAMI ORANG LEBIH STABIL SECARA KEWANGAN NAMPAKNYA.
MEMANG STABIL KALAU DUIT RUMAH BINI TOLONG BAYAR BERSAMA, BINI GAJI CIKGU DG48 DIA GAJI D29. MESTI NAMPAK STABILLAHKAN.
2. Pakai Kereta Honda atau BMW punya, mana pakai Axia
Bila suami bayar kereta, benda lain semua dia suruh bini bayarkan. Pastinya kereta lebih baik dari orang bujang. Orang bujang kalau pakai kereta mewah CCRIS dah tercekik biasanya.
3. Pakaian kemas dan lebih meyakinkan
“Bagi boxer abang, sayang nak gosok” sampai boxer kita bini tentukan warna apa nak pakai, macam mana tak nampak ensem.
4. Meyakinkan dan matang
Dah tiap hari hadap wanita, dia tahu apa yang wanita suka. Buat lawak tak hambar lagi. Dia memang juara biasanya, suami orang katakan. Nak makan kat mana pun dia tahu, orang bujang tempat makan pun dah pening!
5. Hidup Lama Makin Stabil
Bila dah sedikit ‘matang dan berusia’ pastinya pengalaman dah tinggi. Begitu juga gaji. Maka jika dibandingkan dengan graduan mula kerja, jauh kena tinggal Mamat UiTM ni.
6. Pemurah ya abang Mat nie?
Memang la pemurah, dik nak pikat kau dik. Semua dia akan bagi, kau mintak saja. Lagi pun kena ingat yang dia bagi tu sebenarnya bajet beli susu anak dia yang ke 12 sebenarnya. Balik mesti gaduh dengan bini.
7. NAMPAK TENANG COOL JER!
KAU TAK SERUMAH DENGAN DIA DIK, CUBA AJAK BINI DIA NGOPI KAT STRUBACK TANYA BAB LAKI DIA. BINI DIA SAHAJA TAHU SEMUA CERITA. TENANG DIA SEBAB BANYAK PIKIR BENDA NAK KENA BAYAR, NAFKAH BINI PUN MAIN BUAT MUKA KESIAN, TAK PUN HUJAH, “AWAK MAKAN APA SAYA MAKAN ITU NAFKAH LA”.
8. Bina Hidup Sama Sama Dengan Orang Bujang!
Belajar hadapi hidup bersama, jangan ambil jalan mudah. Kebahagian banyak dicipta saat susah menuju bahagia biasanya. Jangan nanti kau hempas bantal mengadu kat Capress dik!

Pesan pesan abang nampak simple, tapi inilah hakikat hidup.
Sumber: Dr Azizul Azli Ahmad
Baca artikel lain juga: Pelakon Elvina Mohamad Sifatkan Penyondol Berfikiran Singkat, Sondol Suami Orang Semata Nak Hidup Mewah
Penyondol Tak Semestinya Muda, Usia Bukan Halangan Jadi Perosak Rumah Tangga
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI