Stabil. Suami orang nampak stabil sebab banyak bebanan dia ditanggung bersama isteri, maka wanita di luar sana jangan ganggu.
Nama pun suami orang pasti sahaja, ada isteri disisi membantu itu dan ini demi kelangsungan hidup bersama. Jika tiada isteri yang membantu mungkin suami orang tersebut masih belum stabil.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik mengapa lelaki atau ”suami orang” ini lebih stabil:
Betul ke suami orang ini “lebih stabil” daripada orang bujang?
Mari saya hendak singkap di sebalik mitos kestabilan itu…
Dalam perjalanan hendak stabilkan kehidupan sebagai seorang lelaki yang jadi suami dan juga ayah ini, sebenarnya sudah macam-macam yang ditempuhi dan dihadapi…
Pergi kerja naik motosikal tak kira hujan atau panas sebab tidak ada kereta lagi…
Kerja sampai 12 jam sehari dan kadang-kadang lebih untuk cari rezeki… Tiada istilah hujung minggu kalau hujung minggu itu digunakan untuk cari pendapatan extra… Tengah bulan kira syiling, seminggu sebelum gaji tiap-tiap hari makan mi segera…
Duit pekin (berjimat), makan ikat perut…kadang-kadang lapar pun sanggup tak makan sebab hendak guna duit untuk perkara lain… Hendak beli kereta, nak bayar deposit rumah, mahu beli perabot, hendak beli barang elektrik…
Betapa teruknya dia kumpul, himpun, kerah, perah apa yang dia ada…
Baca Juga Di Sini:
Sikap Isteri Yang Murahkan Rezeki Suami, Pasti Ekonomi Rumah Tangga Akan Stabil!
Bila Suami & Anak Selalu BANTU Lakukan TUGASAN Rumah, Hati Isteri PASTI Berbunga
Tup, tup… orang nampak, suami orang ini stabil… Yang menstabilkan suami orang ini adalah seorang perempuan yang naik motosikal pergi kerja dalam hujan dan panas…
Malah, yang menstabilkan suami orang ni adalah seorang perempuan yang turut bekerja, berniaga untuk menampung apa yang tak cukup…
Yang menstabilkan suami orang ini adalah seorang perempuan yang jadi dropship, agen untuk duit sampingan…
Kemudian yang menstabilkan suami orang ini adalah seorang perempuan yang kira duit syiling sama-sama, makan mi segera dan ikan kering sama-sama…
Suami orang nampak stabil sebab banyak urusan dia dipermudahkan isteri… Sudah tentu suami orang nampak stabil sebab banyak kewajipan dia dikongsi isteri…
Suami orang nampak stabil sebab banyak bebanan dia ditanggung bersama isteri…
Dia stabil sebab ada isteri…
Jadi, jika anda nampak suami orang itu stabil, maka jangan ganggu “kestabilan” dia…
Jangan ada mindset yang suami orang ini sudah punya semua, berharta, ada itu ini, jika anda tidak berada dan nampak dia ketika dia tidak punya apa-apa…
Jika dia masih naik motosikal, makan mi segera sebelum gaji dan seluar dalam pun tak berganti, maka masih mahukah anda dengan dia?
MW: Jadi wanita di luar sana yang berkenan dengan suami orang yang kononnya nampak stabil kerana wujudnya seorang isteri yang banyak berkorban. Suami pun jangan lupa diri yang hidupnya makin stabil kerana seorang isteri. Renung-renungkan.
Sumber: Firdaus Shakirin
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial