Suami On Off Kerja, Masih Salahkan Isteri Baru Habis Pantang Bila Kain Tak Berlipat

Share

Salah faham dalam rumahtangga ini boleh jadi besar, bila suami isteri tak nak faham peranan masing-masing. Saling menyalahkan, mencari salah, menegakkan benang basah.

Sudahnya, bila isteri baru je selesai berpantang.. suami masih tak nampak kesusahan isteri. Malah dituduhnya pemalas. Siap ambil bukti gambar, isteri malas lipat kain. Walhal semua itu bukan tanggungjawab isteri pun.

Sayang sungguh, sebab sesetengah lelaki lagi-lagi suami macam susah nak faham-faham tanggungjawab yang ustaz dah terang berkali-kali. Bab nafkah dan urus rumah tu suami punya peranan.

Itu salah satu kisah yang dikongsikan peguam syarie, Roslina Sabiyah & Co. ini tentang antara isu remeh jadi punca penceraian. Tapi jika yang remeh ini tak diambil peduli.. boleh jadi besar kesannya.

Suami Cabar Isteri, Nak Cerai Minta Sendiri Di Mahkamah

Orang lelaki ni nampak je muka dia macam garang. Badan tegap, nampak kuat dan kasar. Tapi sebenarnya, ada sisi lembut dalam diri dia. Dalam hati ada taman.

Banyak kali saya nampak lelaki macam ni akhirnya menangis tanpa segan silu sepanjang saya mengendalikan kes-kes cerai. Tak mampu saya nak tafsirkan air mata lelakinya kerana apa.

Yang pasti, mereka dah tersepit dalam keadaan yang mendesak mereka untuk buat keputusan yang paling penting dalam hidup akibat sikap dan perbuatan mereka sendiri.

Saya dah ajak berbincang baik-baik tapi dia mengelak. Malah dia cabar saya, kalau nak cerai mintak sendiri kat Mahkamah. Tapi saya masih bertahan sebab anak-anak.. saya dah bagi peluang banyak kali tapi dia tetap tak berubah..“ antara luahan si isteri.

Bukan suka-suka kita nak galakkan pasangan bercerai. Tapi jika dalam rumahtangga tu dah tak ada lagi mawaddah (kasih sayang), rahmah (keberkatan) dan sakinah (ketenangan) apa lagi matlamat perkahwinan yang nak dipertahankan?

Masing-masing dah tak boleh menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri. Suami dah hilang peranan. Isteri dah hilang redha. Maka rumahtangga bukan lagi jadi ladang tempat mengumpul pahala tetapi dah jadi lubuk tempat mengumpul dosa pula.

 

Kredit foto : siraplimau.com

Suami Tunjuk Gambar Kain Baju Tak Berlipat Atas Katil…

Pernah saya bagi peluang kepada seorang suami untuk pujuk isterinya yang dah failkan kes cerai. Yelah kita ni walaupun peguam, bukan suka sangat pun nak tengok orang bercerai. Selagi boleh diselamatkan, kita akan cuba nasihat untuk selamatkan.

Buatlah apa-apa perjanjian yang boleh mengingatkan tanggungjawab masing-masing. Kalau dah buat perjanjian pun masih langgar juga, memang nampak sangat tak bersungguh nak selamatkan rumahtangga sendiri. Barulah berbaloi nak teruskan cerai.

Berbalik pasal kisah tadi.. lepas saya offer macam tu, tau tak apa suami tadi buat? Dia tunjukkan saya gambar dalam telefon bimbit dia.

Macam nak pengsan saya tengok. Bukan sebab dia tunjuk gambar lucah.. tapi saya geram dan speechless.

Day 1 – Gambar kain baju tak berlipat atas katil.

Day 2 – Gambar kain baju tak berlipat atas katil makin bertambah.

Day 3 – Dah malas nak tengok gambar seterusnya.

Isteri baru lepas habis pantang. Anak baru 2 orang rapat-rapat pula tu. Suami pun sekejap kerja sekejap tak. Banyak isteri yang menanggung.

Itu pun tak boleh tolak-ansur. Bayangkanlah.. bukan banyak sangat pun kainnya, masih boleh dikira. Agaknya kalau saya tunjuk gambar kain baju kat rumah saya yang tak berlipat macam gunung tu mesti suami ni pulak yang pengsan tengok.

Suami Ini Nak Pujuk Isteri.. Tapi Masih Cari Salah Isteri

Bila saya tanya, agak-agak perkahwinan encik dan isteri ni masih boleh diteruskan tak? Dia jawab dengan konfiden, “boleh! kalau isteri saya boleh berubah.”

Amboi.. nak pujuk isteri tapi masih cari salah isteri. Tak nampak langsung salah sendiri. Kat situ pun dah nampak sikap selfish dan ego si suami. Patutlah si isteri tak tahan.

Apa salahnya kalau dia cakap, insyaAllah boleh diteruskan jika kami berdua sama-sama sanggup berubah. Sejuk sikit hati isteri tu dengar.

Awak panggil saya bab*.. so anak-anak saya pun anak-anak bab*. Jadi awak janganlah sentuh saya dan anak-anak lagi. Bab* kan haram disentuh..” ini dialog isteri yang merajuk.

Patutnya masih boleh dipujuk. Tapi si suami dah sia-siakan peluang yang diberi. Si isteri nekad nak teruskan kes. Si suami merayu sambil menangis tak hiraukan sekeliling.

Mungkin baru tersedar, isteri yang selama ini disangka tak berani buat apa-apa, naif dan hanya menurut kata, sekarang dah berani ambil tindakan nekad tanpa menoleh ke belakang lagi.

 

Kredit : pesonapengantin.my

Bila Isteri Masih Berleter, Merungut, Merajuk.. Itu Petanda Baik

Banyak lagi isu remeh-temeh yang boleh jadi punca perceraian. Yang sebenarnya, banyak berpunca dari masalah komunikasi. Suami cakap lain isteri faham lain. Isteri cakap lain suami faham lain.

Bila isteri masih boleh berleter, merungut dan merajuk.. itu petanda baik. Masih ada peluang nak betulkan keadaan.

Tapi kalau seorang isteri hanya diam dan dah hilang kata-kata serta tak ada lagi air mata, itu disaster. Hatinya mungkin dah beku dan tangisan air mata si suami pun tak mungkin dapat cairkan hatinya lagi..

Begitulah sebahagian daripada drama kisah benar seharian di Mahkamah. Hanya secebis yang mampu dikongsi, banyak lagi yang disimpan jadi rahsia peribadi.

Pengajarannya, hidup kita sebentar cuma maka hargailah setiap kesempatan bersama insan-insan yang disayangi. Apa yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

Sumber/Foto : Roslina Sabiyah @ Co.

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer